Quantcast
Channel: mountdweller88
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live

Saja alih fokas: Kisah Nur sajat, insan khunsa yang berjaya

$
0
0
Doktor terkejut Nur sajat ada 2 alat sulit - ini antara pendedahan dan gambar yang anda tak pernah lihat

Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?
BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza. 

Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca InTrend?

Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. 

Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.

Dan ketika awal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.

Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.

Namun malangnya, ditakdirkan rumah kami di Taman Sri Lekir terlibat dalam satu kebakaran yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta-benda termasuk dokumen-dokumen penting, segala butiran dan kerja ayah sebelum ini hangus dijilat api. Peristiwa itu berlaku sekitar 1989 atau awal 1990. Rentetan itu kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup ketika itu.

Maklum sahajalah, ketika zaman itu kita tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk melakukan back-up dalam urusan dokumentasi dan lain- lain. Malah ketika dahulu juga istilah perlindungan insurans masih tidak meluas seperti zaman sekarang. Justeru, segala kemusnahan dan kerosakan dokumen gagal diperoleh semula.
Bagaimana Sajat menyedari atau mula menyukai semua yang menjurus ke arah kewanitaan?

Pada saya ia berlaku secara semula jadi tanpa saya menyedarinya. Saya tidak ingat bagaimana atau apakah perkara yang mencetuskannya. Tetapi ketika berumur enam tahun, saya lebih suka bermain anak patung. Tiada langsung ciri-ciri ke arah lelaki. Malah adik- beradik saya (kakak sulung dan dua abang) maklum mengenai apa yang berlaku pada saya yakni mempunyai dua kemaluan. Mereka melihat sendiri perkara dan segala peristiwa yang berlaku. 

Reaksi masyarakat terutamanya jiran sekeliling berhubung isu ini?

Emak dan ayah kadangkala cuba menyembunyikan soal ini daripada pengetahuan jiran sekeliling. Namun mulut orang, mana mungkin kita bisa mendiamkan mereka. Jika mulut tempayan masih boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Malah emak dan ayah juga menanggung malu kerana minda masyarakat ketika itu tidak memahami isu ini. Jiran-jiran keliling juga tidak henti- henti mencemuh.

Selalu bertanyakan mengenai saya, “Eh... anak kamu itu macam mana?” Kata mereka, saya ini anak yang cacat. Maklum sajalah, isu ini tidak pernah timbul dalam kalangan masyarakat jauh sekali didedahkan oleh mana-mana media ketika zaman itu. Justeru, masyarakat tidak terbuka dalam soal ini. Selepas saya dilahirkan, kebetulan ayah menerima arahan untuk ditukarkan ke Sarawak.

Ayah membuat rayuan untuk menangguhkan pertukaran tetapi dek kerana memikirkan kecaman yang perlu dihadapi, bimbang mengenai keadaan emak saya yang perlu menjaga empat orang anak yang masih kecil; maka ayah memilih untuk bersara awal dan kami berpindah dari kawasan pangkalan tentera laut. Itulah pengorbanan besar ayah. Biarpun berpangkat tetapi soal maruah dan kepentingan keluarga mendahului segalanya. 

Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pendirian Sajat yang memilih untuk tampil dengan imej seperti kini?

Saya tidak mempunyai masalah daripada segi sokongan keluarga kerana mereka memahami keadaan dan tahu segala butir cerita mengenai kisah kelahiran saya. Cuma pada mulanya saya tidak menafikan ada masanya saya melalui tempoh sukar apabila berhadapan dengan ayah. Tetapi lama-kelamaan ayah boleh menerima semuanya.

Pada saya penerimaan kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan keluarga terdekat lebih penting. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang kepada apa yang saya lakukan hari ini. Apatah lagi apabila mendengarkan kata-kata emak, “Mak hari-hari doakan anak-anak Mak supaya Allah ampunkan dosa-dosa anak- anak Mak.”

Dan kepada saya itu sudah memadai untuk memberi kekuatan pada saya bagi mengharungi setiap apa yang menanti di hadapan saya kelak. Kalau orang lain tidak boleh menerima atau mengatakan saya cacat atau apa jua panggilan sekalipun saya tidak ambil pusing. Kerana pada hemat saya, jika ibu bapa boleh menerima diri kita seadanya, takkanlah pula diri sendiri tidak boleh menerima ketentuan takdir bukan? 

Jiwa memberontak apabila disogok dengan kerja-kerja yang lebih kasar dan bersifat maskulin?

Tidak terlalu ketara kerana pada mulanya saya banyak bertanya dengan emak dan ayah mengapa saya dilahirkan seperti ini. Saya mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja nama saya sebagai kanak-kanak perempuan dan seumpama dengannya. Tetapi lama-kelamaan selepas diterangkan satu persatu, barulah saya faham.

Tiada gunanya menyalahkan kedua-dua ibu bapa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perlu menanganinya. Ia berlaku di luar kawalan mereka. Keluarga terdekat dan ahli keluarga saya semuanya maklum mengenai isu ini.

Malah kata ayah kepada adik-beradik saya yang lain, “Kalau apa- apa, tengokkan Sajat.” Mungkin kerana mereka maklum mengenai isu ini maka perhatian itu kadangkala lebih tertumpu kepada saya. Mereka tidak pernah berhenti menyokong dan memberi kata semangat untuk saya bertahan hingga kini.  
Sukar menerima hakikat ini?

Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semuanya sudah tertulis dalam qada’ dan qadar saya. Semua orang berbeza perjalanan hidupnya. Saya suka melihat contoh dan menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber kekuatan dalam soal ujian hidup.

Lihat saja padanya, biarpun dia memiliki segalanya namun Allah masih menguji kekuatan dirinya dalam soal zuriat. Ini sudah cukup membuktikan, bahawa biarpun kita dilahirkan sempurna serba- serbi (tiada kecacatan anggota) namun masih belum lengkap dan jauh daripada kesempurnaan hidup kita. 

Bagaimana menempuhi dugaan ini ketika zaman kecil, sekolah dan seterusnya apabila meningkat dewasa?

Ketika masih kecil, saya tidak tahu apa jua kesan dan permasalahan yang akan timbul. Sementelah masih kecil, maka hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bermain dan bermain tanpa memikirkan masa depan atau apa yang akan terjadi. Tambahan pula saya tidak banyak bersosial atau bergaul dengan rakan- rakan seusia.

Memandangkan keluarga kami besar, tujuh orang kesemuanya maka pergaulan saya hanya dengan adik-beradik sahaja. Misalnya jika ada rakan sekolah yang mengejek, saya akan maklumkan kepada dua orang abang saya. Mereka yang selalu back up dari belakang. Ketika mahu melangkah ke sekolah menengah barulah saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berkata pada diri, “Eh, macam pelik aje aku ni.” Emak dan ayah yang banyak memujuk dan menerangkan duduk sebenar perihal ini. Kata emak, sewaktu mengandungkan saya wajahnya jauh lebih berseri dan nampak lain berbanding ketika mengandungkan adik-beradik yang lain. Pada saya itulah kelebihan yang mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Apa sebab di sebaliknya, saya sendiri tidak pasti dan mempunyai jawapan kukuh mengenainya.
Sering menerima cemuhan, dijadikan bahan ejekan, dikutuk; apa yang Sajat boleh katakan?

Hanya sejak kebelakangan ini saya sering menjadi sasaran atau bahan ejekan, cemuhan dan kecaman. Pada saya, tiada gunanya jika mahu memikirkan soal ini dengan mendalam. Lihat saja selebriti, usahawan terkenal misalnya. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima kritikan, orang mengata, mengutuk dan sebagainya.

Selain itu, pada hemat saya; biarpun kita tidak mempunyai niat untuk mengeji dan mengutuk orang tertentu, tetapi apabila ia telah diluahkan bimbang nanti ia tidak berlaku kepada si polan. Sebaliknya kelak akan berlaku kepada keturunan kita, anak cucu kita. Siapa tahu bukan? Justeru berwaspadalah jika anda mahu mengumpat atau mengata.

Jika tidak kena pada orang yang menjadi sasaran, kelak pasti akan terkena kepada saudara-mara anda. Berhati-hati dalam menyusun kata dan perihal ini juga untuk peringatan saya juga buat anda semua. 

Bagaimana Sajat kumpul kekuatan untuk berhadapan dengan pandangan serong masyarakat?

Orang akan sentiasa mencari dan memperkatakan tentang kesilapan kita. Justeru, ketahanan daripada aspek mental dan pemikiran perlu kuat untuk mendepani semua ini. Nobody is perfect! Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itu lumrah dan fitrah seorang manusia. Tetapi saya tidak menafikan ada masanya saya rasa lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Rentetan itu, saya lebih suka melihat sesuatu daripada sudut yang positif juga bergaul dengan mereka yang positif kerana individu inilah yang memahami dan sering memberikan sokongan kepada saya supaya lebih positif ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Hingga apabila sampai satu peringkat, saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana jika berbuat demikian, boleh naik gila pula! Selagi anda tidak menyentuh soal keluarga, saya masih boleh terima.

Biarlah apa yang mahu diperkatakan orang kerana hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting adalah sokongan keluarga. Emak dan ayah tidak pernah jemu dan henti-henti memberi semangat kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah sumber kekuatan juga adik-beradik saya yang sentiasa memahami keadaan saya.
Pernah terdetik menyalahkan takdir hidup?

Dahulu pernah. Tetapi lama-kelamaan saya dapat menerimanya peringkat demi peringkat. Dan kerana itulah saya suka berdamping dan didampingi dengan orang yang positif. Saya berjumpa dengan alim ulama’, ustaz dan sebagainya. Mereka faham apa yang saya alami. Hingga pernah mereka berkata,

“Walaupun awak ini dua alam, tapi apa yang awak selesa, macam mana cara awak berhadapan dengan Allah; itu antara awak dengan Allah. Apa yang penting, awak ikhlas. Kalau awak nak solat dengan cara perempuan, awak selesa dengan berpakaian perempuan itu semua soal antara awak dengan Allah. Bukan awak dengan masyarakat.”

Saya berpegang kepada perihal ini sahaja, bahawa sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan kita. Biarpun saya maklum saya tidak boleh berkahwin apatah lagi melahirkan zuriat sendiri, saya tetap menerimanya dengan reda.

Lihat sahaja di luar sana, ramai wanita yang cantik rupa paras fizikalnya, mewah kehidupannya tetapi Allah uji dengan masalah keruntuhan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang kita tidak jangka sebenarnya yang sudahpun tertulis dalam qada’ dan qadar. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dengan reda. 

Kecaman paling teruk yang pernah Sajat alami?

Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai status saya, itu antara kecaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada juga ketikanya saya tertekan dan kecewa serta dalam masa sama sedih. Tetapi saya bingkas bangun agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Daripada perspektif lain, saya berpendapat apabila saya sering kali dikecam, dijadikan bahan kritikan dan seumpama dengannya bermaksud segala tindak- tanduk dan perilaku saya diperhati. Ada sahaja yang ingin mengambil tahu.

Tidak kiralah sama ada dalam sudut positif atau negatif. Bagi saya golongan ini mudah sekali menghukum, mencerca dan menghina tanpa usul periksa. Dan saya lebih senang sekadar ‘block’ akaun palsu misalnya atau komen-komen negatif yang dilemparkan. Kadangkala saya akan mendiamkan diri tetapi ia tidak bermakna saya beralah cuma saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah apa yang mereka nak katakan. Selagi tidak menyentuh soal maruah keluarga, anak- anak atau mengganggu periuk nasi saya; ia tidak memberikan apa-apa kesan pada saya. 

Pernah berhadapan dengan konflik keluarga susulan isu ini?

Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya. Mungkin ada segelintir daripada rakan-rakan lain yang pernah lari dari rumah, berhadapan dengan tekanan hidup atau dibuang keluarga; tetapi peristiwa sedemikian tidak berlaku kepada saya. Kerana pada pandangan saya, pokok pangkalnya adalah restu ibu bapa. Jika kita tidak memohon atau memperoleh restu mereka, hidup kita tidak akan ke mana.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip ini. Doa mereka yang membuatkan semuanya berjalan dengan mudah. Mungkin juga kerana ikatan kekeluargaan kami akrab, maka tidak timbul soal ini. Setiap permasalahan yang berbangkit, kami akan duduk berbincang dan kerana itu jualah hubungan dan pertalian sesama kami bertambah erat.

Ada juga sesetengah perkara yang jika mereka sifatkan tidak patut saya lakukan; mereka akan tegur. Adat orang tua, pasti mereka akan berleter itu dan ini. Dan cara saya melihatnya, mereka melakukannya kerana mengambil berat dan menyayangi kita. Jika tidak, pasti mereka akan biarkan kita terus hanyut tanpa menegur, memberi nasihat dan sebagainya. Anggap sahaja leteran itu tanda mereka sayang kepada kita.
Mengambil dua orang anak angkat, bagaimana Sajat boleh terdetik mahu menjaga dan membesarkan mereka?

Sebenarnyasayatidakpernahmempunyai perancangan mahu mengambil anak angkat. Secara kebetulan, tahun lalu ibu angkat saya menelefon sewaktu saya dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Katanya, “Kau nak ambil anak angkat tak?” Mulanya saya terpinga-pinga tetapi entah mengapa saya bersetuju untuk mengambilnya.

Kata ibu angkat saya lagi, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di Kuala Lumpur. Bayi tersebut adalah sepasang kembar – lelaki dan perempuan. Syukur kerana segala urusan dipermudahkan. Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dipermudahkan.

Kebetulan, salah seorang pegawai yang menyelia kes pengambilan anak angkat adalah salah seorang klien saya. Maka segala urusan mengikut prosedur walaupun saya bujang dan tidak pernah memohon untuk mengambil anak angkat. Saya anggap ia sebagai satu keajaiban yang indah sepanjang hidup saya.

Kini saya terhibur dengan keletah mereka, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syamin berusia setahun setengah. Sudah pandai bercakap dan bermacam-macam lagi kerenah mereka yang membuatkan hari- hari saya lebih bermakna. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur. 

Pandangan Sajat jika ada golongan transgender menjadikan khunsa sebagai ‘alasan selamat’ untuk memuaskan hati mereka memilih jalan ini?

Saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung soalan ini. Tidak mengeyakan atau menidakkan. Pada saya ia terlalu subjektif. Ya, saya memahami mereka kerana saya berkawan selain mempunyai klien yang terdiri daripada semua golongan misalnya tomboy, pengkid, pondan, biseksual, homoseksual dan sebagainya.

Ada yang keliru dan mempunyai kecelaruan identiti lantas memilih jalan ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri. Selebihnya itu terpulang kepada pendirian masing- masing. Tepuk dada, tanya selera. 

Sajat kini dikenali dan segala gerak-geri sering diperhati. Senang dengan perubahan ini?

Saya tidak menyangka sama sekali akan melalui detik perjalanan hidup seperti ini. Tidak kiralah apa orang nak mengata, sama ada saya dikenali kerana gelaran pondan diva, ratu mak nyah dan sebagainya itu semua tidak mendatangkan masalah kepada saya. Jika dahulunya, saya cuma fikirkan perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Dan simboliknya, hari ini begini pula perjalanan hidup saya.

Apatah lagi kini menceburi bidang perniagaan, pelbagai perkara harus saya teliti dan sentiasa berhati-hati. Bukan apa, bimbang juga jika sekiranya ada musuh dalam selimut atau sesiapa yang tidak saya kenali ingin menghentam atau menjatuhkan perniagaan saya menerusi media sosial, siapa tahu bukan? Saya tidak menafikan media sosial banyak membantu meluaskan perniagaan saya dalam tempoh yang singkat. Rentetan itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai siapa saya sebenarnya, apakah yang saya lakukan sehingga berada pada tahap ini dan sebagainya.

Seboleh mungkin ‘mereka’ akan cuba mengorek apa jua yang berlaku dalam rutin harian saya. Biarpun ada yang mengutuk, mengata dan sebagainya tetapi masih ada sekelompok lain yang masih sibuk dan ingin tahu mengenai diri saya. “Eh, siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia buat sampai laris produk bengkung tu? Eh, buah dada dia ni bukan ori lah!” dan pelbagai lagi andaian orang terhadap saya.

Tetapi saya masih boleh bertahan hingga hari ini. Saya anggap ia sebagai angin sepintas lalu. Rahsia yang tersurat dan tersirat semuanya sudah tertulis. Rezeki yang saya peroleh hari ini bagaimana, dikenali orang dan sebagainya semuanya pementasan di dunia sahaja. Sesungguhnya di akhirat kelak segala titik penentu dalam setiap tindak-tanduk kita. Itu sahaja yang menjadi pegangan saya. 

Kongsikan cerita bagaimana bermulanya sejarah produk kecantikan dan label Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?

Mulanya saya membuka perniagaan berasaskan hiburan iaitu kumpulan penari. Saya pernah bekerja di Macau selama tiga tahun sebagai penari dan pulang ke sini, saya menubuhkan sebuah syarikat produksi bersama rakan kongsi. Namun dek kerana mempunyai masalah, perniagaan tersebut ditutup. Biarpun terpaksa menanggung kerugian wang ringgit, saya cuba pula bidang lain.

Saya bermula dengan dropship sebuah produk kecantikan kulit. Bermodalkan RM500.00 kemudian saya beralih kepada agen pula hingga berdikit-dikit saya kumpul untuk tampil dengan produk sendiri. Syukur berkat usaha dan kerja keras, saya berjaya meraih pendapatan bersih bulan pertama sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Dan menerusi Instagram saya belajar bagaimana untuk meluaskan rangkaian perniagaan hingga hari ini. Dari situ saya buka spa kecantikan pertama di Galaxy Ampang. Syukur perjalanan perniagaan kini semakin berkembang berdasarkan sokongan dan kepercayaan klien juga kekuatan daripada staf juga keluarga. 
Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang perniagaan?

Pada saya semua orang mahu kelihatan cantik. Luaran adalah pandangan pertama apabila melihat kita. Dan kerana itu, kita harus menjaga kecantikan diri. Pengalaman peribadi saya, kali pertama orang akan melihat saya mereka akan pandang sekali imbas.

Kemudian mereka akan lihat pula gerak-geri. Pada saya tidak kisah jika mereka memandang itu dari sudut yang positif atau negatif. Kerana pandangan pertama itu membuktikan ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang membuatkan orang menoleh kali kedua lantas mahu terus melihat kita.

Daripada perspektif pekerjaan umpamanya, jika anda mempunyai penampilan menarik, berpakaian cantik dan kemas, memiliki kulit yang bersih sekali gus anda akan menarik perhatian orang juga membuatkan orang lain selesa dengan anda. Dan kerana itulah saya melihat aspek kecantikan sebagai kunci utama dalam memberi tarikan kepada sesiapa. It’s all about how you present yourself. 
Rajin bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal. Apa mesej yang Sajat ingin sampaikan?

Ia lebih kepada berkongsi rezeki sebenarnya. Saya turut memberi wakaf, sumbangan derma serta bersedekah kepada surau-surau, rumah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan. Sejak mula menceburi perniagaan (2014) saya sudah mula melakukan kerja-kerja amal.

Melihat golongan yang kurang berkemampuan, baik daripada mereka yang kurang upaya benar-benar menginsafkan saya. Benar, saya tidak sempurna tetapi saya memahami apa yang mereka lalui. Justeru, saya bantu sekadar yang mampu. Saya merasakan ada tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai manusia maka dengan itu saya bantu mereka.

Dari situ juga saya banyak belajar tentang erti penerimaan dalam kehidupan kerana sebagai manusia kita sendiri tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Apa itu erti keikhlasan dan sebagainya banyak mengajar saya agar lebih matang dalam tindakan. 

Oleh: Huda Hussain
Kredit : InTrend

Tak malukah bagi seorang yang digelarkan Ulama?

$
0
0
WEDNESDAY, MAY 31, 2017
Mokhtar Senik Kantoi lagi...
Nama Mokhtar Senik kembali viral di laman media sosial apabila kali ini telah memuat naik status di fesbuknya sebuah hadis yang mengandungi beberapa kesilapan ejaan yang menjurus membawa maksud yang lain dan menjadikan hadis tersebut jadi bercelaru!

Sebelum ini, Mokhtar Senik pernah dihebohkan kerana dikaitkan 'sembang lucah' dengan seorang janda muda bernama Nursyakiqah Shaari. Namun beliau tidak berani mengambil tindakan undang-undang walaupun individu yang mendedahkan perkara tersebut telah mencabarnya secara terbuka supaya melakukannya.

Mengenai hadis yang celaru itu, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berasa sangat kesal dengan kesilapan tersebut kerana dilakukan oleh seorang yang digelar ulama oleh kalangannya.

"Ustaz Mokhtar Senik bukan calang-calang ulama! Beliau adalah Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Pahang dan merupakan Ahli Jawatankuasa Ulama Pas Pusat.

"Bayangkan kalau satu 'matan' hadith yang ditulis, dapat dikesan secara mudah sebanyak 7 kesalahan ejaan. Bayangkan, betulkah kefahaman mereka ketika membaca kitab ? Bayangkan, betulkah syarahan mereka kepada matan yang mereka baca? Bayangkan, bagaimana mereka 'membina' hukum atas 'salah baca' dan 'salah faham' itu? " Tanya Ust Ridwan melalui fesbuknya.

Berikut pula adalah komen seorang netizen :

Ustaz Mokhtar Senik 'ex-Jamaah al-Maunah' merangkap Ketua Dewan Ulama Pas Pahang melenting apabila ditegur Ustaz Ridzwan Abu Bakar daripada Parti Amanah Negara (Amanah) tentang 7 kesalahan berturut-turut tatabahasa bahasa arab dalam matan hadis yang dikongsi beliau dalam laman sesawang Facebook miliknya.


Ustaz Mokhtar Senik mengkritik balas teguran tersebut dengan mengatakan bahawa fasih berbahasa arab tidak menjamin apa-apa jika menolak Islam sebagai panduan serta perjuangan.

Bermakna, dapat kita fahami dari status beliau adalah bahawa Ustaz Mokhtar Senik sendiri secara tidak langsung seakan-akan mengakui kesilapannya dalam menulis status 'Facebook' bertujuan nak menghentam Parti Amanah Negara.

Tetapi akibat otaknya kalut sangat nak menghentam pihak lain, akhirnya terkena pula batang hidung diri sendiri sehingga di tegur ramai barisan ustaz baik 'Amanah' atau lain-lain pihak, kerana matan hadis yang ditulisnya itu, terdapat kesalahan "major' dalam bahasa arab yang mengubah makna asal hadis tersebut.

 Namun, disembunyikan perasaan malu mengaku itu dengan taktik menengking balas agar dapat dilihat tidak goyah oleh para pentaksub mayanya dan dapat pula menarik perhatian mereka ke isu lain berbanding tumpuan ke atas kelemahannya berbahasa arab atau menguasai ilmu tatabahasa arab lainnya.

Dalam Islam, perlakuan sebegini modelnya amat bertepatan dengan ta'rif sombong itu sendiri iaitu, menolak kebenaran dan tetap mempertahankan kesalahan dengan cara menghinakan orang lain.

Persoalannya bagaimana di angkat beliau ini sebagai ketua alim ulama dalam Pas, berfatwa itu ini haram dan sebagainya sedangkan beliau sendiri 'dhoif' dalam 'basic' asas ilmu 'lughoh' dan kecelaruan 'matan' hadis ?

Rosak agama jika yang memberi fatwa terdiri di kalangan mereka yang jahil namun berlagak alim. (Penulis tak dapat tag Ustaz Mokhtar Senik kerana pernah di 'block'nya dahulu kala, siapa yang mampu tag silakan tag, mudah-mudahan dia meletakkan jawatannya dan menyerahkan kepada individu lain dalam Pas yang lebih layak dan bermoral) ~ Mohamad Farid Mohd Noor

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:44 pm 

Ganti setan di bulan Ramadhankah?

$
0
0
Di bulan Ramadhan Syaitan dan Iblis dirantai

* YDP PAS Gombak lagi.......

Cukup bagus dan elok benar PAS kumpulkan manusia-manusia yang berotak begini di dalam partinya yang sekarang telah berubah arah dan haluan.

Kalau tuduhannya tak masuk dek akal, maka penuduhnya pula tidak berakal!

DAP cabar Salehhuddin tunjuk bukti atau mohon maaf
WARTAWAN SINAR HARIAN 1 JUN 2017
Shukri (tengah) bersama peguam, Farhan Haziq Mohamed (kanan), Setiausaha DAP Cawangan Taman Maya, Lim Yi Wei selepas membuat laporan polis, semalam.

PETALING JAYA - DAP mencabar Yang Dipertua Pas Gombak, Salehhuddin Nasir untuk mengemukakan bukti kukuh mengenai penganjuran parti arak dan onani seperti mana kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook  miliknya baru-baru ini.

Setiausaha Organisasi Dapsy Subang, Shukri Mokhtar berkata, pemimpin Pas itu diberikan tempoh masa selama 48 jam untuk mengemukakan bukti atau membuat permohonan secara terbuka sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Hari ini kami membuat satu laporan  polis terhadap kenyataannya yang kami anggap amat keterlaluan. Kami kecewa dengan keadaan yang berlaku kerana Ramadan bermula dengan perbuatan fitnah.

“Sepatutnya di bulan penuh mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk melakukan perkara yang lebih membawa kepada kebaikan,” katanya pada sidang media, semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahlinya terutama pimpinan supaya mengawasi setiap tulisan mereka di laman sosial.

Menurutnya, ia sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan parti itu.

Pada masa sama,  Shukri melihat tindakan Salehhuddin seolah-olah sedang mengapi-apilan perpaduan antara orang Islam dengan bukan Islam.

“Perkara seperti ini adalah sesuatu yang tidak matang malah tidak membawa kesejahteraan kepada negara.

“DAP sering menjadi mangsa fitnah, dan disebabkan itu beliau perlu mengemukakan bukti atau permohonan maaf,” ujarnya.

* Satu lagi sifat setan (dengki/dendam kesumat?): PAS ‘meluat’ tengok pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

Bayi 3 bulan maut tercampak keluar dari kereta: Laporan kepada polis lain, rakaman video kejadian lain

$
0
0
Laporan Polis Dedah Bagaimana Boleh Terjadi Insiden Himpit Kereta Axia
KUALA KUBU BARU: Polis menahan seorang pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan di mana bayi tiga bulan maut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pemandu berusia 27 tahun itu didapati negatif dadah.

Walau bagaimanapun, sampel darah pemandu tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan ujian alkohol dan dadah.

Pemandu kereta Proton Persona berkenaan dipercayai telah hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di lebuh raya berhampiran Kuala Kubu Baru pada hari Ahad.

Ia menyebabkan pemandu kereta Perodua Axia, Shahril Salleh, 32, hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

Isterinya Rafnah Mongudancgal, 35, dan bayi mereka, Aril Rizqin Redza Sharil, telah tercampak keluar dari kereta. Bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Shahril, isteri dan dua anak lain, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Pasangan itu masih menjalani rawatan di hospital.

Berdasarkan laporan yang diterima polis, insiden itu dipercayai terjadi apabila pemandu Proton Persona yang memandu di lorong tengah dikatakan panik setelah berasa keretanya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia beralih ke lorong kanan. 

Tindakan tersebut menyebabkan keretanya hilang kawalan sebelum berpusing ke arah bertentangan dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya.

Tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.

1MDB dan RM2.6 bilion punya pasal?

$
0
0
Populariti Najib lebih teruk kerana 1MDB
Saifuddin Nasution Ismail   Hari ini, 1:36 tengahari
ULASAN Saya mengambil maklum laporan yang dikeluarkan oleh majalah berita Time yang berpangkalan di New York, menyatakan bahawa terdapat banyak pemimpin dunia yang rating mereka lebih teruk berbanding Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Media itu melaporkan bahawa Trump bukanlah pemimpin yang popular dalam kalangan rakyat AS. Kadar penerimaan rakyat terhadap beliau dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.

Namun yang paling mengejutkan, Time turut menamakan salah seorang pemimpin dunia yang buruk ratingnya adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam laporan Time, Najib dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat hutang berbilion ringgit serta kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Majalah itu juga melaporkan, Najib didukung oleh peguam negara Malaysia yang mengesahkan wang itu adalah derma dan sebahagian besarnya telah dipulangkan kembali. Justeru tidak mengejutkan jika rating Najib sebegitu rendah.

Bagi saya, perkara ini sangat memalukan rakyat. PM Malaysia lebih dikenali di peringkat antarabangsa melalui skandal-skandal kewangan yang teruk. Seperti tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB yang menamakan pemimpin negara sebagai Malaysia Official 1 (MO1) dan dirujuk sebanyak 36 kali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditemubual BBC mengesahkan Malaysia Official 1 adalah Datuk Seri Najib.

Dalam skandal mega ini, saya merasakan dunia luar lebih mengetahui cerita sebenar berbanding rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini, Bank Standard Chartered dan Coutts dikenakan penalti S$5.2 juta dan S$2.4 juta oleh Bank Pusat Singapura kerana melanggar syarat pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.

Sebelumnya, transaksi itu telah diperincikan dalam pemfailan saman sivil DOJ yang menyebut AS$700 juta telah dipindahkan daripada Good Star Limited, milik hartawan Pulau Pinang Jho Low, melalui institusi kewangan Coutts.

Dalam isu ini, timbul beberapa kemusykilan mengenai dakwaan skandal itu. Adakah cerita MO1 sekadar sensasi politik? Sehingga berjuta-juta dollar aset Jho Low dan 11 aset hartanah milik anak tiri Najib, Riza Aziz disita di AS angkara penyelewengan kewangan1MDB.

Manakala pendakwaan mahkamah berhubung kes itu dan dua buah bank yang diarahkan tutup di Singapura adakah sekadar cerita rekaan?

Saya percaya rakyat Malaysia matang menilai maklumat. Dengan terdedahnya skandal tersebut, pasti akan wujud gelombang menolak Najib dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Rakyat Malaysia tentunya sudah bersedia untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan mereka dan negara.

Sejak Najib dilantik sebagai PM pada 2009, beliau dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya terhadap rakyat. Suara rakyat tidak didengari. Najib hanya pandai menabur janji sehingga rakyat terbeban dengan GST, kos sara hidup yang tinggi serta kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit yang parah.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL  Setiausaha Agung PKR

Point-pointnya menarik......

$
0
0
Thursday, June 1, 2017
Nama Tak Kafir Tapi Bodoh Macam Tapir By Dean Kadeer
Someone sent this to me. I dont know who this writer is (Dean Kadeer) or if it is a real person but the points are interesting.

Ana dah malas nak cerita pasal benda lapuk ni, tapi sebab otak Melayu masih kat celah jub_r,  so ana ulang lagi sekali.

Lagipun ana prihatin dgn isu nama anak yang kedengaran macam nama "kafir", ramai Melayu yang sentap bila tengok nama anak orang Melayu macam mat saleh, lalu dikeluarkan fatwa nama sebegitu "tak sesuai",  tak Islamik kononnya.  Puii..!!

Pelik betul otak orang Melayu ni.  Bodoh sebesar Alam.  Katanya Jesus tu Nabi Isa, dalam Bible namanya Jesus, dalam Quran namanya Isa.  Perkataan Jesus pun berasal dari Hebrew,  ada yang sebut Yeshua.  Kalau Melayu pakai nama Jesus,  takkan jadi kapir pulak.  Kebanyakan nabi dalam Quran ada nama "kafir" mereka dalam Bible. Moses jadi Musa, Harun jadi Aaron, Ibrahim jadi Abraham, Jacob jadi Yaakob, Ishak jadi Isaac.  Kalau Melayu letak nama anak Isaac Newton,  tak Islamik ke?  (campuran nama Nabi dan tokoh fizik - tak bagus lagi?)

Nama sahabat nabi iaitu Umar Al Khattab sewaktu dia kafir ialah Umar. Selepas convert masuk Islam,  dia tak tukar nama jadi Najib atau Tengku Adnan.  Dia tetap guna nama Umar. Nama Abu Bakar As Siddiq sewaktu kafir ialah Abdul Ka'bah, selepas masuk Islam namanya ditukar menjadi Abdullah.  Gelaran Abu Bakar diberi oleh nabi kerana maksud Abu Bakar ialah "bersegera" (masuk Islam).

Dua contoh nama tersebut ana tunjuk sebab mereka sahabat yang rapat dengan Nabi Muhammad. Umar tak tukar pun nama untuk nampak Islamik walaupun sudah Islam, walhal Umar kaki bunuh orang sewaktu kafir.  Dia tetap pakai nama Arab kafir.  Tak salah pulak. Nabi tak bising pun.  Sikit pun tak jadi isu.

Nama Abu Bakar pulak  sewaktu kafir dah "Islamik"sungguh iaitu Abdul Ka'bah tapi kenapa tukar jadi Abdullah?  Patutnya teruskan guna nama Abdul Ka'bah,  tempat suci orang Islam.

Morale of the story,  nabi tak ambik pot pun nama Umar yang tak bertukar tu. Sepatutnya nabi suruh Umar guna nama "Muhammad Ibrahim" atau nama lain yang lebih Islamik (kononnya).  Nama Abdul Ka'bah ditukar jadi Abdullah mungkin sesuai atas sifat dan jatidiri Abu Bakar sewaktu itu,  bukan sebab nama Abdul Ka'bah tak Islamik.  Nama Kaabah takkan tak Islamik kot?

Ini bukan persoalan besar, tapi contoh kebodohan Melayu dalam memahami teks2 agama. Mereka suka memperbesarkan benda2 yang kecik jadi senjata memecah belahkan keharmonian sesama manusia.  Mereka cuma mahu tunjuk kepada dunia "Kami Islam,  kami guna nama Islam".  What the f_ _k?!

Mamang ada riwayat, nabi menggesa meletakkan nama yang "baik" kepada anak2, tapi bukan nama Arab. Janganlah jadi bodoh sangat.  Tak wujud isu "Nama Islam", sebab dalam Quran disebut "manusia dijadikan berbagai bangsa untuk berkenal-kenalan",  meaning nama manusia wujud atas dasar tempat, bahasa, budaya, keturunan dan bangsa.  Kalau Red Indian Islam,  takkan nak bubuh nama anak  Sitting Bull Khalid atau Ismail Crazy Horse.  Confirm kena gelak dengan cowboy kafir.  LOL

Akuilah, beratus juta pemakai nama "Muhammad" diseluruh dunia yang sudah masuk jel keluar jel,  yg makan rasuah,  yg sapu duit rakyat,  yg pecah amanah dll.  

Dan kenapa pemakai nama "kafir" lebih maju ke hadapan berbanding pemakai nama "Islamik"?  

Mana berkat nama "Islamik" tu? 

So Melayu,  fikir guna otak,  bukan guna dot dot dot...

;)
Posted by Syed Akbar Ali at 12:44:00 PM 

ADUN Nenggiri muflis: PRK lagikah di Kelantan?

$
0
0
Thursday, June 1, 2017
Kerusi DUN Nenggiri kosong
1/6/17
Kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di Gua Musang, diistiharkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani, disahkan muflis.

Portal Berita Harian Online memetik Datuk Abdullah Ya'kub berkata, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu, memaklumkan Mat Yusoff yang juga wakil rakyat BN di Nenggiri sejak 2013, disahkan muflis.

"Sebelum ini penasihat undang-undang Negeri Kelantan juga menerima surat sama pada 21 Mei 2017 yang memaklumkan kebangkrapan Mat Yusoff yang juga ADUN Nenggiri (N43).

"Mengikut Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang itu tidak layak menjadi ADUN jika muflis yang belum diselesaikan lagi.

"Dengan ini saya sebagai Speaker Kelantan mengisytiharkan Mat Yusoff tidak layak menjadi ADUN akibat muflis," katanya yang dipetik portal itu.

Abdullah juga berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Ahad ini bagi memaklumkan perkara itu.

Mat Yusoff, yang mewakili Umno, menang di kerusi Nenggiri dengan majoriti 2,805 undi pada pilihan raya umum lalu. Beliau mengalahkan calon PKR, Mohamad Azihan Che Seman. - sumber

Otak kontot: Ulamak lagii.........

$
0
0

Siapa bantah RUU 355 tak layak masuk masjid, kata PAS

  | June 1, 2017
Seorang pemimpin PAS Selangor menyifatkan bukan Islam yang menentang syariah tetapi mengunjungi masjid hanya mahu melihat Islam terhad di dalam masjid.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini berkata mereka yang menentang rang undang-undang (RUU) presiden parti itu untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi masjid.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tidak secara langsung merujuk kepada bantahan beberapa NGO pro-Umno terhadap wakil rakyat PKR, Sivarasa Rasiah kerana hadir di program menyerahkan sumbangan dan buka puasa di sebuah masjid di kawasan Parlimennya.
Menurut Najhan, masjid hanya berhak diimarahkan oleh mereka yang beriman kepada Islam, dan oleh mereka yang tunduk “sujud” terhadap nilai Islam sama ada dalam bidang “ekonomi, sosial, dan termasuk urusan undang-undang, politik dan pemerintahan”.
“Seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas ketika di luar masjid, dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam, menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan menyeru orang Islam melakukan kebaikan,” tulisnya dalam artikel diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily, di bawah tajuk “Antara ahli parlimen dan imarah masjid”.
“Apakah ini sandiwara? Sepatutnya mereka yang bukan Islam tidak seharusnya menentang Islam, umatnya serta urusannya kemudian datang pula ke masjid dengan menonjolkan diri bahawa mereka juga ingin bersama Islam,” katanya.
Lawatan Sivarasa baru-baru ini ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang dipertikaikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak.
Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).
Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.
Najhan menyifatkan mereka yang menentang RUU yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, sebagai “seteru kuat, mempersenda dan memperkecilkan” Islam.
“Inilah idea dan pemikiran Islam sempit yang diimpikan oleh musuh iaitu Islam hanya sekadar tunduk dan sujud di dalam masjid, tetapi tiada roh dan penghayatan Islam di luarnya yang bersifat syumul dan sempurna. Mereka ingin melihat Islam itu tidak berperanan dan berfungsi dengan lengkap dalam aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
“Umat Islam yang turut memahami pemikiran begini juga perlu bermuhasabah dan menilai kembali pemahaman Islam dan masjid dengan sebenar,” katanya.
Pihak berkuasa agama di Selangor kini sedang menyiasat pengurusan Masjid An-Nur atas dakwaan membenarkan ia digunakan untuk menyampaikan ceramah politik, tuduhan yang dinafikan Sivarasa dan pegawai PKR, Radzlan Jalaludin yang menemaninya.

Beliau enggan mengulas lanjut kes melibatkan pemimpin PKR itu yang dikritik Jais kerana ‘berucap’ di sebuah masjid di Subang.


* Retikah dia, RUU355 tu apa dia? Masjid dan fungsinya pulak apa diia?

Stafoc tembak mati tiga lelaki tanpa pengenalan diri

$
0
0
Insiden Berbalas Tembakan, Stafoc Tembak Mati Tiga Lelaki
Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 5:13 PM
Oleh: NADIA SHAIFUL BAHARI
PETALING JAYA: Gerak-geri mencurigakan seorang pemandu kereta jenis BMW dan dua penumpang berakhir dengan tragedi berdarah apabila mereka ditembak mati oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Insiden tersebut berlaku dalam satu kejadian di Muar, Johor pada pagi Khamis.

Mengikut laporan polis yang dikongsikan dalam laman Facebook Kemalangan Ekstreme Kebakaran, Banjir Dalam & Luar Negara oleh pemilik akaun bernama Samuel Adams pada petang Khamis, pasukan polis telah menghampiri kenderaan tersebut dan mengarahkan agar ia berhenti.

Namun, sebaik sahaja pasukan polis keluar dari kenderaan dengan memakai vest bertulis polis dan menjerit perkataan 'polis' ke arah pemandu kenderaan itu, tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan oleh lelaki dari dalam kenderaan itu.

Anggota Stafoc kemudiannya turut membalas tembakan ke arah penyerang itu bagi tujuan mempertahankan diri.

Insiden tersebut berterusan sehingga tiada lagi ancaman keselamatan dilakukan terhadap pasukan polis.

Difahamkan, pemeriksaan taktikal telah diambil oleh pasukan polis ke atas lelaki berkenaan.

Setelah pemeriksaan rambang dibuat, polis mendapati terdapat tiga lelaki yang berada di dalam kenderaan itu ditembak mati.

Ketiga-tiga mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan polis turut menemui dua pucuk pistol yang tiada nombor siri.

Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh pasukan forensik Johor.

Terdahulu, sepasukan pegawai dan anggota dari Stafoc dan Bahagian Siasatan Khas D9 Bukit Aman telah membuat rondaan di kawasan tersebut sekitar pukul 9.50 pagi Khamis.

Pasukan tersebut terserempak dengan kenderaan jenis BMW berwarna silver dalam keadaan mencurigakan di Persimpangan Parit Bunga menghala ke Muar.

Alaa.....setakat memberi keterangan dan membantu siasatan, apa nak ditakutkan?

$
0
0
Added on May 30, 2017 
Polis cari Kugan Kathergesan
Hulu Selangor – Lelaki dikenali sebagai Kugan Kathergesan, yang didakwa memuat naik video kemalangan di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, kelmarin masih belum tampil membantu polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Supritendan Zakaria Zainal, berkata pihaknya memerlukan kerjasama individu terbabit untuk memberi keterangan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat berhubung kemalangan yang turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia tiga bulan.

Beliau berkata, pemandu PROTON Persona yang ditahan semalam sudah dibebaskan dengan jaminan polis sejurus selesai melakukan ujian air kencing serta diambil spesimen darah untuk dianalisis.

Ditanya sama ada polis boleh mengambil tindakan terhadap wanita itu kerana membuat laporan palsu, beliau berkata tindakan akan diambil jika mempunyai bukti kukuh.

“Sebab itulah kita perlukan keterangan saksi untuk membantu dalam siasatan polis,” katanya.

Dalam kemalangan itu, bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil, meninggal dunia kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35 serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Bagaimanapun, satu video berdurasi 34 saat yang dimuat naik pengguna media sosial dipercayai rakaman kemalangan itu menunjukkan sebaliknya.

PROTON Persona itu dilihat menghimpit PERODUA Axia dinaiki lima sekeluarga berkenaan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam longkang.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook dengan nama Kugan Kathegesen, memuat naik beberapa status mengenai kemalangan maut itu.

Dia mendakwa menyaksikan kemalangan itu berlaku di depan matanya, malah menampilkan rakakan video kemalangan itu, yang diambil menggunakan kamera di dalam keretanya.

Terbaharu, beliau memuat naik status akan ke balai polis selepas mendapat nasihat daripada pakar undang-undang.

“Adakah sesiapa yang mengenali mana-mana peguam atau pusat guaman bagi membantu saya.

“Saya memerlukan nasihat undang-undang dan akan ke balai polis selepas itu,” katanya dalam status berkenaan. – BH Online via klpost

Menyorot pemfailan pembantu Trump pada DOJ

$
0
0
Koh Jun Lin   Hari ini, 11:43 tengahari
Penelitian lebih mendalam ke atas dokumen yang difailkan oleh bekas pembantu Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini, telah memberi gambaran tentang hubungan kerja antara syarikatnya dan kerajaan Malaysia.

Ia menunjukkan bahawa Godfrey Group yang tidak begitu dikenali, sepatutnya mengarahkan aktiviti syarikatnya 45 Group LLC, dalam meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia, manakala kerajaan Malaysia akan memainkan peranan sebagai perunding.

Baumgardner-Nardone diperlukan oleh undang-undang Amerika untuk mengisytiharkan bentuk perjanjian antara syarikatnya dengan sebarang kepentingan asing.

Sebagai sebahagian daripada kenyataan pendaftaran yang difailkan dengan DOJ, dia menyatakan bahawa "manakala aktiviti pendaftar adalah untuk menyokong mengukuhkan hubungan antara AS dan Republic of Malaysia [sic], prinsipal asing (Republic of Malaysia) tidak menyelia, mengawal, atau membiayai usaha itu.

"The Godfrey Group Ltd mengarahkan semua aktiviti. Bagaimanapun, pegawai kerajaan Malaysia akan dirunding dan terlibat dalam usaha 'outreach' di AS."

Godfrey Group digambarkan dalam pemfailan DOJ sebagai sebuah syarikat yang diperbadankan di Kepulauan British Virgin, tetapi dengan sebuah pejabat berdaftar dan nombor telefon yang sama dengan sebuah badan amal yang berpusat di Johor Bahru.

Malaysiakini telah cuba untuk menghubungi badan amal yang berpangkalan di Johor Bahru untuk mendapatkan komen sejak semalam dan sedang menunggu jawapan.

Dalam dokumen itu, ia telah menunjukkan bahawa Godfrey Group bersetuju membayar 45 Group AS$25,000 sebulan dalam pertukaran bagi bantuan 45 Group dalam "memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat".

45 Group juga mengisytiharkan menerima AS$250,000 daripada Godfrey Group pada 9 Mei.

Anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa minggu lepas bahawa Malaysia melantik perkhidmatan melobi Baumgardner-Nardone, walaupun Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengannya45 Group Godfrey Group.

Baumgardner-Nardone mengisytiharkan dalam pemfailan DOJ bahawa dia bertindak bagi pihak "Pejabat Perdana Menteri", dan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pegawai utama syarikat itu berurusan. Alamat Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya juga turut disenaraikan.

Berikut penafian Putrajaya terhadap dakwaan itu, Rafizi mencabar kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Baumgardner-Nardone jika dakwaan wanita itu yang dia bertindak bagi pihak Malaysia, adalah palsu.

Siapa miliki 45 Group

Satu lagi set dokumen dalam rekod DOJ menyatakan tentang penubuhan 45 Group.

Ia menunjukkan bahawa 45 Group adalah salah satu daripada dua DBAs ('doing business as' sama dengan satu cap dagang) milik firma perhubungan awam Baumgardner-Nardone, Mona Lisa Communications LLC. Satu lagi DBA adalah Litigation War Room.

Mona Lisa Komunikasi LCC mendaftarkan 45 Group sebagai DBA di West Virginia pada 12 Januari tahun ini, manakala Litigation War Room didaftarkan pada 26 april 2013, demikian menurut dokumen tersebut.

Litigation War Room dilaporkan sebagai sebuah syarikat perhubungan awam yang pakar dalam tindakan perundangan 'mass-tort'.

Alamat 45 Group dalam perjanjian dengan Godfrey Group sama dengan sebuah firma guaman di West Virginia, yang menurut dokumen lain difailkan Baumgardner-Nardone, telah membantu menubuhkan kumpulan itu. Bagaimanapun, nombor telefon yang disenaraikan dalam perjanjian itu adalah untuk tempat yang berbeza.

Kesilapan dalam dokumen

Walaupun pemfailan yang formal DOJ, terdapat kesilapan fakta dan percanggahan dalam dokumen-dokumen berkenaan.

Borang-borang yang dikemukakan oleh Baumgardner-Nardone berulang kali merujuk kepada Malaysia sebagai "The Republic of Malaysia", yang bercanggah dengan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Mengikut definisi, republik adalah satu bentuk kerajaan yang ketua negaranya bukan raja.

Dalam apa yang nampaknya satu kesilapan tipografi, dia juga memberikan alamat bagi Godfrey Group yang berbeza daripada yang disebut dalam perjanjian antara Godfrey Group dan The 45 Group.

Dua alamat itu berbeza dalam satu digit dalam nombor lot dua digit alamat di Johor Bahru.

Pemfailan dengan DOJ adalah wajib bawah Akta Pendaftaran Agen Asing 1938 (FARA) di AS, yang memerlukan pelobi yang bertindak bagi pihak kepentingan asing mendaftar diri mereka sendiri. Dokumen-dokumen kemudiannya boleh dikongsi kepada orang ramai.

Pemfailan Baumgardner-Nardone ini boleh didapati dengan mencari nombor pendaftaran "6432" di laman web Fara itu. Ia telah difailkan dengan DOJ pada 19 Mei tahun ini.

Penabur fitnah beserban: siPengecut yang cuba lari dari bertanggung jawab

$
0
0
DAP lapor polis, YDP PAS Gombak padam status fitnah
01 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Shukri bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis. Foto Roketkini

Keceluparan Yang Dipertua (YDP) Pas Gombak, Salehhuddin Nasir memuat naik status berunsur fitnah di laman facebook mengundang padah apabila Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat laporan polis.

Laporan polis itu dibuat aktivis DAPSY Subang Shukri Mokhtar di  Balai Polis Damansara.

Ini ekoran kenyataan fitnah Sallehuddin kononnya pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menaja pesta arak dan onani di negeri tersebut.

Salehhuddin juga digesa supaya membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin DAP yang berbuka puasa dengan masyarakat Islam sehingga menimbulkan polemik tidak sihat di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut Shukri, perbezaan pandangan adalah perkara biasa namun ia bukan bererti seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.

"Saya sedih melihat YDP Pas Gombak memulakan bulan mulia ini dengan fitnah dan juga penyebaran berita palsu. Saya cabar beliau untuk beri bukti dan hujah, bahawa DAP pernah menganjurkan pesta arak dan pesta onani.
"Jika kopiah dan serban itu dianggap sebagai lesen untuk menfitnah dan memaki hamun, maka tidak terkejutlah kita hari ini, YDP Pas Gombak, Ustaz Salehhuddin Nasir melakukan seperti yang sedemikian," katanya.
Menurutnya, budaya politik yang dibawa pemimpin Pas itu perlu dihentikan mengikut jalur undang-undang.
“Kes ini bukan lagi sekadar perselisihan politik tapi pelanggaran undang-undang melibatkan fitnah dan penyebaran berita palsu,” kata Shukri.
Sementara itu, berdasarkan carian di facebook, status Salehhuddin berhubung fitnah pesta onani dan arak di Pulau Pinang itu telahpun  dipadamkan.
Dalam kemaskini facebook terbarunya, Salehhuddin berkata oleh kerana status tersebut telah menimbulkan polemik dan kekeliruan serta kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Pas, ianya telah dipadamkan.
“Maka saya dengan ini memohon maaf sekiranya status tersebut telah mengakibatkan suasana tidak harmoni kepada semua lapisan masyarakat,” tulis Salehhuddin.
* Kononnya menyorok di sebalikkenyataan Timbalan Presiden PASyang terbaru

Kisah alam Melayu: Ratu-Ratu Melayu Pattani

$
0
0
Ratu-Ratu Melayu Pattani Yang Agung
By Helmi Effendy May 21, 2017
Kesultanan Pattani, ialah salah sebuah kerajaan Melayu yang seakan-akan lenyap dalam helaian sejarah. Kita sering membicarakan tentang kerajaan Melayu yang lain seperti Srivijaya, Sri Dharmaraja dan Melaka, tetapi kita terlupa dan sangat terlupa untuk bercerita tentang sejarah sebuah kerajaan Melayu yang bertakhta di utara semenanjung Tanah Melayu.

Mari, saya perkenalkan kalian dengan empat ratu pemerintah Pattani yang menjadikan kerajaan Melayu Pattani di zaman kegemilangannya. Sesungguhnya, kalian tidak akan dapat melihat sebuah tamadun yang di mana raja-rajanya adalah dilantik daripada kaum perempuan sebanyak seperti mana bangsa Melayu. Dan bagi saya, itu menunjukkan betapa dalam budaya bangsa Melayu, kita tidak pernah mendiskriminasikan jantina.

1.) Ratu Hijau (1584 Masihi – 1616 Masihi)

Mak kau hijau! Itu ialah perkataan caci maki yang sangat terkenal di kalangan anak muda kita. Mungkin pada hari ini, kita akan menggap perkataan itu adalah sebuah hinaan yang maha aib kerana mungkin juga perkataan itu merujuk pada seekor toyol betina ataupun mungkin juga watak superhero Marvel yang terkenal iaitu She-Hulk?

Tapi kalau pada zaman pemerintahan Ratu Hijau, ketahuilah sesungguhnya panggilan itu ialah sebuah kebanggaan. Mengapakah sedemikian? Ini kerana zaman kegemilangan kerajaan Melayu Pattani ini adalah dimulakan oleh Ratu Hijau.

Baik, mari bersama menyelak helaian sejarah yang semakin dilupakan oleh anak bangsa kita. Perlu diketahui selepas kemangkatan Sultan Bahadur Syah (1573 – 1584 Masihi) mangkat, maka para pembesar Pattani telah memilih adinda kepada Sultan Bahadur Syah iaitu Ratu Hijau sebagai pemerintah Pattani memandangkan Sultan Bahadur Syah tidak mempunyai waris lelaki yang terdekat. Dipercayai bahawa Sultan Bahadur dibunuh oleh orang dalam dan Ratu Hijau sebagai adindanya tekad untuk membalas dendam atas kematian kekandanya. Nama Baginda dikalangan orang Thai ketika itu ialah Phra Nang Cao Yong, manakala di kalangan orang Melayu sendiri, baginda dikenali sebagai Raja Nang Cayang, berkognat dari panggilannya dalam bahasa Thai itu.

Terdapat sebuah legenda yang sangat terkenal tentang awal pemerintahan Ratu Hijau. Maka diceritakan bahawa ketika Ratu Hijau menaiki takhta, terdapat sebuah pemberontakan yang dipimpin oleh seorang pembesar ketika itu. Pembesar tersebut yang juga merupakan seorang bendahara memimpin 5000 orang pengikutnya dengan 40 orang yang dilabelkan sebagai kebal.

Sejarah menceritakan bahawa mereka merempuh masuk ke dalam sebuah istana Ratu Hijau bersemayam. Tapi anehnya, ketika mereka merempuh masuk ke dalam istana tersebut, dicatatkan bahawa Ratu Hijau sekadar bersemayam di atas takhtanya menanti si bendahara masuk untuk membunuhnya. Entah apa yang merasuk bendahara itu, melihat karisma si raja baru itu, maka masing-masing tunduk sembah kepada Ratu Hijau.

Maka selepas berjaya menyelesaikan konflik dalaman Pattani, maka Ratu Hijau pun memulakan pemerintahannya mencari siapakah pembunuh adindanya. Apa yang penting yang perlu diketahui dalam pemerintahan Ratu Hijau, dia tidak kekok menerima penasihat dari luar mahupun dalam. Dikatakan bahawa penasihat kepada Ratu Hijau ialah seorang pengembara Inggeris bernama John Smith.

Dan sepanjang pemerintahan Ratu Hijau, selain daripada Inggeris, Ratu Hijau juga menjalankan kerjasama dengan Belanda, Jepun, Pahang, dan banyak lagi kuasa dunia ketika itu. Antara rekod diplomasi Ratu Hijau dengan kuasa luar adalah seperti menjalan hubungan antara Pattani dengan shogun Tokugawa Iyeyasu di Jepun dan juga meminta bantuan Belanda untuk membangunkan pelabuhan Pattani menjadi pusat pelabuhan antara dunia ketika itu sehinggakan pelabuhan Pattani masyur di serata dunia.

Kerana pelabuhan Pattani sebagai pelabuhan termaju di Nusantara ketika itu, dicatatkan bahawa jumlah pelaburan Belanda adalah mencecah 63 000 rial berbanding dengan pelaburan di Pelabuhan Johor, salah salah satu daripada pelabuhan terkenal alam Melayu.

Ini membuatkan Belanda lebih memihak kepada Pattani dalam konflik-konflik yang melibatkan Pattani dan semua kerajaan di sekitarnya. Dan ketika pemerintahan Ratu Hijau, Pattani jadi kuasa tentera yang sangat disegani di rantau Nusantara.

Diceritakan bahawa Pattani berjaya mematahkan serangan daripada orang Ayyuthaya yang ketika itu diperintah oleh seorang raja bernama Narasuan, namun Narasuan kalah teruk. Bahkan ketika terjadi konflik antara Pahang dan Pattani, di mana ketika suami kepada adiknya Ratu Hijau yang berkahwin dengan sultannya yang dilarang untuk melawat Ratu Hijau yang ketika itu sedang menginjak usia tua, maka dihantarnya bala askar menggempur Pahang sehingga akhirnya Pahang kalah teruk di tangan Pattani.

Antara projek besar untuk membangunkan ekonomi Pattani ketika itu ialah dibinanya sebuah terusan yang dinamakan Terusan Tambangan, yang dari Sungai Kerisik ke Kuala Tambangan. Projek besar ini memberi manfaat apabila Sungai Kerisik yang menjadi masin kerana mengalir ke arah bandar dan tidak sampai ke pendalaman. Terusan itu membantu sawah yang sebelum ini hidup segan mati tak mahu menjadi subur semula.

Van Neck, salah seorang daripada penasihat Belanda pernah menulis bahawa pemerintahan Ratu Hijau lebih baik daripada pemerintahan raja yang pernah naik sebelum baginda. Dikatakan juga negara Pattani dalam keadana terbaik sepanjang pemerintahan Baginda. Baginda mangkat ketika usia 63 tahun selepas 32 tahun memerintah. Kisah tentang pemerintahan Ratu Hijau ada difilemkan oleh sebuah filem Thailand yang bertajuk Queen Of Langkasuka. Yang paling penting, Tarian Makyung yang terkenal dalam budaya masyarakat Melayu itu, pencetusnya ialah Ratu Hijau!

2.) Ratu Biru (1616 Masihi – 1624 Masihi)

Kegemilangan yang diteruskan oleh Ratu Hijau, disambung pula adindanya iaitu Ratu Biru. Projek pembinaan Terusan Tambangan yang diasaskan oleh Ratu Hijau kemudian di bawah Ratu Biru dibaikkan apabila baginda mendapati bahawa terdapat hakisan-hakisan di tebing Jambatan Kedi kerana alirannya sangatlah deras.

Sepanjang pemerintahan Ratu Biru, didapati bahawa baginda lebih banyak menguruskan dan menjadi orang tengah antara pertelagahan antara Belanda dan Inggeris. Apa yang perlu dibanggakan sepanjang pemerintahan baginda ialah, baginda mewarisi trait daripada nenek moyang baginda sebagai seorang diplomator yang terbaik.

Selebihnya, tiada yang menarik sangat dalam pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada tahun 1624 Masihi)

3.) Ratu Ungu (1624 Masihi – 1635 Mashi)

Baginda ialah insan yang mengubah imej Pattani yang ketika itu banyak politiknya berhaluankan kerajaan Siam. Di bawah pemerintahannya, baginda telah merapatkan kembali hubungan-hubungan antara Pattani dan kerajaan-kerajaan Melayu di Selatan. Baginda telah memutuskan pertunangan antara anak baginda dengan putera Siam Pattalong. Baginda telah mengahwinkan anak perempuannya denan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623 – 1677 Masihi) daripada Johor.

Dalam banyak-banyak peristiwa besar sepanjang pemerintahan baginda, bagi saya kita umat Melayu harus kenang bagaimana Ratu Ungu harus digelar sebagai raja perempuan yang berhati besi. Kisah bagaimana betapa tabah dan cekalnya prinsip Ratu Ungu dalam mempertahankan kedaulatan Pattani.

Kisah bermula ketika apabila selepas 1630 Masihi begitu, dan takhta kerajaan Ayuthhaya ketika itu diambil oleh seorang pemberontak bernama Sri Suriyawong dan menabalkan dirinya sebagai raja dengan gelaran Raja Prasat Thong (1630 – 1656). Maka ketika raja baru itu meminta kembali pemberian bunga emas sebagai tanda Pattani tunduk kepada kekuasan beliau ketika itu,maka Ratu Unggu dengan beraninya menolak perlawaan itu.Seperti mana yang kita tahu, raja-raja Melayu mengantar bunga emas itu sebagai hadiah diplomasi sahaja,tetapi raja Siam selalu memandangnya sebagai tanda bahawa negeri-negeri Melayu di utara tunduk di bawah kekuasaan Siam.

Raja Unggu tidak mahu mengiktiraf pemerintahan raja Siam yang baru iaitu Raja Prasat Thong sebagai raja Ayutthaya yang sah kerana mengutuk perbuatan kejam beliau sebelum itu ketika menggulingkan dan membunuh secara kejam raja sebelumnya,Athittayawong yang hanya memerintah selama 36 hari sahaja di Ayutthaya.

Maka berang dengan ketidaksudian Ratu Unggu untuk tunduk pada kekuasaan Siam, maka Raja Pattalong membina bala askar yang paling besar pernah dilihat dalam sejarah Siam, dan semuanya semata-mata untuk menundukkan ego Pattani dan Ratu Unggu. Ketika itu juga, Siam meminta bantuan daripada Belanda dan seperti mana yang kita sering belajar, jangan percaya kepada orang asing kerana mereka seperti lalang, berpihak pada mana-mana pihak yang mereka rasa lebih kuat.

Dalam masa yang sama juga, Ratu Unggu ketika itu membuat pakatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain dan juga Portugis di Melaka. Maka dicatatkan ketika 60 000 bala askar dari Ayyuthaya mahu menggempur Pattani, maka Pattani ketika itu dibantu pula oleh kapal-kapal dan perahu perang daripada Johor, Pahang dan juga Portugis yang ketika itu diketuai oleh Jeneral Antonio Vaz Pinto.

Selain itu, yang paling mengagumkan tentang kota Pattani ketika itu adalah diceritakan bahawa kubu pertahan Pattani dibina sepuluh lapis dan di mana pada setiap satunya diletakkan sebuah Meriam dan antaranya ialah Meriam Seri Patani, Meriam Seri Negara dan juga Meriam Mahalela.

Dicatatkan bahawa angkatan paling besar Siam dalam sejarahnya iaitu bala 60 000 orang askar itu tumpas pada pakatan Pattani-Johor-Portugis. Dan ianya memberi tamparan yang sangat pada Ayyuthaya ketika itu. Maka semua panglima perang yang kalah perang itu ada dihukum mati, ada juga dipenjara dan dihukum tunduk di hadapan rakyat Ayyuthaya.

Dan paling mengecewakan buat Siam, Belanda yang menjanjikan bantuan pada Ayyuthaya untuk menyerang Pattani pula tak nampak batang hidung mereka dalam peperangan. Pada tahun 1936, 2 tahun selepas serangan 60 000 bala askar Ayyuthaya ke atas Pattani, dicatatkan lagi bahawa Raja Pattani merancang membina 100 buah kapal perang untuk menggempur Pattani. Belanda sekali lagi ditagih untuk membedal Pattani namun seperti biasa, Belanda berdolak dalik sebelum menyatakan sokongan kerana rancangan Siam itu.

Namun campur tangan Kedah yang cuba jadi orang tengah antara konflik yang berlaku itu berserta ramalan sami-sami Buddha yang mengatakan bahawa kekuatan yang dimiliki oleh pakatan kerajaan-kerajaan Melayu berserta Portugis tidak akan mampu dikalahkan mereka, berserta pujukan dari Belanda kepada Ratu Unggu, barulah persahabatan antara dua kerajaan ini kembali terjalin.

Ketika pemerintahan baginda, Pattani sangatlah disegani lawan dan kawan. Baginda Ratu Unggu digelar sebagai seorang srikandi Melayu yang menjadi benteng dan maruah orang Melayu melawan Siam.

4.) Ratu Kuning (1635-1699 Masihi)

Ratu Kuning adalah anak kepada Ratu Unggu yang secara jujur merupakan pemerintah paling agung dalam sejarah Pattani. Kalau ibunya adalah seorang berhati besi dan lantang menentang musuh, maka Ratu Kuning mempunyai peribadi yang berbeza.

Ratu Kuning adalah orang yang sangat amanah. Dia tidak mahu mengambil satu sen wang kerajaan untuk peribadinya sebaliknya baginda membina sebuah taman dan dari penjualan bunga di tamannya, maka baginda menggunakan wang itu untuk menyara hidup baginda. Dalam masa yang sama juga, baginda juga menubuhkan Syarikat Perkapalan Diraja Patani bagi meningkatkan ekonomi Pattani yang ketika itu mengambil alih status sebagai pelabuhan paling maju di Asia Tenggara.

Kekayaan yang dimiliki oleh Ratu Kuning kerana kebijaksanaan baginda berniaga dikatakan sangatlah tidak terkira. Dalam Hikayat Pattani, ada diceritakan tentang bagaimana Ratu Kuning mengarahkan semuya hartanya dikumpulkan, dan dicatatkan bahawa masa untuk mengumpulkan setiap hartanya mengambil masa selama tiga hari, menandakan betapa ketika kekayaan Ratu Kuning adalah tidak ternilai hebatnya!

Semasa di bawah pemerintahan Ratu Kuning, Pattani dikatakan menjadi sebuah pusat kebudayaan Melayu bahkan tarian Makyung yang dipersembahkan ketika zaman pemerintahan Ratu Hijau dikembangkan lagi oleh baginda. Bahkan Tarian Asyik yang ditarikan oleh gadis-gadis cantik di dalam istana turut dimainkan di istananya.

Dan dalam gadis-gadis tersebut, maka seorang memainkan peranan kepada kejatuhan pemerintahan ratu wanita Pattani dan menjadi penyebab kepada kejatuhannya Pattani. Ironinya, kegemilangan Pattani dimulakan wanita, dikembangkan lagi oleh wanita,dan diakhiri juga oleh wanita.

Nama Dang Sirat harus disemat dalam setiap pemikiran kita, antara gadis yang terlibat dalam Tarian Asyik di istana. Dicatatkan bahawa Dang Sirat ini mempunyai suara yang sangat merdu, tetapi tidaklah fizikalnya. Jauh berbeza dengan Ratu Kuning yang dikhabarkan sebagai jelitawan. Lalu untuk mencuri suami Ratu Kuning, maka ubat guna-guna dihantar padanya sehinggakan seluruh Pattani ketika melihatkan wajah Dang Sirat sebagai seorang wanita yang peri wajahnya tidaklah punya tandingan.

Bayangkanlah ketika itu, betapa kuatnya ilmu hitam itu, maka Yang Dipertuan Muda ketika itu membina sebuah Istana kepada Dang Sirat yang dijadikan gundiknya, lalu mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayangnya ke atas Ratu Kuning meski ketika itu, Ratu Kuning sedang mengandungkan anaknya.

Permintaan Dang Sirat semakin melampau-lampau apabila dia memintakan disiapkan cuping emas seberat 50 tahil, baju daripada emas, dan diminta ditabalkan sebagai Cik Puan, Namun permintaan itu dibantah oleh para pembesar Pattani membuatkan Yang Dipertua Muda Johor naik murka dan mengejar para pembesar Pattani di atas seekor gajah bersama dengan Dang Sirat. Ketika itulah sejarah mencatatkan bahawa ubat guna-guna yang dipasangkan pada sanggul Dang Sirat terjatuh ke tanah, maka wajahnya yang hitam lagi hodoh serta tubuhnya yang gemuk terserlah, Rasa ngeri dengan penampilan baru Dang Sirat itu dan menyedari bahawa dirinya terkena guna-guna, maka disitu juga tubuh Dang Sirat ditikamnya oleh Yang Dipertua Muda Johor.

Peristiwa yang berlaku itu meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam pada jiwa Ratu Kuning membuatkan wanita itu tidak lagi mempedulikan soal pemerintahan negaranya sehingga akhirnya dia digulingkan oleh pembesar bernama Raja Mir. Namun Raja Mir telah ditangkap dan dibunuh kerana menderhaka.

Dipendekkan cerita, ketika konflik antara Pattani dan Singgora, Ayyuthaya telah masuk campur dan membedil Pattani. Oleh kerana Ratu Kuning ketika itu sudah tua dan bukanlah pemerintah hebat seperti pada awal pemerintahannya, maka dia terpaksa berundur ke Kuantan sebelum mangkat pada tahun 1686. Selepas kemangkatan baginda, maka Pattani ketika itu mula memasuki era kejatuhannya dan raja-raja hebat seperti 4 ratu ini tidak lagi dilihat di Tamadun Melayu Pattani.

Sumber:


Nisriwani Yahaya & Syed Zulflida (2003) 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah Dan Legenda. Jabatan Muzium Malaysia.

Van rempuh rumah: 6 pelajar tahfiz maut

$
0
0
Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia
Nuraikha Sharipol Bahari
02 Jun 2017 2:08 PM


 
KEADAAN van membawa pelajar tahfiz yang merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai pagi ini.-UTUSAN ONLINE/IHSAN MEDIA SOSIAL
KUALA KRAI 2 Jun - Angka korban nahas van dinaiki pelajar tahfiz yang terbabas di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, di sini pagi ini meningkat kepada enam orang selepas seorang lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat tersepit dalam van yang terbalik disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam selepas dirawat di Hospital Kuala Krai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van tersebut dinaiki 14 pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi atau CT-ONE Islamic Center (CIC) yang terletak di Kampung Tualang di sini.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati van tersebut dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu sebelum terlibat kemalangan di Kilometer 55 berhampiran Kampung Telekong di sini.

“Kesemua pelajar CIC berkenaan berusia lingkungan 15 hingga 18 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila van tersebut terbabas dan telah merempuh sebuah rumah kayu yang terletak di tepi jalan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Senarai nama pelajar tahfiz yang maut:

1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18
2. Muhamad Rahman Rozali, 17
3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14
5. Ahmad Farhan Zulkifli, 14 (meninggal di Hospital Kuala Krai)
6. Sarifuddin Muhammad (warga Thailand, umur belum disahkan)  - UTUSAN ONLINE

Laporan awal: Van bawa pelajar tahfiz terbabas, 5 maut

Pelajar UPNM maut: Apahal yang teruk sangat ni?

$
0
0

36 ditahan dalam siasatan kematian pelajar universiti pertahanan

  | June 2, 2017
Menteri mengarahkan tentera dan UPNM menjalankan siasatan segera dan berikrar tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
KUALA LUMPUR: Polis menahan 36 mahasiswa dalam siasatan ke atas kematian seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang mati dengan kesan lebam dan melecur pada badan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan mereka direman 7 hari bermula hari ini sehingga Khamis depan.
Menurut Utusan Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata 32 daripada yang ditahan dari UPNM sementara 4 lagi dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 21 tahun.
Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik, disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang selepas dihantar mendapatkan rawatan di situ oleh beberapa orang rakan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengarahkan tentera dan UPNM menjalankan siasatan segera.
“Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya di Twitter.
Tentera menyediakan bantuan bagi membawa jenazah ke kediaman waris di Johor Bahru dan menguruskan urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

* Anak aku pun bekas penuntut kat situ juga ketika masih bernama ATMA tapi tak ada pula terdengar kes teruk sehingga gini jadinya. Ragging tu adalah, itu biasa bagi bakal tentera dan pelatih tentera.

Kaitan: Zulfarhan seorang yang aktif bersukan - sepupu

SR fitnah lagi: Peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib? Anwar minta disiasat

$
0
0
Individu yang dituduh patut saman SR. 
Aku harap kali ni jangan diam......
Yang aku peliknya setelah sekian lama, kenapa sekarang baru SR timbulkan isu ini?

S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib
mk -  1 Jun 2017, 8:21 malam
Laman web Sarawak Report hari ini mendakwa seorang peguam kanan terkenal menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan, laman web itu berkata, bahawa bayaran itu dibuat melalui akaun bank milik perdana menteri, yang menerima dana daripada syarikat milik negara, SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Ia berkata nombor akaun bank itu adalah sama yang dipaparkan dalam dokumen yang dipegang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila beliau ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah-laku dalam kes SRC International pada Januari tahun lalu.

SRC International adalah penerima pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Sarawak Report mendakwa bayaran kepada peguam kanan itu, yang sering terlibat dalam kes berprofil tinggi, dibuat melalui dua peringkat.

Bayaran pertama sebanyak RM4.3 juta didakwa dipindahkan pada 11 Sep 2013 dan ini diikuti dengan bayaran RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan. Portal berita ini juga telah menghubungi peguam kanan itu untuk mendapatkan ulasannya dan namanya tidak disiarkan sementara menunggu jawapannya.

Malaysiakini juga telah menghubungi setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad mengenai perkara itu.

Walau pun di dalam laporan malaysiakini Shafee tidak dinamakan dengan hanya meyebut Peguam Kanan namun di laman SR menulisnya dengan terang dan jelas

Berita susulan:

Anwar mahu siasatan dakwaan Shafee terima wang Najib
mk  -   Hari ini, 9:05 malam
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara mahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, - peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya, disiasat.

Ini selepas timbul dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui dua bayaran iatu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.

“Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.

“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera.

“Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.
Anwar, dalam nota berkenaan turut mempersoalkan siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib.

Putrajaya, dalam satu keputusan yang mengejutkan pada 22 Julai 2013, melantik Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan dan bukannya berdasarkan amalan konvensional yang bergantung kepada khidmat pendakwa raya.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan keputusan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malaysiakini, yang tidak menyiarkan nama Shafee, dalam laporan Sarawak Report itu semalam, telah cuba menghubunginya untuk mendapatkan ulasannya melalui pelbagai saluran tetapi tidak berjaya.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman awal hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menamakan Shafee Abdullah sebagai peguam yang menerima dana daripada Najib. 
"Semua orang tahu bahawa Shafee adalah orang kepercayaan Najib dan hadir di rumahnya, ketika mesyuarat dengan Saiful berlangsung, tetapi bayaran lumayan kepada peguam itu adalah konflik kepentingan.

"Saya menyeru orang ramai supaya tampil bersama saya dan membuat laporan polis mengenai isu ini. Kita harus bersama-sama dan berjuang untuk membersihkan badan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq berkata walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik seorang pendakwa raya luaran, namun bayaran hendaklah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan bukan perdana menteri.

‘Datuk tua’ sudah insaf

$
0
0

Dr M ‘datuk tua’ sudah insaf, tak main wayang lagi, kata DAP

  | June 2, 2017
Lim Lip Eng berkata kesungguhan Dr Mahathir dapat dilihat apabila beliau bekerja keras menyakinkan rakyat agar menolak BN pada pilihan raya akan datang.
KUALA LUMPUR: DAP sudah mula menerima kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir setahun negarawan itu menyertai pembangkang melawan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kebanyakan pemimpin dan ahli DAP menyedari bekas perdana menteri itu sudah insaft dan tidak “bermain wayang” dengan Pakatan Harapan.
“Kita rasa masa sudah menunjukkan Dr Mahathir ini bukan buat wayang lagi, dia betul-betul ikhlas dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan.
“Dr Mahathir juga ada sebut beliau sudah insaf. Saya rasa kebanyakan walaupun bukan semua ahli dan penyokong DAP yang lawan Dr Mahathir sebelum ini tahu beliau sudah berubah, malah beliau juga tahu apa yang betul apa dan yang tak betul,” katanya ketika ditemui FMT di pejabat DAP Segambut hari ini.
Katanya kesungguhan Dr Mahathir dapat dilihat apabila beliau bekerja keras menyakinkan rakyat agar menolak BN pada pilihan raya akan datang.
“Mula-mula memang ada penyokong atau ahli DAP yang ragu tapi lepas hampir setahun, mereka sudah mula terima kehadiran Dr Mahathir sebab kita tengok seorang ‘datuk’ yang begitu tua – umur sudah 93 tahun – bertungkus lumus lari sana sini masuk Felda, buat perhimpunan dan ceramah di kampung dan kita rasa terharu dan tertarik dengan keikhlasan beliau.
“Bukan senang untuk seorang warga tua umur 93 tahun lari sana sini beri ceramah,” katanya.
14 Mac lalu, Dr Mahathir bersama pemimpin PPBM sebulat suara bersetuju untuk membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan.
Di bawah gabungan itu ia akan memudahkan proses pertandingan di bawah 1 logo, 1 manifesto, dan 1 calon bagi setiap kerusi yang mereka putuskan untuk bertanding.
Mengulas cadangan agar Dr Mahathir memegang semula jawatan perdana menteri, Lip Eng berkata DAP sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dan tidak ada individu lain.
“Calon perdana menteri masih Anwar. Kita tetap dengan pendirian pucuk pimpinan DAP – kita pilih Anwar,” katanya.

Kasino di Manila diserang: 36 terbunuh

$
0
0
Polisi Temukan 36 Jenazah di Kasino Manila yang Diserang
Kompas.com - 02/06/2017, 11:02 WIB
Para keluarga korban serangan kasino duduk di depan hotel World Resort Manila menunggu kabar nasib kerabat mereka.(NOEL CELIS / AFP )

MANILA, KOMPAS.com - Setidaknya 36 jenazah ditemukan di dalam kasino di pusat kota Manila, Filipina yang diserang pria bersenjata senapan otomatis, Kamis (1/6/2017) malam.

"36 orang itu tewas karena tak bisa bernapas," kata kepala kepolisian Manila, Oscar Albayalde kepada CNN Philippines, Jumat (2/7/2017).

Puluhan orang yang panik berlarian ke luar kasino Resort World Manila setelah pria bersenjata senapan otomatis itu melepaskan tembakan di dalam ruangan kasino.

Baca: Pelaku Penembakan Kasino di Manila Bunuh Diri, Bukan Ditembak Polisi

Akibatnya, sejumlah orang mengalami luka-luka akibat terinjak-injak saat akan keluar dari hotel yang terletak di seberang bandara internasional Filipina.

Lima jam setelah beraksi, pelaku penembakan ditemukan tewas bakar diri di salah satu kamar hotel tersebut.

Awalnya, pelaku menghilang di tengah kepanikan pengunjung dan kepulan asap yang memicu pengejaran di dalam kompleks hotel itu yang berakhir pada pagi hari.
"Pelaku ditemukan di atas ranjang, melapisi dirinya dengan selimut tebal, menyiramkan bensin, dan membakar dirinya sendiri," kata kepala kepolisian Filipina Ronald dela Rosa.

Sejauh ini Dela Rosa masih menepis aksi terorisme adalah motif penembakan di dalam kasino tersebut.

Sebab, lanjut Dela Rosa, pria itu tak menembaki pengunjung kasino sehingga diduga aksi tersebut adalah sebuah upaya perampokan.

"Untuk saat ini, kita bisa katakan insiden ini bukan aksi terorisme. Tak ada elemen kekerasan, ancaman, atau intimidasi," ujar Dela Rosa.

Dela Rosa menambahkan, pelaku membobol ruang penyimpanan dan menggondol koin judi bernilai 113 juta peso.

Pelaku, lanjut Dela Rosa, lari meninggalkan ruangan judi dan pergi ke lantai atas yang digunakan sebagai hotel tetapi dia malah meninggalkan tas ranselnya.

Penjelasan Dela Rosa itu dikukuhkan Oscar Albayalde, kepala kepolisian Manila.

"Ini adalah kasus perampokan yang kemungkinan dilakukan oleh penderita gangguan jiwa," ujar Albayalde.

Saat ini, 18 dari 54 orang yang terluka sedang dirawat di rumah sakit, sementara sisanya hanya mengalami luka ringan.

Editor Ervan Hardoko
SumberAFP

Lanjutan: Daesh mengaku serang kasino

Update - Van membawa pejar tahfiz terbabas: Angka korban menjadi tujuh (gambar2 di dalam)

$
0
0
7 pelajar Tahfiz Al-Hashimi maut, van terbabas rempuh rumah
Izwar Muzzani, Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 02, 2017 13:23 MYT
Van yang membawa pelajar Tahfiz Al-Hashimi itu dikatakan sedang menuju ke Kota Bharu. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

KUALA KRAI: Sebuah van yang membawa pelajar dan tenaga pengajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di sini pagi tadi.

Dalam insiden sekitar jam 9.40 pagi itu, tujuh mangsa dilaporkan maut sementara tujuh lagi cedera.

Bomba menerima panggilan kecemasan 9.45 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa sudah dikeluarkan orang awam sementara lima lagi tersebit di dalam kenderaan yang remuk.

lima mangsa dilaporkan maut sementara sembilan lagi cedera.
Orang ramai bergegas membantu mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

Operasi bomba melibatkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai dan Machang.

Lagi gambar kejadian:
 
 
 

Berita susulan: Jenazah penuntut UPNM mati didera selamat dikebumikan

$
0
0
Astro Awani |  Diterbitkan pada Jun 02, 2017 23:45 MYT
Jenazah Zulfarhan dibawa ke kampung halamannya di Johor Bahru selepas solat jenazah di Masjid UniTEN kira-kira pukul 4 petang Jumaat. - Bernama

JOHOR BAHRU: Jenazah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat didera, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu sejurus jenazah tiba kira-kira 8.45 malam selepas disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kampung Kurnia dan dikebumi pukul 9.15 malam.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi Selangor untuk disembahyangkan, sebelum dibawa pulang ke Johor.

Lebih 100 ahli keluarga serta kenalan lain hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.

Ibu kepada Zulfarhan, Hawa Osman, terkilan kerana anaknya itu tidak sempat untuk menyarung baju raya berwarna kelabu seperti yang dimintanya sebelum ini.

“Arwah seorang yang ambil berat pada kawan dan adik-beradik. Dia yang sulung dalam empat adik-beradik.

“Untuk hari raya, dia minta baju warna kelabu. Saya dah pun beli untuk tiga beranak, tapi tak sempat (untuk Zulfarhan) sebabnya bulan puasa dia kata dia tak dapat balik sebab dia kerja,” ujar ibunya.

Turut hadir, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan upnm, Brigedier Jeneral Raja Ahmad Ikram Raja Othman, Pegawai Khas Menteri Pertahanan, Abd Halim Abd Jalil mewakili Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abdul Rashid Kasman mewakili Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Zulfarhan merupakan pelajar tahun ketiga kejuruteraan elektrik di UPNM, disahkan meninggal dunia petang semalam.

Zulfarhan dipercayai didera rakan dengan menggunakan seterika wap dan hasil bedah siasat juga mendapati terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan serta kaki.

* Hishamuddin hanya hantar wakil?

Ibu mana yang tak kerkilan bila harapkan hasil yang baik belajar di situ namun belum berbuah, hanya jenazah yang diterima. Kena bunuh pulak tu!
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live