Quantcast
Channel: mountdweller88
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live

Anina Saadudin jadi model Baju Kurung Kedah

$
0
0
* Promosi ni dah lama hanya aku yang baru jumpa

Promosi PERCUMA Untuk Perniagaan Baju Kurung Kedah Anina Saadudin
 
 
 
* Keterangan lanjut sila ke sini

Kematian Kadet di UPNM: Hari ini anak aku, bekas penuntut ATMA bersuara

$
0
0
Bila tidak diterapkan semangat esprit de corp, tak ada sifat setiakawan, tak ada semangat sayangkan skuad, inilah jadinya.
I miss those Akademi Tentera Malaysia days. Kene hell sama2, kene rendam sama2, bergelak ketawa sama2. We are like a huge family. Skuad mesti backup sesama skuad. Bab curi mencuri is not isolated, every batch mesti ada yg pe el mcm nk but how do we handle these kind of persons are what makes us human.
Obviously UPNM does not have that kind of environment. 2 hari kene seksa dgn kawan2 sendiri, i suppose they dont have rollcalls anymore, kalau tidak this couldve been prevented.
Military officers arent supposed to be trained like this. Unbecoming conduct for even a human, what have we as the society did to fail these kids so bad? 😢


The Star Online
3 hrs
When he was rushed to the hospital, 80% of his body was covered in bruises and burn marks.

PETALING JAYA: He was bound, beaten and burned with an iron for days, leading to his death – all because of a dispute over a laptop.
THESTAR.COM.MY

Pada aku, puak-puak ni..... sekor pun takleh dipakai!

$
0
0
SATURDAY, JUNE 03, 2017
Hj Hadi : Beraja di mata, bersetan di hati
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, naik hangit bila Ust Ahmad Awang (UAA) mendedahkan mengapa beliau mengambil keputusan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada muktamar parti itu ke-61.

Beliau menuduh UAA ada masalah konflik dalaman sebab dia paksa orang lain terima pandangan dia dan meminta UAA supaya menjaga parti sendiri yang disifatkannya tidak mempunyai hala tuju perjuangan.

Khairuddin membidas kenyataan UAA dengan menegaskan PAS adalah parti yang sentiasa terbuka menerima pandangan ahli demi kebaikan semua pihak.

“Jangan sebab pandangan di tolak, terus kira anggap tidak ada demokrasi dalam parti dan terus tubuhkan parti baru." Katanya.

Khairuddin dalam kenyataannya itu tidak pula menyatakan mengenai konflik dalaman yang dialami UAA. Beliau juga gagal menyatakan pandangan  UAA yang bagaimana dipaksakan supaya orang lain terima.

Ternyata tuduhan-tuduhan liar Khairuddin itu tidak berfakta dan merupakan luahan emosi yang kacau semata-mata.

Sebenarnya pimpinan tertinggi Pas hari inilah yang mempunyai sikap mahu supaya semua orang lain menerima pandangannya. Sikap Hj Hadi saling tak tumpah ibarat pepatah Melayu baru :  Beraja di mata, bersetan di hati:

1) Apabila UAA bersama rakan tahaluf siyasi DAP dan PKR menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pada keesokan paginya, pimpinan tertinggi Pas telah menalipon UAA dan mengarahkan supaya membatalkannya, malah menyuruhnya supaya menerima Umno dan membentuk kerajaan Melayu Islam di Perak.

2) Hj Hadi sendiri telah menggunakan kuasa veto dan menafikan hak demokratik muktamirin untuk membahas usul dengan mengarahkan Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP."

3) Pada 17 Ogos 2014, dalam satu mesyuarat JKPP, semua ahli mesyuarat terkejut bercampur gembira kerana Hj Hadi sendiri telah mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai calon pertama dan nama Azmin Ali sebgai calon kedua untuk Menteri Besar Selangor.

Pada sebelah petang hari yang sama, keputusan itu telah dibawa oleh Hj Mohd Sabu ke dlm mesyuarat PR Pusat. Mesyuarat petang itu telah memutuskan PAS hantar nama Dr Wan Azizah sahaja setelah Azmin Ali menarik diri.

Pada keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Ali di Kota Bharu dan menamakan Dr Wan Azizah sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.

Selang beberapa hari kemudian, atas desakan dan nasihat orang tertentu, tiba-tiba Hj Hadi telah berubah fikiran lalu cuba merombak semula keputusan tersebut.

PAS mengadakan mesyuarat lagi pada 25 Ogos 2014 untuk meminda keputusan tersebut, namun mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuat pada 17 Ogos.

Tidak berpuas hati dgn keputusan mesyuarat pada 25 Ogos tu, Hj Hadi telah bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA. Hj Hadi hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tidak ada siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut.

Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, barulah kali ini ada nama orang PKR. Korang lihatlah betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya. Baca di sini

4) Hj Hadi kata, Pas pakat dengan pihak yang ikut acuannya sahaja.

5) Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menegaskan, mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan Pas mestilah menerima Pas sebagai pemimpin.

Tidak mempunyai hala tuju perjuangan: Pas atau Amanah? 

Cuba perhatian fakta-fakta berikut :

1) Hj Hadi kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud.

Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hj Hadi terhadap Amanah dan DAP?

Ternyata Hj Hadi dan Pas dalam keadaan yang keliru dan tidak mempunyai hala tuju perjuangan.

2) Hj Hadi dan beberapa pimpinan tinggi Pas memang mahu membawa Pas bekerjasama dengan Umno. Kenyataan mesra Umno dan gambar-gambar Hj Hadi sedondon dengan Najib mula menjadikan ramai pengikutnya menjadi rimas dan gelisah; menjadikan Hj Hadi turut cemas dan khuatir mereka akan lari meninggalkan Pas.
Pas Mesra Umno 

Maka oleh itu Pas cuba memperdayakan mereka dan mengelirukan mereka dengan kenyataan-kenyataan untuk mengembalikan kenyakinan para pengikut mereka dengan kenyataan-kenyataan yang panas-panas suam kuku jer...
Pas Lawan Umno Olok-olok...

Hj Hadi dan Pas hanyalah berbohong bila berkata mahu lawan Umno kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno untuk pecahkan undi pembangkang dalam PRU nanti. Tidak hairanlah kenapa Hj Hadi dan Pas mengambil aleh kerja-kerja Umno menyerang Amanah DAP dan PKR.

Hj Hadi dan PAS tidak segarang mana menyerang Umno walaupun banyak isu-isu salah laku Umno berlegar selama ini.Pas lawan Umno cuma olok-olok jer macam tayangan gusti dalam tv yang pernah menjadi tayangan yang sangat popular satu masa dulu.

Itu sebabnya, dalam parlimen, Hj Hadi (selalu ponteng) dan MP Pas lainnya hanya tercongok macam pasu bunga, tidak turut berbahas untuk membela nasib rakyat yang memilih mereka sebagai wakil.

Dengan sikap yang tidak menentu tanpa pendirian inilah, Hj Hadi mengistiharkan dirinya dan Pas sebagai pengamal politik matang sejahtera.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

Realiti atau penyedap hati?

$
0
0
'Keluar BERSATU kumpulan sekam'
mk -   2 Jun 2017, 5:47 petang
Kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak masih teguh di bawah pengerusi badan pimpinan negeri, kata ketua penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor.

Menurutnya, beberapa ketua penaja bahagian yang meletakkan jawatan baru-baru ini akan digantikan dengan ketua baru apabila urusan pelantikannya selesai.

"Orang masuk dan keluar parti adalah perkara biasa dalam politik, lebih-lebih lagi bila nawaitu masuknya lebih kepada agenda peribadi daripada agenda negara dan umatnya.

"Saya menganggap peristiwa ini sebagai proses saringan untuk memisahkan sekam dari padi. Saya merasa bersyukur kerana dalam kes seperti ini kumpulan sekam sendiri yang bertindak untuk berpisah dan bukan pimpinan pusat yang terpaksa berbuat demikian," kata Kamarudin dalam kenyataan media.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai peletakan jawatan empat ketua penaja bahagian dan seorang exco Srikandi Pusat bersama 1,000 anggota BERSATU di Perak minggu lalu dan di Negeri Sembilan sebelum itu.

Kamarudin berkata, walaupun BERSATU belum berusia setahun jagung, namun sokongan terhadap parti itu daripada rakyat jelata semakin meningkat terutama daripada bekas penyokong Umno.

"Program utama kita iaitu Jelajah Semarak yang telah diadakan di lima buah negeri setakat ini telah dapat menghimpunkan puluhan ribu penyokong terhadap PPBM dan pimpinan utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz," katanya.

Tambahnya, walaupun terdapat beberapa individu meletak jawatan selepas gagal mengadu domba antara pemimpin utama BERSATU, namun ia tidak memberi kesan terhadap perpaduan parti itu.

"Bahkan ia menjadi bertambah erat lebih-lebih lagi bila Tun (Mahathir) pengerusi sendiri telah mengeluarkan kenyataan membela dan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti," jelasnya.

Lebai ni bengong dah......ni siapa yang bercakap ni?

$
0
0
Lebai ni bengong dah......sekarang dia pula diberbodoh dan membodohkan

Sape buat kerja gila ni......takkan tak letak papan amaran ke ape?

$
0
0
Motor terbang masuk lubang
ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang cedera di dalam lubang. Gambar kanan, keadaan mangsa yang terjatuh ke dalam lubang.
Nadzreen Shah Mat Salim
am@hmetro.com.my

Selayang: Seorang lelaki menahan kesakitan lebih 30 minit apabila motosikal ditunggangnya ‘terbang’ menjunam ke dalam lubang sedalam tujuh meter di Jalan Sungai Tua, Taman Sri Layang berhampiran Empangan Batu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Asraf Mohammad Senajudin, 24, dipercayai tidak menyedari terdapat kawasan pembinaan dan lubang besar bagi kerja pemasangan paip di jalan berkenaan.

Akibatnya mangsa tercampak bersama motosikalnya ke dasar lubang besar itu.

Difahamkan, lokasi kejadian yang gelap turut menjadi punca mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 pagi dan sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Penghuni perigi buta dok diam-diam.....takyahlah menyampuk hal orang!

$
0
0
* Fahamlah nada cakap tu kononnya Hadilah yang lebih layak......

Pada aku atau mungkin ramai di luar sana Mahathir, Nik Amar kata sudah lepasi zaman dan aku pula kata Hadi sudah melewati kewarasan dan bayak rekod kegagalan. Bukan setakat memerintah bahkan berkawan dan bersahabat pun gagal. Mulut lancang tak bertempat. 

Jadi kedua-duanya tak layak dan agaknya siapa pula yang layak?

Jangan mare aaa.....

Calon PM: Mahathir sudah lepasi zaman, kata Mohd Amar
03 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Amar Nik Abdullah

Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri merupakan satu pilihan yang sudah melepasi zaman dan perlu ada calon lebih sesuai untuk perubahan pentadbiran negara.

Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tidak sesuai dan sudah melepasi zaman.

Meskipun mengakui bekas perdana menteri itu mempunyai kelebihan tersendiri namun beliau berkata negara memerlukan calon yang lebih muda untuk mentadir negara.

“Ini memandangkan Mahathir sudah melepasi zaman dan sepatunya perlu ada calon lebih baik memandangkan kita sudah masuk era ‘litar sepang’ (zaman baru) jadi mesti ada calon muda dan berwibawa.

“Lagipun pembangkang mempunyai ramai lagi calon yang sesuai dan dan muda yang boleh diketengahkan,” katanya seperti dipetik Sinar Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan 'free market for asnaf' di masjid As-Salam Pengkalan Chepa.

Mohd Amar berkata, buat masa ini pembangkang seharusnya lebih memfokuskan usaha untuk menumbangkan BN, bukannya memikirkan calon perdana menteri.

“Ini memandangkan perkara seumpama ini menimbulkan perbalahan meletakkan satu mesej yang tidak baik kepada rakyat.

“Baiklah kita tumpukan bagaimana untuk memenangi kawasan ditawan pihak lawan dari memikirkan soal siapa yang selayaknya jadi perdana menteri,” katanya.

Mahathir mengakui beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan cadangan menjadi perdana menteri sekali lagi - jika Pakatan Harapan merancang sedemikian.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya apabila ditanya sama ada beliau bersetuju menjadi perdana menteri sekali lagi jika pembangkang menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan saya dalam Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbangkannya," katanya.

* Nik Amar minta pembangkang fokus untuk tumbangkan BN tetapi PAS dan geng serban tanpa berselindung berusaha menungkat BN/UMNO. Jadi mu kecek ggapo Nik Amar?

Peguam terima dana Najib RM9.5 juta: Tekanan dari Majlis Peguam pula

$
0
0

Majlis Peguam gesa polis siasat peguam terima dana Najib RM9.5 juta

  | June 3, 2017
Presiden Majlis Peguam berkata, terlalu awal bagi merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
PETALING JAYA: Majlis Peguam mahu polis menyiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih dakwaan Sarawak Report seorang peguam terkemuka menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Polis perlu menyiasat kes itu dengan mendalam kerana dakwaan itu sangat serius,” kata Presidennya, George Varughese.
Ketika bercakap kepada FMT, beliau berkata, terlalu awal bagi Majlis Peguam untuk merujuk peguam itu kepada Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara kerana belum ada bukti yang cukup menunjukkan beliau melakukan salah laku profesional.
Varughese berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut membuat laporan polis semalam mendakwa peguam terkemuka itu, yang pernah bertindak sebgai pendakwa raya ad-hoc dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima wang daripada perdana menteri.
Syed Saddiq berkata beliau membuat laporan itu demi mengelak sebarang persepsi negatif terhadap sistem kehakiman Malaysia.
Laporan polis itu dibuat susulan laporan Sarawak Report awal minggu ini yang mendakwa RM9.5 juta telah dibayar dari akaun Najib.
Najib berhadapan dengan kecaman ekoran laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai 2015 mendakwa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau pada Mac 2013.
Bagaimanapun Najib menafikan sebarang salah laku sambil mendakwa wang itu adalah sumbangan kerabat diraja Arab Saudi untuk membiayai kempen pilihan raya umum Umno pada tahun 2013.
Beliau juga telah dibersihkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal tahun lalu daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung dengan derma itu.
Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan kes liwat, juga mempersoalkan mengapa peguam tersebut telah dibayar dengan jumlah itu.
Semalam, beliau menggesa peguam kanan itu disiasat atas alasan dakwaan tersebut amat berat.

KaitanNazri tepis dakwaan Shafee dibayar RM9.5j

Video: Anak-anak sapelaa ni......jahat dan zalim macam setan!

$
0
0

Yang peliknya macam mana penuntut dari UNITEN boleh masuk ke situ?
Di masa bernama ATMA dulu, mak bapak nak masuk jumpa anak pun agak susah

Pulau Dajjal

Video gol-gol inside - European Champions League: Real Madrid juara lagi, Ronaldo menjadi bintang lagi

$
0
0
Ronaldo leads Real Madrid to second straight Champions League title
By Associated Press June 3, 2017 | 4:46pm
Getty Images

Real Madrid is the European champion again, and Cristiano Ronaldo was the star again.

The 12-time champions from the Spanish capital became the first team in the Champions League era to win back-to-back titles with their 4-1 victory over Juventus at the Millennium Stadium.

Madrid started the competition, then known as the European Cup, with five straight titles from 1956-60. But since the 1992-93 season, when it was rebranded the Champions League, no team had been able to successfully defend its title.

Until now.

Ronaldo scored two of the goals, making him the leading scorer in the competition for the fifth straight season with 12 — one more than Lionel Messi. He also became the first man to score in three finals, adding to his goals in the 2008 and 2014 finals.

It was also the second Champions League title won under coach Zinedine Zidane, the former France great who took over at his old club last season and led it to the Spanish league title last month.

Faiz Fadzil ungkit 'sindrom bisu'

$
0
0
'Sindrom membisu jadi ancaman baru M'sia'
Faiz Fadzil -   Hari ini, 2:55 tengahari
ULASAN | Pendedahan Sarawak Reports mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.

Kejutan (shocking) berkaitan berita tersebut telah melahirkan 2 reaksi berbeza. Segmen rakyat yang cintakan negara berasa marah, bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan.

Segmen pemerintah yang cintakan habuan dunia pula membisu seribu bahasa. Tidak pasti sama ada sikap membisu ini disebabkan oleh perasaan takut atau masih teraba-raba mencari helah.

Tiada seorang pun pemimpin UMNO yang berani memberikan reaksi membela bos mereka yang kini terkapai-kapai mencari Syeikh Arab bagi melepaskan diri.

Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak pendakwaan dan kebebasan badan kehakiman kerana Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu.

Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak polis kerana Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.

Pendedahan ini juga memberikan impak negatif terhadap profesion peguam kerana peguam perlu bertindak secara integriti dan digniti sepertimana yang termaktub dalam Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.

Gesaan ke atas Majlis Peguam

Majlis Peguam perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini.

Menjunjung prinsip bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Shafee untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.

Pendedahan ini adalah sesuatu yang amat jeopardise sistem pentadbiran negara kerana wang yang didakwa disalurkan tersebut adalah wang SRC International yang dipinjam daripada dana awam Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat sebagai wang yang telah diseleweng.

Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa perdana menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salah laku jenayah pecah amanah oleh perdana menteri.

Perdana Menteri hingga saat ini tidak menafikan menerima wang tersebut, malahan tidak pula membayar balik kepada KWAP walaupun telah dibuktikan ianya wang KWAP.

Seharusnya pihak polis, SPRM dan Peguam Negara mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini.

Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab undang-undang dan sosial untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Keluhuran undang-undang perlu sentiasa dijunjung dan dipelihara.

PM terus membisu

Sikap perdana menteri yang terus membisu terhadap dakwaan salah laku dalam skandal penyelewengan berskala mega ini menunjukkan tiadanya sifat akauntabiliti perdana menteri.

Perdana Menteri perlu menjelaskan tujuan beliau membayar wang sebanyak itu dan adakah wang itu telah diisytiharkan kepada LHDN bagi pengauditan dan potongan cukai.

Kelemahan kerajaan dan pihak berkuasa menyelesaikan isu yang amat serius ini akan menghakis kepercayaan lebih ramai pelabur dan menyebabkan nilai ringgit semakin susut yang akhirnya mengakibatkan ekonomi negara semakin merosot dan kehidupan rakyat semakin tertekan dan menderita.

Maka, dakwaan perdana menteri bahawa keadaan ekonomi akan lebih parah jika bertukar kerajaan adalah helah bagi menipu rakyat sedangkan isu korupsi yang menjerut beliau adalah isu tunjang kemerosotan ekonomi sekarang.

Perkara ini adalah konsisten dengan kenyataan mantan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zety Akhtar Aziz bahawa ringgit hanya akan pulih jika isu 1MDB diselesaikan. Siasatan menyeluruh dan bebas terhadap perdana menteri adalah langkah pertama penyelesaian isu 1MDB.

Namun, Perdana Menteri masih lagi bebas dan isu 1MDB tidak juga selesai kerana sikap membisu pihak berkuasa. Sikap membisu yang sedang melanda negara hari ini menjadi ancaman baru kepada kestabilan ekonomi dan demokrasi negara.

FAIZ FADZIL ialah timbalan ketua pemuda AMANAH. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

PKR pun sayang dedak juga?

$
0
0
Sunday, 4 June 2017
MENGAPA BOLEH JADI BEGINI?
Walaupun Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu telah membuat keputusan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan Kelantan perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta susulun keputusan Pas memutuskan hubungan dengan PKR, dilaporkan belum ada yang berbuat demikian sehingga ini.

Ia disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob yang berkata, "Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa."

Kenapa boleh jadi begini?

Mengapa arahan Biro Politik PKR tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri?
Dilaporkan juga Adun PKR Guchil, Mohamad Roslan Puteh memberitahu, sehingga ini semua lantikan politik itu belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan di antara kerajaan negeri dengan PKR pusat berhubung perkara itu.

Rundingan apa lagi?

Perlu apa berunding lagi sedangkan Biro Politik PKR sudah membuat arahan yang jelas mengenainya dan Pas pula sudah memutuskan hubungan dengan PKR?

Apakah dalam hal ini Biro Politik PKR perlu membuat arahan sekali lagi atau  di mata rakyat, PKR pun akhirnya dilihat tidak jauh berbeza dengan Pas juga? (ShahbudinHusin 04/06/2017).

Sifat dan fahaman ini sekarang kembali pada PAS?

Celaka: Bahana percayakan Bomoh, satu jiwa melayang!

$
0
0
POLIS CARI BOMOH DAKWA ZULFARHAN CURI LAPTOP
Kes kematian Zulfarhan penuntut UPNM akibat didera kini disiasat atas tuduhan membunuh dengan 36 suspek telah ditahan.  – Foto NST

Polis akan mengambil keterangan doktor klinik swasta di Bangi bagi bantu siasatan kes buli penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan berhubung kes itu.

Katanya, klinik swasta di Bangi iaut adalah tempat arwah dibawa untuk menerima rawatan, pada 27 dan 31 Mei lalu.

“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri laptop).

“Sehingga ini, tiada penahanan dilakukan namun jika perlu berdasarkan bukti hasil siasatan, kami akan membuat penahanan lain,” katanya lapor Harian Metro.

Menurutnya, siasatan kes itu kemungkinan mengambil masa yang lama berikutan membabitkan ramai suspek namun ia akan dilakukan secara telus.

Harian Metro melaporkan rakan Allahyarham ada berkongsi mesej dengan keluarga arwah yang mendakwa Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan kerana dituduh mencuri.

Rakan arwah dipetik berkata, Allahyarham diperlakukan demikian oleh suspek selepas bomoh menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer riba suspek.

Zulfarhan – Pegawai Kadet Laut tahun tiga UPNM meninggal dunia pada kira-kira 9 malam semalam, selepas didera rakan universiti dengan seterika wap.

Selain itu, Allahyarham juga dikatakan dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju pada 20 dan 21 Mei. - sumber

BAPA ZULFARHAN MUSYKIL PUNCA KEMATIAN ANAK
Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman, 21, Zulkarnain Idros, 53, menyatakan keraguan terhadap kejadian sedih dan kejam yang menimpa anaknya.

“Arwah sudah didera beberapa hari, saya tidak faham mengapa dia tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan?

“Saya juga hairan mengapa doktor yang merawatnya sebanyak dua kali tidak membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Uda Perdana, Johor Bahru, hari ini lapor portal Harian Metro.

Selain itu, Zulkarnain turut tertanya-tanya siapa bomoh yang kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan menamakan individu tertentu.

“Saya tidak pasti benar atau tidak…tetapi kalau bomoh itu benar-benar bagus, dia tidak sepatutnya menamakan mana-mana individu,” katanya.

Zulkarnain berkata, sebelum ini dia difahamkan arwah anaknya itu dibelasah menggunakan pelbagai benda kerana kononnya mencuri komputer riba.

“Arwah bukan begitu orangnya. Hari ini, saya diberitahu ada bomoh menamakan arwah mengambil komputer riba suspek yang membawakan kepada kejadian itu.

“Jikalah bomoh tu power (berkuasa), dia sepatutnya pergi mendapatkan barang yang hilang dan bukannya menamakan individu dan dalam kes ini hingga menyebabkan kematian.

“Sebagai umat Islam kita kena percayakan Allah dan berusaha mengikut perintahNya,” katanya.

Sementara itu, katanya, keluarga belum membuat laporan polis kerana sibuk menguruskan jenazah arwah dan hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.

“Kami akan mendapatkan bantuan guaman sebelum membuat laporan polis kerana mahu bentuk laporan secara menyeluruh.

“Walaupun kami reda, saya tetap ambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan buat arwah.

“Sekurang-kurangnya tindakan undang-undang itu nanti dapat bantu tambah baik pentadbiran UPNM sendiri supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya. - sumber

SPR bersikap "babil Isreail"?

$
0
0
Friday, June 2, 2017
Hashim Abdullah adalah budak Najib Razak

SELEPAS SAHUR

Pertikaian dan rasa tidak puas hati terhadap perubahan peraturan atau sistem yang dilaksanakan oleh SPR berterusan tanpa ada kesudahan. Terbaharu tindakan anjing; "menggongong" pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain serta tidak mempamerkan deraf pengundian seperti berlaku sebelum ini dipersoalkan oleh pembangkang. Pembangkang telah mengadakan protes serta penyerahan memorandum bantahan.

Di laporkan di Perak sekumpulan orang cuba menyerahkan memorandum kepada SPR sebagai protes, tetapi suruhanjaya itu tidak mahu menerimanya menyebabkan kumpulan itu mengambil keputusan menunggu di luar pejabat SPR dan enggan pulang. Bayangkan sikap ditunjuk SPR, usahkan untuk perbetulkan kepincangan yang dibantah untuk menerima memorandum pun tidak mahu.

Tindakan sepihak oleh pembangkang itu tidak akan diendah dan didengar oleh SPR pun. Bagi pembangkang perubahan itu sesuatu yang sangat dikesali.

Walaupun wajar pembangkang mempertikaikan perubahan itu demi mendapat keadilan dan kesaksamaan dalam proses pilihan raya, tetapi tidak akan ke mana dan dipedulikan. SPR tetap dengan sikap "babil Isreail"nya.

Berbagai pandangan serta pendapat diberikan ke atas perubahan itu. Pembangkang menuntut ia dikembali dan menganggap perubahan itu sebagai membatal balik amalan sebelum ini serentak itu tidakan tidak mempamir deraf itu sebagai tidak adil kepada mereka. Tentunya tanpa ada pamiran deraf itu pembangkang sukar untuk mengetahui kedudukan para pengundi. Sedang parti pemerintah mendapat akses menerusi kedudukannya sebagai kerajaan. Inilah yang tidak adilnya.

Manakala dipihak lain mempertahan tindakan itu sebagai, itu hak SPR. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang SRP untuk mempamirkan deraf berkenaan. Jadi SPR masih mengikut atau melakukan perubahan mengikut bidang kuasa yang ada kepadanya. Begitu dakwa dipihak yang bersetuju dengan SPR.

SPR boleh melakukan apa sahaja mengikut bidang kuasa yang ada kepadanya. Pembangkang pula kena menyedari dan menerima hakikat ini. Hakikat yang perlu difahami benar-benar ialah kedudukan SPR itu sendiri. Siapa orang bertanggungjawab mencadangkan nama setiap kali untuk menerajui suruhanjaya berkenaan. Bukankah ianya dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak?

Walaupun pada prinsipnya badan itu bebas tetapi kuasa prerogatif PM masih menguasinya. Sudah pasti dalam hal ini Najib Razak akan melantik orang yang boleh dipercayainya menggerakan suruhanjaya itu untuk keuntungan politiknya. Selagi pengerusi itu ditunjuki oleh PM, maka selama itu kebebasan diharap dari SPR tidak menjadi kenyataan. Perjuangan menuntut keadilan dan kebeasan dari SPR samalah mengharapkan sisik dari keli atau insang dari kodok.
Bertolak dari situ adalah elok proses pelantikan pengerusi SPR ini diubah di masa akan datang untuk menjamin ketelusan dan keadilan. Sekiranya HARAPAN memerintah negara pada masa depan, pastikan proses pelantikan atau pemilihan pengerusi SPR ini dilakukan oleh badan bebas yang dikuasai orang ramai. Perdana Menteri jangan diberikan kuasa untuk menunjuk mana-mana nama seperti berlaku sekarang ini.
Siapakah dia Hashim Abdullah yang menerajui SPR sekarang ini. Hashim dilihat 

bekas kepada SUSK kepada Annuar Musa, tetapi orang lupa Hashim adalah budak Najib semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Pertahanan. Hashim adalah pegawai Najib sebelum dipindahkan ke Kemeterian Luar Bandar untuk berkhidmat dengan Annuar Musa sebagai Setiausaha Sulit Khas.

Dalam kata lain, Hahsim sudah dikenali oleh Najib Razak hingga kepada air kencing dan najisnya, apa yang dia boleh buat dan sanggup buat untuk kepentingan Najib. Menjaga SPR memberi keuntungan kepada parti Najib tidak dapat dielak dan dinafikan. Sebab itu beliau dipilih Najib dan bukan orang lain. Bukan sahaja suami Ketua Odit Negara akan sehidup semati dengan Najib, Pengerusi SPR juga begitu.

Justeru bagi saya usaha untuk membersihkan SPR dan menuntut keadilan dari SPR adalah perbuatan sia-sia umpama mencakul gunung untuk dijadikan lembah. Maka tindakan terbaik ialah pejuang kebebasan dan keadilan terutamanya parti pembangkang harus pulau pilihan raya. Sudah kerap kali saya melontar tindakan berupa protes ini.

Bagi saya alasan digunakan oleh pembangkang penyertaan mereka dalam pilihan raya kerana tiada cara lain, (temporary alias dharurat) adalah tindakan memberi muka kepada parti pemerintah dan pihak menguasai SPR. Selagi pembangkang bersikap talam dua muka, menerima proses pilihan raya apabila mereka menang dan menentang bila kalah, maka selama itulah SPR akan mengekalkan sikap dan amalan yang dilakukan kini.

Separtutnya pembangkang bertegas dalam hal ini. Apabila mereka meragui proses pilihan raya tidak adil dan bebas maka mereka perlu memulaukannya. Jangan menjadikan alasan kerana tuntutan dilaksanakan oleh NGO maka mereka boleh berdalih, bahawa parti-parti pembangkang bukan bersikap cakap lain berbuat lain.

Selama mana pembangkang tidak tegas dengan ketidakadilan SPR itu buatlah beribu kali perarakan Bersih untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih ia tidak akan memberi kesan. Apa lagi muka SPR lebih kurang sama sahaja dengan muka perdana menteri ke 7 itu, ia tidak akan mengubah apa-apa keadaan. Sekali lagi saya sebut kerja memperotes kesalahan SPR itu sia-sia sahaja bak menanam angin akan menunai badai.

Kalau pun pemerotes di Perak yang menunggu di pintu pejabat SPR itu terkencing dan teberak pun ia tidak akan dipedulikan SPR kerana SPR juga sudah mangli dan lali dengan segala kebusukan -- ketidak adilan dan ketidakbebesan yang diamalkan. [wm.kl.11:34 am 02/06/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 11:46:00 AM

Kemalngan maut van Tahfiz: Kenyataan yang mana satu betul ni?

$
0
0
Pemandu van tiada lesen: Pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi nafi kenyataan polis
Muhafandi Muhamad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 04, 2017 17:51 MYT
Kemalangan berlaku apabila van yang dinaiki mereka terbabas merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, jam 9.30 pagi Jumaat.

KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Al-Hashimi tidak menolak kemungkinan pihak polis tersalah menyoal siasat ustaznya yang dalam keadaan trauma dan berada di bawah kesan ubat sehingga mengaku menjadi pemandu van berkenaan.

Pengasasnya, Datuk Adnan Hashim berkata ini kerana pemandu tetap yang sudahpun keluar hospital semalam memaklumkan kepadanya bahawa dialah pemandu semasa kemalangan berkenaan.

Katanya, menjadi ketetapan dan peraturan di Maahad Tahfiz Al Hashimi bahawa hanya pemandu tetap yang mempunyai lesen memandu dibenarkan membawa van dan kenderaan.

“Saya tak percaya (laporan awal) disebabkan selepas berlaku (kes kemalangan), saya telah tanya ustaz yang jadi pemandu tetap itu dan dia kata dia yang pandu.

“Siasatan pada awal itu (polis) telah bertanya pada pemandu yang tak ada lesen. Antara dua ustaz itu, keadaan dialah yang teruk dan polis bertanya kepadanya ketika dia trauma dan pening,” jelas Adnan yang berharap semua pihak membiarkan polis meneruskan siasatan.

Beliau pada masa yang sama meminta agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan.

Menurut Adnan lagi, sehingga kini tiada rungutan dan pertikaian ibu bapa mengenai perkara tersebut, bahkan ibu bapa mangsa menerima perkara itu dengan hati terbuka.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pemangku Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad yang memaklumkan bahawa pemandu van yang terlibat dalam kemalangan maut itu tidak mempunyai lesen memandu.

Menurut Din, pada awalnya terdapat percanggahan mengenai status pemandu van itu kerana pengurusan maahad berkenaan memberitahu pemandu memiliki lesen tetapi siasatan lanjut mendapati seorang guru pengiring menjadi pemandu gantian.

"Pada hari kejadian, pemandu yang sepatutnya melakukan tugas tersebut telah mengambil cuti dan digantikan dengan pemandu lain (guru pengiring).

Siasatan masih dijalankan kerana kemungkinan ada unsur kecuaian manusia kerana ada saksi memberitahu van yang terbabit kemalangan itu cuba memotong sebuah kenderaan lain dan jika benar, ia pasti dipandu dalam kelajuan tinggi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Pagi Jumaat lepas , 12 pelajar tahfiz yang dalam perjalanan menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan, Kota Bharu, terlibat dalam kemalangan dengan tujuh daripada mereka maut manakala lima lagi cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila van yang dinaiki mereka terbabas merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, jam 9.30 pagi Jumaat.

Alahai berangannya diaa: Perintah Terengganu dan Kedah sepenggal pun hancus

$
0
0

* Kelantan pun mungkin lingkup pada PRU14 nanti. Yang dok perintah sekarang pun hanya tahu jual harta dan gondolkan bukit!

Negara perlukan ‘pemandu baru’, PAS sedia ganti BN

June 4, 2017
PAS juga berusaha untuk menentang kemungkaran, menukar parti yang korup, rasuah dan pelbagai kelemahan yang ada dengan Islam sebagai pemandu.
KOMEN

Tanggapan yang selalu tersilap ialah menganggap PAS hanyalah sebuah parti politik.
PAS sebenarnya lebih dari itu. PAS pada asasnya ialah 1 gerakan dakwah dan tarbiyah ummah yang bertujuan mengajak kembali kepada ketauhidan dan menjauhi syirik.
Selain itu, PAS juga mengajak ummah untuk menentang perhambaan kepada harta, pangkat kebesaran dan menentang perhambaan kepada manusia dan sistem ciptaan manusia.
Politik membentuk sebahagian dari asas perjuangan PAS.
Penyertaan PAS dalam pilihan raya tidak sama matlamatnya dengan parti politik lain.
Dalam apa juga keadaan, PAS berusaha menzahirkan Islam di dalam semua aspek kehidupan, termasuklah politik.
PAS terus bekerja menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh sendi masyarakat. Dakwah bukan hanya mengajak kepada Islam sebagai akidah tetapi seluruh sendinya.
Jika kita menggunakan kebersihan awam dan tandas awam di negara Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sebagai piawai, begitulah jauhnya lagi amalan Islam dipraktikkan di Malaysia.
Ini menjadikan persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas.
Bukankah semua ini adalah manhaj Islam sebagai penyelamat ummah?
Pembinaan tarbiyah ummah bermula seawal kelahiran. Semua medan besar dakwah ini tidak terikat dengan pilihan raya.
Kerana itu, ahli dan pimpinan PAS yang memahami perjuangan besar PAS sebagai 1 gerakan dakwah, tidak akan terbelenggu dengan dogma bahawa kalau tewas maka habislah perjuangan.
PAS berusaha baiki diri
Selain dakwah, PAS juga berusaha untuk memperbaiki diri.
PAS juga berusaha untuk menentang kemungkaran, menukar parti yang korup, rasuah dan pelbagai kelemahan yang ada dengan Islam sebagai pemandu.
PAS bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan. Kerana itu, PAS berdaftar sebagai sebuah parti politik. Bukan semacam jamaah dakwah lain.
Kerana mendapatkan kekuasaan adalah sebahagian dari kesempurnaan penghayatan Islam. Kuasa ialah alat, bukannya matlamat akhir perjuangan PAS.
Inilah yang membezakan kita dengan parti politik lain.
Mereka yang hanya berfikir mengenai kerusi pilihan raya akan meroyan apabila hanya memikirkan soal menang kalah perjuangan berdasarkan pilihan raya.
Aspek kemenangan pilihan raya hanyalah sebahagian daripada wasilah perjuangan PAS yang luas.
Penetapan 3 tonggak utama perjuangan iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah membuktikan jauhnya pandangan politik PAS.
Di saat kita memburu kemenangan pilihan raya, kita wajib memperkasakan kesemua dimensi perjuangan iaitu dakwah dan tarbiyah.
Ketiga-tiga tonggak ini mestilah seimbang bagi memastikan perubahan secara bersepadu.
Fokus yang besar kepada gerak kerja politik sahaja, dengan mengabaikan tarbiyah akan hanya melahirkan golongan yang kecewa dan putus asa apabila tewas dalam pilihan raya hatta pemilihan parti di muktamar.
Ia akan mula menyalahkan pelbagai pihak atas kekalahannya, lantas ia menjadi golongan yang mudah futur dalam perjuangan. Di saat inilah syaitan akan menghasutnya dan menjauhkan ia dari perjuangan dan jihad.
Andainya ukuran kejayaan hanya kepada kalah atau menang pilihan raya, maka sangat murahlah perjuangan ini. Hampir tiada beza dengan parti lain yang dasarnya tidak berpijak kepada akidah dan syariat Allah.
Apabila Lujnah Dakwah dipisahkan dari lujnah penerangan, maka ia telah menghantar isyarat jelas perlunya diperkasakan peranan dakwah dalam PAS.
Lujnah kanan dalam parti ini mempunyai fungsinya tersendiri. Ia berkait rapat dengan hala tuju parti dan pemerkasaan organisasi parti.
Lujnah ini menjadi pilihan kepada ahli yang berminat dalam medan dakwah melebihi medan politik pilihan raya. Ia mesti menyediakan ruang dan peluang yang terbuka kepada petugasnya.
Medan dakwah yang sangat luas ini memerlukan kesungguhan kerja dan mujahadah yang sangat tinggi.
Medan ini memerlukan dana yang besar bagi menggerakkan aktiviti sama ada di kalangan umat Islam atau mereka yang belum menerima Islam sebagai akidah mereka.
Kita mesti bekerja sebagai sebuah kerajaan menanti yang tersusun teguh samada fizikal jamaah atau rohiyah jamaah yang dibuktikan melalui kepatuhan, ketaatan dan keikhlasan dalam perjuangan.
Bahtera besar ini mesti terus belayar, di saat gelombang besar, mungkin perjalanannya perlahan dan lebih berhati-hati manakala di saat lautan tenang ia boleh meluncur laju ke destinasi.
Nakhoda kapal akan memastikan laluan kapal akan belayar dengan betul walau sesekali membelok ke kiri atau kanan bagi mengelak batu karang atau gelombang besar. Ia tahu apa yang perlu dilakukan.
Anak-anak kapal tidak perlu mengambil alih tugas nakhoda. Kerana nakhoda jamaah ini mempunyai pasukan bagi membincang, merangka dan membuat keputusan bagi membantu tepatnya keputusan dan benarnya tindakan.
Tarbiyah adalah tonggak utama dalam parti. Ia bukan hanya berlegar di sekitar kepimpinan melalui medan sedia ada seperti usrah, tamrin, rehlah, muqayyam dan liqa fikri.
Tarbiyah meliputi pendidikan politik Islam kepada rakyat. Mendidik agar berfikir secara Islam agar boleh bertindak secara Islam.
Budaya politik matang dan sejahtera
Apabila PAS memperkenalkan BPMS – budaya politik matang dan sejahtera – ia bukan sekadar anjakan pendekatan politik, tetapi ia adalah perubahan cara berfikir di kalangan masyarakat.
Ia dijadikan dorongan untuk mendidik rakyat agar berfikir secara Islam, berdasarkan wahyu Ilahi. Penilaiannya bukan hanya hitam dan putih. Tetapi yang hak sebagai hak, yang batil sebagai batil.
Anjakan ini bersifat mendidik rakyat agar berani menyokong kebenaran seandainya ia sesuatu yang benar, walaupun ia dilakukan oleh pihak yang tidak disukai mereka.
Gambaran bahawa pembangkang perlu membangkang kerajaan secara totok, dan kerajaan perlu mempertikaikan segala cadangan pembangkang adalah cara lapuk dan ketinggalan.
BPMS membuat anjakan besar bahawa kita perlu menyokong apa jua tindakan yang betul dan tepat walaupun ia daripada pihak yang tidak disukai seperti kerajaan memerintah, selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Namun, kita perlu bangkit menentang sesuatu yang bercanggah dengan syarak, walau dilakukan oleh pihak yang disukai seperti parti sendiri.
Penentangan terhadap kemungkaran tidak semestinya dalam bentuk menyerang peribadi atau memaki hamun dan mencerca. Lagi tidak munasabah jika kemungkaran dijawab menggunakan fitnah atau fitnah diguna untuk menjawab 1 fitnah yang lain.
Ia boleh dilakukan dengan menegur, menasihati, memberi cadangan, menyerah memo, demonstrasi atau menggerakkan rakyat agar mengundi dengan betul dalam pilihan raya.
Pendekatan yang lebih matang ini insya-Allah menjadikan perubahan yang dicari tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. Tragedi perubahan yang malang yang telah banyak berlaku di pelbagai negara perlu dijadikan panduan.
Betapa banyak rakyat yang lebih menderita selepas perubahan yang dicari. Mereka ditekan dengan kezaliman pemimpin, rasuah dan salah guna kuasa, penyelewengan harta negara sehingga sangat membebankan rakyat lalu mereka bangkit.
Sayangnya selepas berjaya dilakukan pertukaran kerajaan yang zalim dan menindas itu, mereka baru sedar penggantinya sebenarnya jauh lebih teruk menjadikan mereka lebih menderita dari sebelumnya. Inilah yang berlaku di Iraq, Libya dan Mesir.
Ini semua memberi petunjuk bahawa mengurus perubahan lebih penting dari perubahan itu.
Anjakan pendekatan BPMS, malangnya telah menyebabkan PAS dilihat mesra Umno-BN. Lalu pelbagai serangan dihalakan kepada parti dan kepimpinannya untuk terus menanam persepsi tersebut.
Pimpinan PAS menyedari dan sudah menjangkakan hal ini kerana rata-rata pembangkang masih berfikiran lama dan hanya selesa dengan politik warisan penjajah yang berpaksi kepada politik sekular yang tidak ada kawalan akhlak dan adab Islam.
Ceramah yang tradisinya mesti ada maki hamun, cerca dedah keaiban peribadi dan sengaja mewujudkan persepsi negatif walaupun berdasarkan fakta yang tidak betul sekalipun.
Permohonan maaf atau menarik balik tuduhan menjadi perkara murah yang boleh dijual beli dalam politik. Satu-satu fitnah hari ini sanggup dipertahankan sehingga ia dibicarakan di mahkamah bertahun kemudian sebelum meminta maaf. Bagi golongan ini, yang penting ialah membina persepsi semasa bagi meraih sokongan pada waktu itu sahaja.
Beginilah budaya politik negara bertahun lamanya yang semakin menjadi-jadi saban hari kerana adanya media sosial sehingga memualkan. Tidak hairan bila munculnya gambaran bahawa politik itu kotor. Politik yang tiada kena-mengena dengan agama. Politik suku agama suku dan sebagainya.
Negara dikatakan sedang menuju kepada negara maju. Kemajuan bukan hanya dalam aspek pembangunan, ia juga mesti meliputi politik kepartian.
Kalau di negara maju menjadi kebiasaan perdana menteri boleh menjemput ketua pembangkang hadir mendengar taklimat sesuatu projek besar negara. Peruntukan yang sama akan diberi kepada parti kerajaan atau pembangkang yang memenangi pilihan raya.
Pembangkang juga akan dilantik dalam sesuatu jawatankuasa bagi memantau perjalanan kerajaan.
Tanpa budaya BPMS, ini mustahil diamalkan di negara ini. Jika ada ahli Parlimen setempat daripada pembangkang yang hadir dalam program kerajaan seperi majlis bantuan kepada nelayan di bawah parlimennya, mereka terus dicap kononnya hendak bersama kerajaan. Ini yang terjadi pada PAS.
Apabila pimpinan PAS menghadiri majlis menentang kezaliman umat Islam Rohingya, pelancaran kapal Flotilla maka terus diserang sebagai ‘PAS dan Umno sekapal’. Beginilah cara berpolitik hari ini sehingga melahirkan kenaifan fikiran sebahagian masyarakat kita.
Namun begitu, PAS akan terus membudayakan BPMS.
PAS berbangga bahawa kita telah berjaya membuat anjakan cara berfikir dan berpolitik di negara ini.
Apa-apa yang baru yang melanggar amalan hari ini akan pasti mendatangkan pelbagai reaksi. Insya-Allah, kita pasti akan berjaya dengan izin Allah.
PAS percaya bahawa budaya BPMS ini sangat diperlukan sebelum negara boleh bergerak ke depan, dan supaya perubahan yang dicari tidak akan bersifat separa dan tergantung.
Negara perlukan pemandu baru
Hampir semua rakyat bersetuju, negara memerlukan pemandu baru.
Pemandu yang lama ini sengaja mengekalkan rakyat dalam keadaan sakit, pada masa yang sama berlakon menjadi doktor tunggal yang dapat memberikan panadol menyebabkan rakyat terpaksa bergantung padanya. Itulah kaitan sebenar antara GST dan BR1M.
Kita mengakui bahawa kepimpinan negara yang diterajui oleh Umno-BN adalah punca kepada masalah negara. Namun, perkara yang lebih penting pada waktu ini ialah membantu rakyat bagi memahami situasi yang berlaku dalam negara kini.
Rakyat memerlukan pemandu baru yang bukan sahaja tahu jalan yang ingin dilalui, tetapi turut memahami jalan mana yang selamat bagi rakyatnya di dunia dan akhirat.
Pemandu ini tidak hanya sibuk membina dunia, tapi juga sibuk membina akhirat bagi negara dan rakyatnya.
Oleh itu, pemandu yang baru mesti juga bertindak mengikut panduan al-Quran dan Hadis.
PAS telah mengutarakan kerajaan teknorat sebagai penyelesaian.
Kerajaan teknokrat adalah 1 langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut.
Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada perdana menteri hingga ke peringkat terbawah.
Sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihan raya.
Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan profesional untuk mentadbir negara.
Berdasarkan sejarah politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa bukan semua teknokrat tahu berpolitik dan bukan semua ahli politik itu berminda teknokratik.
Seperti BPMS, PAS akan berusaha melanjutkan idea kerajaan teknorat ini sebagai 1 model pentadbiran untuk negara. Insya-Allah.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

* Terbaru laporan kedarah balak, korang tengok pula: Pembalakan kawasan air terjun Dakota, kerajaan PAS berbohong?

‘Semua berlaku depan rumah’: Cerita rakyat Malaysia detik serangan di London Bridge

$
0
0
Serangan London: ‘Semua berlaku depan rumah’
WARTAWAN SINAR HARIAN 4 JUN 2017
SHAH ALAM - Seorang penuntut Malaysia di London menceritakan detik mencemaskan dalam serangan keganasan yang mengakibatkan tujuh orang terbunuh dan hampir 50 cedera.

Siti Farhana Sheikh Yahya, 24, berkata, dia sedang berada di rumahnya dekat Jambatan London apabila dia mendengar keadaan huru-hara di bahagian luar.

Star Online memetik Siti Farhana, yang berasal dari Shah Alam sebagai berkata, terdapat beberapa kenderaan polis di tempat kejadian dan dia boleh mendengar segalanya.

Dia mendapat tahu bahawa satu serangan pengganas telah berlaku betul-betul di luar apartmen tempat dia tinggal.
Rumah Siti Farhana terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Jambatan London dan Borough Market, dua lokasi di mana berlakunya serangan.

“Semuanya berlaku betul-betul di depan rumah saya. Sekarang ada kereta polis dan dari tempat saya ini, semuanya dapat didengar,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam serangan keganasan di Jambatan London dan Borough Market lewat malam tadi.

Laporan juga menyebut, tiga suspek serangan ditembak mati polis.

Serangan itu berlaku hampir dua minggu selepas seorang penyerang bunuh diri mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 maut  pada konsert di Arena Manchester.

Siti Farhana yang sudah berada di London sejak empat tahun lalu, biliknya terletak hanya kira-kira 300 meter dari salah sebuah lokasi kejadian.

“Saya dapat mendengar bunyi helikopter dan dua letupan kuat. Saya tak pasti ia bunyi apa dan saya takut untuk selidik apa yang berlaku,” katanya.

Pelajar ijazah sarjana di King's College, London itu berkata, takut untuk melangkah keluar dari pintu rumahnya, dia terus menyaksikan peristiwa itu dari tingkap rumahnya.

“Ia berlaku kira-kira jam 10 atau 11 malam. Saya baru sahaja selesai berbuka puasa.

“Saya melihat melalui tingkap anggota polis berlegar di kawasan itu dan saya fikir mereka telah menahan seorang lelaki di lorong hadapan rumah saya.

“Saya dengar polis menjerit mengarahkan seorang lelaki mengangkat tangan dan kemudian saya nampak mereka bercakap-cakap dengannya,” katanya.

Menurutnya, berlaku kejadian di mana sebuah van putih telah melanggar beberapa pejalan kaki di sebelah selatan Jambatan London.
Tiga lelaki kemudian keluar dari van tersebut dan berlari ke arah Borough Market. Mereka mula menikam orang ramai yang sedang berhibur pada malam minggu.

“Kereta polis ada di mana-mana. Pasar Borough di mana kejadian tikam berlaku juga terletak di depan rumah saya.

Siti Farhana juga mengakui takut dengan bunyi seperti tembakan dan jeritan namun merasa selamat selepas kehadiran polis.

Katanya, mengetahui dia tinggal dekat dengan kawasan kejadian itu, anggota keluarga dan rakan-rakannya dari Malaysia dan United Kingdom menghubunginya untuk mengetahui keadaannya.

Minta hentikan hidangan alkohol di dalam penerbangan dikatakan mengarut?

$
0
0
Pemuda Pas keliru dengan pendirian MAS
SITI FATIHAH AWANG 4 JUN 2017
Gambar Hiasan. - Foto sumber Internet

KOTA BHARU - Pemuda Pas keliru dengan pertimbangan yang perlu dibuat pihak sistem penerbangan Malaysia (MAS) untuk menghentikan hidangan arak dalam penerbangan syarikat itu.

Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, adakah MAS perlu menunggu berlakunya satu insiden besar sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

“Saya tertanya, berapakah bilangan insiden yang diperlukan untuk MAS boleh membuat pertimbangan untuk menghentikan hidangan arak?

[ARTIKEL BERKAITAN:  Henti sajikan arak atas faktor keselamatan jika...]

“Atau kita mahu menunggu sehingga sebuah kapal terbang jatuh menjunam di hadapan mata akibat penumpang mabuk barulah mahu sedar keperluan menghentikan hidangan arak?," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Hamzah Rahmat yang menganggap permintaan Pemuda Pas untuk menghentikan penyediaan arak sebagai mengarut.

Ahmad Fadhli berkata, Hamzah seharusnya melihat perkara tersebut daripada pelbagai aspek, terutamanya kesan dan akibat kepada mereka yang mabuk itu kepada anak kapal dan penumpang lain.

Presiden Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebelum ini berharap agar insiden yang menimpa insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 diambil iktibar.

Beliau berkata demikian susulan insiden pesawat itu yang dalam penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dipercayai akibat tindakan seorang lelaki yang mendakwa memiliki bahan letupan dan mengugut untuk meletupkan pesawat tersebut.

Memetik laporan sebuah portal, penumpang MAS dikatakan tidak dapat lagi menikmati minum beralkohol dalam penerbangan pendek kurang daripada tiga jam selepas akur kepada 'pilihan majoriti penumpang' sejak 1 Januari 2016.
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live