Quantcast
Channel: mountdweller88
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live

Episod duka perjuangan Aduka.......

$
0
0
TUESDAY, MAY 23, 2017
Orang Pas tampar orang PSM....
Penjelasan isu Pengarah Urusan KPRK memukul Pengerusi PSM Kelantan: Nik Salman dimaafkan, tetapi aduan tetap diuruskan hingga selesai.

1. Saya, Khairul Nizam Bin Abd Ghani, Pengerusi PSM Kelantan, juga AJK Pusat PSM.

2. Bermula dengan aduan dari Cikgu2 PASTI kepada PSM, yang membeli rumah 90% siap tetapi terbengkalai selepas itu.

3. Berkembang kepada pembeli rumah KPRK (Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan) yang lain2nya. KPRK ada banyak projek. Maknanya ada banyak pembeli. Ada kes yang hanya elektrik sahaja. Ada kes yang rumah pun tak wujud. Pelbagai aduan.

4. Kejadian tadi ialah bertemu Nik Salman, Pengarah Urusan KPRK bagi membincangkan aduan pembeli rumah 90% siap.

5. Bila sampai di meja penyambut tetamu, kita bagitau nak jumpa Nik Salman. Sebelum ini pernah jumpa beberapa kali, tiada masalah. Untuk kes aduan yang ini, kes aduan pun ada progress oleh Nik Salman. Apabila Nik Salman keluar, saya seperti biasa bagi salam, hulur tangan bersalaman dan bagitau tujuan kedatangan. Tiba2 dia tampar. Kemudian seorang dipercayai pengawal peribadinya turut meluru. Saya ada banyak pengalaman bab ini. Saya bimbang jika mereka bersenjata. Maka, terjadilah pergelutan sehingga cermin pecah dan pintu rosak.

6. Selepas menyedari pengadu lain mula mengeluarkan HP untuk merakam, Nik Salman kendur sedikit. Dan mengajak berunding. Lepas berunding, saya menghulurkan tangan untuk salam, atas nama kemanusiaan. Nik Salman menyambut salaman. Kemudian saya memberitahunya, atas nama professional, saya perlu buat laporan polis. Untuk elak kejadian tidak diingini masa depan.
7. Laporan polis sudah dibuat (dilampirkan). Saya maafkan Nik Salman atas dasar kemanusiaan. Jika dia ada masalah pun, boleh buat aduan ke PSM. Tetapi aduan2 rakyat terhadap KPRK tetap perlu diteruskan. Nik Salman (juga majoriti di Kelantan) hairan PSM ambil kes tiada kaitan dengan politik kepartian. Saya kata, saya tak jual undi. PSM masih dicurigai di Kelantan. Undi pun rahsia. Semua pengadu tak semestinya undi PSM. Malah, jika kes mereka berjaya selesai pun, tegur jumpa di jalanan pun belum tentu lagi. Tapi setiap orang ada perkara yang buat mereka gembira dan bahagia. Jika Nik Salman happy melancong, kami di PSM happy bantu orang. Kami adalah sosialis. Sosial adalah masyarakat. Jiwa kami adalah jiwa masyarakat.

8. Semoga Nik Salman dan KPRK dapat membantu menyelesaikan aduan2 dari pengadu. Saya akan terus berjumpa Nik Salman selagi mampu (kewangan dan sihat). Insyaallah. Amin.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:31 pm 

Kaitan: Laporan malaysiakini - Aduka Taruna cerita insiden kena tampar
Aduka di Pejabat KPRK


Ditangkap kerana dituduh menghina Almarhum Sultan Johor
Projek Langgar Hadi.......beliau yang terlanggar
Cedera dibelasah ketika Demo Royalti minyak depan SUK

Isu perkauman: Benarkah rakyat tidak terpengaruh?

$
0
0
Rakyat tidak terpengaruh isu perkauman
23 Mei 2017 | A.SHUKUR HARUN

Pengundi tidak akan terpancing dengan isu perkauman yang hanya untuk menyedapkan hati.

Isu perkauman dan extrime agama tidak mungkin mendominasi suasana Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, betapapun ada usaha berterusan oleh pihak tertentu untuk mengenengahkannya.

Ini kerana isu yang lebih penting – kehidupan rakyat yang sangat tertekan, isu rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dan pembaziraan – mendominasi pemikiran rakyat.

Oleh itu pihak yang sering berusaha mengenengahkan isu perkauman dan extreme agama, atau pemikiran agama yang sempit, tidak akan mmpengarusi pemikiran pengundi.

Mereka akan kecewa justeru rakyat lebih memikirkan isu ‘periuk nasi’ atau isu kehidupan harian mereka yang sangat tejejas dengan kenaikan harga barang.

Malah, orang luar bandar, yang biasanya mudah dipengaruhi isu perkauman ini, juga sudah semakin tidak memikirkannya, justeru yang mereka fikirkan sekarang ialah nilai wang yang mereka bawa ke pasar atau ke kedai biasa semakin mengecil dan mengecil.

Dengan penutupan beberapa syarikat, pembuangan pekerja menyebabkan bertambahnya pengangguran menyebabkan rakyat biasa sangat resah dengan kehidupan yang sangat meneka ini.

Inilah yang sangat difikirkn oleh rakyat, menyebabkan mereka tidak berminat dengan isu perkauman.
Bayangkan jika seorang pekerja biasa di bandar untuk makan tengah hari saja perlu mengeluarkan wang antara tujuh atau lapan ringgit untuk di restoran biasa, malah di gerai tepi jalan saja.

Belum lagi sarapan atau makan malam bersama keluarga.
Bayangkan kalau dulu membawa RM50 untuk ke pasar sudah cukup, kini berganda jumlah wang yang hendak di bawa ke pasar.

Belum lagi belanja persekolahan anak dan kini hendak menghadapi hari raya pula.

Bagi yang membayar ansuran bulanan rumah – flet atau rumah teres biasa – maka mereka menghadapi keadaan yang sangat sulit untuk membayarnya dengan pendapatan yang rendah dan sederhana ini.

Demikian juga sudah tentu pakaian baru hari raya untuk anak-anak sukar diganti.

Oleh itu, dengan PRU yang akan menjelang ini, maka isu perkauman dan pandangan agama yang sempit tidak akan mendominasi pemikiran rakyat.

Ada pemimpin politik masih menyuruh rakyat berjimat. Jawapan rakyat kepada soalan seperti ini ialah “Apa lagi yang hendak dijimatkan, sedangkan wang yang ada ini cukup makan yang perlu saja.”

Dalam suasana yang begini, mereka tidak akan terpancing dengan isu perkauman yang hanya untuk menyedapkan hati. Tidak mungkin isu ini boleh mempengaruhi rakyat.

Oleh itu, PRU yang akan datang ini rakyat mahu melihat perubahan ke arah kehudpan yang selesa kepada mereka.

Mereka menentang perlakuan rasuah – kecil dan besar – pembaziran, penyelewengan, keteresan dan sebagainya.

Justru bagi rakyat, perbuatan seumpama inilah yang merosakkan kehidupaan rakyat dan negara.

* Pada aku rumusan dari A. Shukur Harun ini agak kabur

Adakah siTua Melayu di kampung-kampung memahami situasi susah dan rasuah yang dihadapi sekarang kerana bawaan politik?

Tak terbakar dan gentarkah mereka dengan hantu cina yang dimomokkan?
Yang mengagungkan bangsa itu, adakah semuanya yang tidak berpendidikan?

Berjaya lari dari serbuan Jaheik namun gagal lari dari maut

$
0
0
Lelaki lari serbuan ditemui mati
AZURA MOHAMAD - 24 Mei 2017
Lokasi penemuan mayat di Laloh, petang semalam.

KUALA KRAI - Seorang lelaki yang melarikan diri ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) Jumaat lalu ditemui mati,di belakang sebuah rumah di Laloh, petang semalam.

Mayat lelaki berusia 47 itu ditemui adiknya dalam keadaan separuh reput,  berulat pada bahagian kepala dan betis yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Laloh,jam 6.45 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning,berkata,Jumaat lalu,Jaheik Cawangan Kuala Krai bersama pasukan polis membuat serbuan ke  rumah lelaki berkenaan  setelah menerima laporan orang awam  atas kesalahan khalwat.

"Ketika serbuan,lelaki tersebut berjaya melarikan diri melalui pintu tandas di belakang rumahnya.

"Berikutan itu,polis menahan dua anaknya untuk siasatan lanjut," katanya.

Abdullah berkata,hasil pemeriksaan ke atas tubuhnya tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan dan unsur jenayah.

Menurutnya,temuduga ke atas anak lelakinya berusia  23 tahun memberitahu bapanya menghidap jantung lebih setahun lalu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

* Hari ini saya dalam perjalanan balik KB dari Batang Kali melalui Genting

Cerita Kurma menjelang Ramadhan: Kenali Tamar sebelum membeli

$
0
0
Kenali Tamar Sebelum Membeli
Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 8:00 AM
Oleh: RAIHANAH ABDULLAH
raihanah88@yahoo.co.uk
ASSALAMUALAIKUM. Sabtu ini, insyaAllah, umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadan. Bulan penuh kemuliaan dan keberkatan yang menjanjikan pahala berlipat ganda serta ganjaran lumayan.

Bagi mereka yang berpeluang menunaikan ibadat umrah ketika Ramadan, anda sungguh bertuah dan perbanyakkan syukur kepada-Nya kerana memilih anda sebagai tetamu bersempena Ramadan al-mubarak.

Setiap kali Ramadan, tamar atau kurma yang paling jadi perhatian. Buah yang kaya serat itu dimakan terlebih dahulu selepas azan berkumandang. Di Tanah Suci, tamar paling sering dijadikan sumbangan atau sedekah. Lazimnya, di Tanah Suci, pelbagai jenis kurma boleh didapati dan diberi kepada tetamu Allah menjelang buka puasa.

Makan kurma sewaktu berbuka puasa pada Ramadan adalah sunnah. Setelah sehari kita berpuasa, perut tidak menerima sebarang makanan, dengan makan kurma terlebih dahulu, perut tidak terasa terkejut menerima makanan secara mendadak, apatah lagi jika ia berempah dan pedas.

Kurma dapat memberi tenaga kepada tubuh. Kandungan zat besi yang tinggi di dalam buah kurma mampu membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan sel darah merah di dalam badan atau anemia. Justeru, sebaik-baiknya, ia diambil bukan sekadar pada Ramadan.

Ramai jemaah yang kali pertama berpeluang menunaikan ibadat umrah suka bertanya mengenai tamar. Antara soalan itu ialah di mana paling elok dibeli, adakah di Madinah atau Makkah, kenapa ia terlalu mahal di sesetengah tempat dan kurma yang paling enak.

Apa pula perbezaan tamar yang dijual di pasar dan di ladang? Soalan ini paling sering diajukan kepada saya. Malah, ada jemaah yang seolah-olah kesal setelah membeli tamar dengan harga tinggi apabila mengetahui rakan jemaah lain membeli jenis yang sama pada harga lebih rendah.
Paling elok membeli tamar ialah di Madinah kerana lebih murah, segar dan berkeadaan baik. Boleh saja membeli tamar di Makkah jika anda tertarik dengan cara pembungkusannya yang menarik dan sesuai dijadikan cenderahati.

Hendak beli di ladang atau di pasar? Jika mahu tamar yang lebih baik, jemaah boleh beli di ladang kerana tempoh diletakkan di situ kurang dari enam bulan. Lazimnya, tamar kelihatan lebih segar dan tidak terlalu kering. Faktor ini menyebabkan tamar di ladang dijual dengan harga lebih tinggi.

Berbeza pula harga di pasar tamar atau bazar di sekitar Tanah Suci yang lebih murah tetapi masalahnya kadangkala tamar tidak begitu cantik dan kering. Jika hendak berjimat, boleh saja membeli sedikit di ladang dan beli sebahagian lagi di pasar atau bazar.

Ajwa, ambar, sukhari, safawi dan rotab, tamar susu antara yang sering dibawa pulang oleh jemaah umrah dan haji. Ajwa paling mahal diikuti ambar. Harga tamar yang lain berpatutan dan berbaloi untuk dibeli sebagai ole-ole dari Tanah Suci.

Tanpa tamar umpama tidak ke Tanah Suci. Ia hidangan dan sumbangan paling lazim dibeli oleh jemaah haji dan umrah walaupun semua maklum di tanah air juga kian banyak tamar dijual di kedai-kedai Arab.

Jika jemaah tidak begitu menitikberatkan kualiti tetapi masih mahu membeli ajwa dan ambar, beli saja tamar jenis itu di bazar sekitar Masjid Nabawi kerana harga ditawarkan begitu berpatutan.

Pernah saya membeli sekilogram ajwa dengan harga SR40 di sebuah bazar di paras Mezanine di Hotel Millenium Aqeeq, Madinah sedangkan di ladang berharga SR100 sekilogram.

AJWA:

Paling popular. Ia juga dikenali sebagai kurma Nabi dan menyimpan khasiat tersendiri. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barang siapa makan tamar Ajwa setiap pagi tujuh biji, ia dapat mengelakkan dirinya daripada terkena racun dan sihir.”

Harganya memang mahal dan ajwa ada beberapa gred. Kadangkala boleh mencecah sehingga beratus-ratus riyal untuk satu kilogram. Namun, yang sering ditemui di ladang tamar ialah ajwa berharga di antara SR80 dan SR120 sekilogram. Tentu sekali ajwa yang berharga mahal enak rasanya, lembap dan kelihatan cantik.

AMBAR:

Bentuknya besar dan panjang. Kurma ini juga semakin menjadi perhatian jemaah kerana rasanya yang lemak manis. Ia adalah kurma kedua termahal selepas Ajwa. Makan satu biji sudah kenang. Namun, awas pastikan anda mengopek tamar itu terlebih dahulu sebelum makan untuk memastikan tiada ulat di dalam dalamnya. Harganya di antara SR60 hingga SR80 sekilogram.

SUKHARI:

Bentuknya yang comel dan turut digemari ramai warga Malaysia. Ia murah dan begitu manis. Sangat sesuai untuk membekalkan tenaga setelah berpuasa berjam-jam. Harganya sangat berpatutan, kira-kira SR30 sekilogram.

SAFAWI:

Berwarna hitam atau coklat gelap. Ia agak kering tetapi lembut. Banyak didapati di Madinah dan harganya begitu berpatutan.

ROTAB:

Kurma ini sering dibeli pada saat-saat akhir sebelum berangkat pulang. Ia sering ditempatkan di dalam peti sejuk untuk menjamin kesegarannya. Harga bergantung kepada kandungan dan saiz bekas plastik tamar itu. Boleh dibeli serendah SR10. Bersaiz kecil dan berwarna kuning muda. Rasanya seperti ciku dan tidak jemu menikmatinya.

KURMA SUSU:

Bersaiz kecil dan berwarna coklat muda. Ia antara kurma bersaiz kecil. Agak kering dan rasanya lemak manis. Ramai yang menggemarinya. Harganya SR20 sekilogram. Selain itu, usah lepaskan peluang untuk menikmati tamar muda yang berwarna merah kekuningan.

Ia dibekukan dan boleh didapati di dalam peti sejuk. Lazimnya, anda boleh membelinya di sekitar masjid Quba’ di Madinah. Rasanya kelat manis. Semakin dikunyah semakin sedap rasanya. Jika berada di Tanah Suci ketika awal Ramadan, saya ingin berpesan agar tidak membeli terlalu banyak tamar untuk dibawa pulang kerana setiap hari jemaah memperolehi tamar setiap kali ulang alik ke masjid.

Pernah saya diserahkan kurma separuh beg plastik yang bersaiz plastik sampah. Saya sungguh terkejut apabila digamit dari jauh orang seorang pemuda lantar menghampirinya.

Dia tidak berkata apa-apa tetapi sekadar menghulurkan tamar separuh plastik beg besar kepada saya. Melihatkan kuantitinya yang begitu banyak dan tidak mampu untuk saya membawa pulang ke hotel, saya agihkan tamar itu kepada setiap jemaah dengan meletakkannya ke dalam gelas plastik air zamzam.

Biarpun sudah memberinya kepada jemaah lain, kurma yang disedekahkan sepanjang berada di Tanah Suci Madinah dan Makkah masih banyak berbaki sehingga menyebabkan saya tidak membeli tamar untuk dibawa pulang ke tanah air.

* Alhamdulillah saya tiba di KB ketika Maghrib tadi 25 Mei 17

Pulak daah!

$
0
0
Putus tahaluf tiada kaitan dengan pentadbiran negeri, dakwa Pas Selangor
25 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sallehen Mukhyi

Keputusan Pas untuk memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR  tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri tetapi hanya berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya yang akan datang, dakwa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sallehen berkata keputusan menamatkan kerjasam politik dengan PKR juga bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Sabak itu juga mendakwa, Pas negeri 'teguh dan setia' bersama semua Menteri Besar yang diperkenankan Sultan Selangor sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun Datuk Seri Mohammad Azmin Ali.
"Pas Selangor percaya bahawa kesetiaan dan keyakinan terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan kestabilan politik dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama keprcayaan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Beliau menambah, tiga Exco dan 10 wakil rakyat Pas negeri akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka.

"Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya," ujar beliau.

Pas katanya akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang. 

"Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai.

"Bagi pihak-pihak yang sering mengeluarkan perkataan sumbang, yang dengki dengan kejayaan Kerajaan Selangor dan yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana konflik politik di Selangor harap dapat mengambil pengajaran dan peringatan terhadap Titah  DYMM Tuanku Sultan Selangor serta meyakini pendirian yang telah dinyatakan oleh Presiden PKR. Teguh dan setia bersama rakyat," ujarnya.

INFOGRAFIK: Serangan pengebom bunuh diri di Jakarta

$
0
0
INFOGRAFIK: Apa yang diketahui setakat ini tentang letupan di Jakarta
Astro Awani|  Diterbitkan pada Mei 25, 2017 16:49 MYT

Insiden serangan pengebom bunuh diri di Jakarta pada Rabu malam ragut lima nyawa. - Reuters

WARGA Jakarta masih kecoh dengan insiden pada Rabu malam apabila dua bom diledakkan berselang lima minit oleh pengebom bunuh diri sekitar jam 9 malam waktu tempatan di Terminal Kampung Melayu, timur bandar raya itu.

Lima orang disahkan terkorban dalam kejadian itu - dua daripadanya ialah pengebom itu sendiri manakala tiga yang lain ialah anggota polis.

Berikut adalah sekilas fakta tentang insiden tersebut:

Tapi........kalau dah jadi persepsi begini, siapa yang salah?

$
0
0
Manchester: Katie Hopkins condemned for Muslim 'Final Solution' tweet
Katie Hopkins is known for her outlandish, far-right views [AFP]
Date of publication: 23 May, 2017
Outraged social media users have called for action to be taken after British columnist, Katie Hopkins demanded a 'final solution' to Muslims after the Manchester attack. Tags: Katie Hopkins, LBC, Mail Online, Manchester, Suicide Bombing, Attack, Britain, UK,

British columnist Katie Hokpins caused controversy on Tuesday, after calling for a "final solution" to Muslims, in response to the deadly Manchester suicide bombing that killed at least 22 people.

In a tweet directed toward British television host, Peter Schofield, the controversial Mail Online columnist and LBC radio host, who is known for her outlandish far-right views said "Don't you even dare. Do not be part of the problem. We need a final solution."

The tweet refers to a Nazi phrase used for the Jewish Holocaust, and was swiftly deleted on Tuesday morning before being reposted with a re-worded message saying “we need a true solution".

Social media users quickly condemned the "despicable" tweet and reported Hopkins to the Metropolitan Police, for what they said was a clear call for "ethnic cleansing" of Muslims.

Others, including journalist Owen Jones, threatened to boycott LBC until action is taken against the host.
At least 22 people died in a suspected suicide bombing at a pop concert in the northern British city of Manchester late on Monday, in what is described as the deadliest attack in the country since 2005.

Police confirmed children were among those killed and said dozens more were injured. The local ambulance service said on Twitter it had taken 59 casualties from the incident and treated "a number of walking wounded on scene".

Authorities are treating the attack as a "terrorist incident," but no one has so far claimed it.

Police said they are now investigating whether it was a lone wolf-style attack or whether there are accomplices.

British Prime Minister Theresa May condemned it as "an appalling terrorist attack".

GST: Kemana pergi hasilnya dan Rafizi 'sekolahkan' Najib

$
0
0
Bagaimana PH boleh hapuskan GST, Rafizi 'sekolahkan' Najib
26 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Rafizi Ramli 

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sedia 'menyekolahkan' perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini memomokkan janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan alasan tanpa GST perbendaharaan negara akan hilang RM42 bilion setahun.

"Sebenarnya saya telah ulas dengan mendalam dan disokong dengan angka-angka mengenai perkara ini di dalam buku “Panduan Bina Semula Negara” yang saya tulis dan dilancarkan baru-baru ini.

"Cara untuk menguruskan Perbendaharaan tanpa mengenakan GST ada dihuraikan di dalam Bab 4 bertajuk Mengurus Perbendaharaan Negara," ujar beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Menurut Rafizi, punca kerajaan BN kesempitan sumber kewangan adalah kerana kecenderungan berbelanja melebihi pendapatan sepanjang dua dekad lalu sehingga mewujudkan hutang yang besar.

Negara ujar beliau terpaksa berhutang bagi menampung defisit apabila perbelanjaan melebihi pendapatan pada setiap tahun.

Pengurusan perbendaharaan negara, katanya tidak hanya berkisar kepada menambah pendapatan malah di masa yang sama perlu mengawal perbelanjaan.

Apabila perbelanjaan yang membazir dihentikan dan ketirisan dikawal, penjimatan dari perbelanjaan itu, jelas beliau lebih dari mencukupi untuk menampung kekurangan hasil kutipan GST yang dihapuskan.

Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menjelaskan tiga kaedah yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan untuk menampung perbelanjaan negara setelah GST dihapuskan iaitu membanteras rasuah dan mengurangkan ketirisan; pentadbiran kewangan yang telus bagi mengurangkan bayaran faedah tahunan; dan rasionalisasi cukai melalui pengenalan 'cukai ke atas keuntungan jual beli saham' dan cukai jualan dan perkhidmatan.

Menurutnya, dengan inisiatif lain seperti rundingan semula kontrak-kontrak yang berat sebelah dan rampasan harta dari rasuah yang terlibat dalam skandal-skandal besar, beliau yakin masalah yang meruncing untuk menggantikan sumber pendapatan dari GST yang dihapuskan dapat diatasi.

"Pokoknya, secara moralnya GST perlu dihapuskan dan kita ada potensi penjimatan yang cukup untuk menampung kekurangan hasil apabila GST dihapuskan kelak," tegas beliau.

Kaitan: 

Separuh hasil kutipan GST untuk bayar faedah hutang kerajaan
26 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Bajet Negara 2017

Dianggarkan RM29 bilion terpaksa dibelanjakan kerajaan BN untuk membayar faedah hutang bagi tahun 2017 dan ia melebihi separuh wang hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikutip kerajaan.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, setakat April 2017 jumlah hutang Kerajaan Persekutuan seperti yang disiarkan oleh Perbendaharaan adalah sebanyak RM649 bilion.

Dari jumlah itu, katanya bentuk hutang terbesar negara adalah kertas hutang kerajaan Malaysia (MGS) pada jumlah RM357 bilion, diikuti dengan kertas hutang terbitan pelaburan kerajaan (GIIs) sebanyak RM235 bilion.


"Hutang-hutang dalam bentuk kertas hutang yang diterbitkan ini perlu ditebus oleh Kerajaan Malaysia bila sampai tarikh matangnya. Sementara menunggu matang, Kerajaan Malaysia perlu membayar faedah tahunan (selalu disebut sebagai 'coupon rate') mengikut kadar yang diurusniagakan di pasaran hutang," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, lebih stabil sesebuah kerajaan dan lebih tinggi reputasi kewangannya, maka pelabur sanggup untuk mendapat bayaran bunga yang lebih rendah demi memegang kertas hutang tersebut.
"Jika kerajaan itu tidak dihormati dan dicurigai, pelabur tidak ada keyakinan dan kadar faedahnya pun didagangkan tinggi," jelas beliau.
Oleh sebab itu, katanya reputasi antarabangsa kerajaan Malaysia di mata pelabur adalah sangat penting kerana ia menentukan jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar dan ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, tambah beliau skandal 1MDB yang merosakkan nama baik Malaysia telah menyebabkan pelabur-pelabur mahukan pulangan yang lebih tinggi bagi setiap ringgit kertas hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia.
Beliau yakin jika reputasi kewangan Kerajaan Malaysia dipulihkan, pentadbiran baru Pakatan Harapan boleh meyakinkan pasaran dan pelabur.
Keyakinan para pelabur ini, jelas beliau akan diterjemahkan dalam bentuk kadar faedah rendah ke atas kertas-kerta hutang yang diterbitkan.
"Saya tidak terkejut kadar faedah itu boleh turun sehingga 1% berbanding kadar sedia ada yang diterjemahkan kepada penjimatan sebanyak RM6.5 bilion setahun," ujarnya.

Kalau rajin nak baca: JAWAPAN KEPADA NAJIB BAGAIMANA PAKATAN HARAPAN BOLEH TADBIR MALAYSIA TANPA GST

'Malu' ada dalam kamus orang politik ke?

$
0
0
Siti Mariah: Mana malu Zahid pada 1MDB?
mk -  Hari ini, 11:55 tengahari
Tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap terbuka dan tidak malu dengan penahanan ramai anggota polis kerana disyaki terlibat rasuah membuka tanda tanya baru, kata seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).

Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, adakah timbalan perdana menteri itu juga "tidak malu" dengan beberapa pendedahan atau skandal lain yang melibatkan kerajaan negara ini.

Kata ketua Wanita AMANAH itu, tiada guna Ahmad Zahid menonjolkan kehebatan dirinya di depan media serta kakitangan awam dengan pengakuannya mengenai tangkapan anggota polis jika skandal berprofil tinggi lain disenyapkan.

"Memang Ahmad Zahid tidak malu mengakui bilis-bilis dari kalangan penjawat awam seperti anggota polis ditangkap kerana rasuah, tetapi rakyat lebih malu dengan pendedahan korupsi melibatkan golongan atasan seperti skandal 1MDB itu.

"Ahmad Zahid tidak boleh menggunakan hujah lemah kononnya pendedahan skandal tersebut hanyalah sebuah konspirasi asing untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam media tempatan melaporkan, Ahmad Zahid yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui beliau tidak malu untuk mengambil tindakan dan enggan berkompromi terhadap mana-mana kakitangan di bawah kementeriannya yang disyaki melakukan rasuah.

Rakyat biar ada rasa malu

Kenyataan itu merujuk kepada tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sejumlah anggota polis termasuk pegawai kanan akhir-akhir ini.

Perkembangan itu juga mendorong Polis Diraja Malaysia melakukan rombakan dalaman secara besar-besaran.

Dr Siti Mariah berkata rakyat malu apabila KDN gagal mengawal kehadiran pekerja asing di negara ini sehingga jumlahnya dilaporkan mengatasi populasi masyarakat berbangsa India pada tahun lalu.

Jika tidak dikawal, katanya, jumlah pekerja asing itu mungkin akan menjadi lebih ramai berbanding penduduk Melayu pada 2040.

"Percayalah, selagi kes seperti ini tidak dibawa ke muka pengadilan, selagi itulah tiada siapa yang percaya kepada kualiti integriti pimpinan kerajaan sekarang," katanya.

Bagaimanapun pada masa sama Dr Siti Mariah berkata, beliau "memahami" bahawa jawatan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri diperoleh hasil daripada pertelingkahan pendapat dalaman pimpinan tertinggi kerajaan berhubung 1MDB.

Justeru anggota parlimen Kota Raja itu berkata, sempena kedatangan Ramadan, rakyat perlu berazam untuk bangkit melawan kezaliman, penipuan dan penyelewengan yang sekian lama menghimpit kehidupan rakyat di negara ini.

"Biarlah rasa malu kita dengan masalah dalam negara ini dan menuntut ia ditangani segera dengan keberanian melakukan perubahan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Video inside - Zaidi ditampar: Dulu PAS kata UMNO ganas, ha...haa...hari ini apa jadi?

$
0
0
* Benarkah Mej. Zaidi provok mereka sedang demo?

Pegawai Guan Eng kena tampar depan masjid
mk -  Hari ini, 6:00 petang
Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town hari ini.
Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Portal itu melaporkan Mohamed Hafiz kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).

Tindakan Zaidi itu didakwa dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar mukanya.

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Sementara itu Zaidi berkata, dia tidak terjejas dengan insiden berkenaan malah menganggapnya sebagai perkara biasa yang perlu dilaluinya.

Bagaimanapun dia yang berpangkat major semasa menganggotai TUDM di Butterworth itu menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap.

"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang.

Tidak terganggu dengan insiden itu Zaidi cuba bertanya kepada Mohamed Hafiz itu lagi namun perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.

Bangkit isu dakwat SPR

Ditanya sama ada akan mengambil tindakan ke atas penyerangnya, Zaidi berkata, tiada cadangan untuk berbuat demikian.

"Dia pun orang dah tua," katanya.
Mohamed Hafiz (gambar) adalah seorang daripada pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang yang tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PKR sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.

Tempatnya digantikan oleh Mohd Yusni Mat Piah yang terlibat menjadi calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh pada 2013.

Kemunculan calon PAS itu disebut-sebut menyumbang kepada kemenangan BN - yang diwakili Datuk Mahmud Zakaria.

Calon kedua di kerusi itu ialah Badrul Hisham Shaharin yang dari PKR.

Mohamed Hafiz pula terlibat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan selain menjadi pendakwah di masjid dan surau.

Zaidi pula dibesarkan di Kepala Batas dan menjadi perhatian ramai apabila membangkitkan isu kesahihan dakwat digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU ke-13 lalu.

Khidmatnya bersama TUDM ditamatkan oleh mahkamah tentera pada 2014. Zaidi sempat menyertai PAS seketika sebelum berpindah menjadi anggota Parti Amanah Negara (AMANAH).

Zaidi kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP.

Politik atau Politikus Malaysia makin teruk?

$
0
0
Friday, May 26, 2017
POLITIK MALAYSIA MAKIN TERUK.......
Berikut adalah kenyataan media Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi berhubung kedudukan tiga Exco Pas yang enggan melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun kedua-dua parti tiada lagi hubungan politik.

Kenyataan Media

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
23 Mei 2017.

Jelas kini bahawa tiga Exco Selangor daripada Pas akan terus memegang jawatan masing-masing, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 akan datang diadakan.

Selepas Pas berkeras tidak mahu meletakkan jawatan mereka, nampaknya PKR  juga tiada keberanian untuk menyingkirkan tiga Exco berkenaan.

Maka, bukan saja tiga Exco berkenaan terus kekal menerima gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain daripada kerajaan Pakatan Harapan yang Pas tiada hubungan dengannya, bahkan lebih 5,000 penjawat yang lain yang terdiri daripada ketua kampung, ahli jawatankuasa surau dan masjid, pelbagai jawatan lain dalam majlis perbandaran, majlis daerah dan GLC milik kerajaan negeri masih boleh terus bergembira dengan gaji yang diterima.

Alasan yang diberikan Azmin dalam penjelasannya ialah sebagaimana perenggan kedua kenyataan media Biro Politik  yang antara lain berbunyi, "walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Pas telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar YAB Datuk Seri Azmin Ali."

Dengan kata lain, dua asas yang menjadikan tiga Exco itu dikekalkan ialah kerana mereka sedia menyokong dasar kerajaan negeri berasaskan Buku Jingga dan juga menyokong kepimpinan Azmin di Selangor.

Bukankah ini sesuatu yang pelik?

Tiada hubungan politik, tetapi masih boleh berada dalam kerajaan negeri hanya semata-mata kerana sedia menyokong dasar kerajaan negeri dan juga menyokong kepimpinan Menteri Besar?

Wakil rakyat Pas nampaknya sanggup menyokong dasar kerajaan negeri Selangor dan menyokong kepimpinan Azmin yang kedua-duanya adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan yang dimusuhi semata-mata kerana ingin mempertahankan jawatan serta gaji yang lumayan.

Kepada siapa wala' tiga Exco Pas ini sebenarnya?

Kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan yang didalamnya ada DAP dan Amanah atau kepada dasar perjuangan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR?

Bolehkah seseorang ahli politik mempunyai dua kesetiaan?

Selain itu, dengan kekalnya mereka itu dalam kerajaan negeri, bagaimana kedudukan mereka ketika kempen PRU 14 diadakan nanti?

Adakah ketika itu mereka akan terus menyokong dasar kerajaan dan kepimpinan Azmin sedangkan mereka bertanding atas tiket Pas yang bermusuh dengan Pakatan Harapan?

Kenapa kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor begitu lemah sehingga membiarkan musuh yang dikenali terus berkeliaran dalam rumah sendiri? (ShahbudinHusin 24/05/2017).

DIRECTER Gajah Menta JAM : 12:44 PM 

Adun Pas pun tipu ke?

$
0
0
Projek Lembah Binjai: Penduduk dakwa Adun Pas tipu
27 Mei 2017 | ZIKRI ABDULLAH
Penduduk Lembah Binjai membuat laporan polis terhadap Fattah dan Mumtaz

Sebanyak 14 keluarga yang rumah mereka diambil untuk memberi laluan kepada projek pelancongan Lembah Binjai membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Mat Nawi dan Exco Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana berbohong berkaitan projek berkenaan.

"Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Mumtaz Mat Nawi telah berbohong menyatakan majoriti daripada kami telah bersetuju dengan pengambilan tanah kami untuk projek Lembah Binjai," kata mereka melalui laporan polis di balai polis Binjai Kelmarin.


Menurut laporan itu Abdul Fattah membuat pembohongan itu pada 17 Mei manakala Mumtaz melakukan perkara yang sama pada 19 Mei lalu.

Menurut laporan itu, pemilik-pemilik tanah tidak pernah menerima wakil sama ada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) atau syarikat yang diberi kuasa datang memaklum, berbincang atau menyampaikan maklumat tentang pengambilan berkenaan.

"Kami hanya sedar maklumat ini melalui media setelah berlakunya pewrtaan," kata Abdul Rahman Awang Mat yang mewakili penduduk terlibat membuat laporan polis itu.

Kenyataan bohong itu katanya,cuba menutup cara pengambilan yang tidak mengikut prsedur.

"Ini satu sikap zalim yang merugikan pihak kami kerana tidak ada apa-apa persetujuan dengan projek dan kos pengambilan.

"Harga tawaran pengambilan amat rendah berbanding harga pasaran," katanya.

Beliau berharap pihak polis segera membuka fail siasatan berkaitan penganiayaan yang dilakukan terhadap penduduk terlibat.

Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AUEI Teras Holdings Sdn Bhd (AUEI) bernilai lebih RM100 juta bagi melaksanakan Pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Fattah Mahmood, dilapor berkata, projek di kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu akan membabitkan pembangunan perumahan dan pasar baru Kubang Kerian bagi fasa pertama.

Kisah Lelaki Muslim dan Wanita Yahudi di Manchester jadi tumpuan

$
0
0
Bila Lelaki Muslim Tenangkan Wanita Yahudi
mStar - Diterbitkan: Sabtu, 27 Mei 2017 5:03 PM
-fotoREUTERS

LONDON: Seluruh dunia tersentuh apabila melihat gambar seorang lelaki Muslim sedang melutut sambil menenangkan seorang wanita Yahudi pada upacara memperingati mangsa serangan di Manchester.

Gambar itu menunjukkan Sadiq Patel, yang berjubah dan memakai kopiah, memujuk Renee Rachel Black, ketika dia sedang duduk di Albert Square Manchester dan menangisi tragedi itu, di mana upacara memperingati mangsa serangan malam Isnin diadakan pada Selasa.

Gambar yang mengharukan itu dianggap sebagai simbol perpaduan di bandar ini berikutan serangan di konsert Ariana Grande yang mengorbankan 22 orang, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.

Berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan pengebom nekad yang berlaku di Manchester Arena yang boleh memuatkan 21,000 orang.

Sekeping lagi gambar menunjukkan pasangan itu berdoa bersama-sama, dengan Patel menekup mukanya dan Black menangis sambil menundukkan kepala.
Patel juga, dalam satu lagi foto dilihat membiarkan Black yang berjalan dengan tongkat merangkul lengannya ketika mereka berjalan bersama-sama.

Sebelah lagi tangannya dilihat memegang bangku milik Black.

Tindakan pasangan ini mencetuskan reaksi penuh emosi di media sosial.

Pengguna Twitter @taseulima berkata: "Gambar seperti ini hanya membuatkan hati saya cair."

Seorang lagi pengguna @QudsiyaMashhadi, menganggapnya sebagai sesuai yang memberi inspirasi.

'Mula ikut budaya BN': Tang ni aku setuju dengan Zaid

$
0
0
Zaid kesal pembangkang mula ikut budaya BN
mk  -   Hari ini, 5:02 petang
Bengang dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menuduh pembangkang mula berkelakuan atau terikut-ikut dengan budaya BN.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata perbezaan ideologi politik dan pendapat tidak seharusnya menjadi alasan untuk bersikap biadap dan tidak menghormati, terutama kepada mereka yang berusia.

"Bila saya cadangkan dalam blog saya bahawa calon perdana menteri pembangkang seharusnya
dipilih selepas menjalankan analisis mendalam dan perbincangan terbuka di kalangan parti-parti dalam gabungan itu, seorang pemimpin muda PKR membidas saya.

"Itu adalah tidak wajar. Ini serupa dengan tindakan (menteri Umno Datuk Seri) Nazri Abdul Aziz yang menyelar bahawa saya seorang 'ahli politik yang gagal’.

“Saya tidak mengharapkan kata-kata yang sopan dari Nazri, tetapi saya mengharapkannya daripada seorang calon perdana menteri masa depan negara ini," katanya, merujuk kepada Rafizi.

Menurut Zaid, yang kini adalah anggota DAP, pembangkang mula mempamerkan budaya politik yang sama dimiliki BN.

"Apabila bakal perdana menteri berkata 'kita boleh bebaskan Anwar supaya beliau menjadi PM dua minggu selepas memenangi PRU-14,' beliau mempamerkan sikap yang tidak menghormati undang-undang dan proses yang terlibat dalam mendapatkan pengampunan untuk banduan.

"Beliau berpendapat Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Yang di-Pertuan Agong akan bertindak mengikut kehendak kerajaan baru.
"Saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada anggota Lembaga Pengampunan jika mereka menolak. Adakah kerajaan baru akan mengenakan tekanan atau memecat mereka yang tidak mahu mengampunkan Anwar dalam dua minggu?” soalnya dalam catatan terbarunya di blog.

Di sebalik ini, kata Zaid, tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang berani untuk menegur kenyataan bakal perdana menteri itu.

“Tidak ada yang berani untuk berkata bahawa kita tidak boleh mempamerkan sikap sedemikian dan mesti sebaliknya sentiasa mengawal diri apabila memegang tampuk kuasa.

“Bukankah apa ini yang menjadi perjuangan pembangkang?" soalnya.

Video: Kenapa Peguam Hisham Fauzi tinggalkan PAS


Payudara meletup diramas lelaki

$
0
0
PAYUD4R4 wanita meletup darah dan lendir bertaburan selepas D1R4M4S kuat oleh teman lelaki
PENGUNJUNG sebuah kelab malam popular di ibu negara gempar apabila seorang wanita tempatan pengsan di lantai berlumuran darah akibat payudaranya ‘meletup’ memercikkan cairan melekit.

Menurut portal antarabangsa, insiden yang sebenarnya berlaku pada malam minggu lalu itu menyebabkan ratusan pengunjung premis yang dirahsiakan namanya cemas seketika apabila menyangka ada pembunuhan kejam berlaku.

Menurut sumber polis yang enggan didedahkan namanya, mangsa dikenal pasti sebagai penduduk Kuala Lumpur yang sering mengunjungi kelab malam itu untuk berhibur dengan menari sambil mabuk akibat pengaruh alkohol.

“Saya kebetulan dekat wanita seksi itu yang bersama seorang lelaki tinggi lampai mungkin warga Barat sepanjang malam berpegangan erat tangan dalam keadaan khayal,” kata seorang saksi yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut beberapa saksi lagi, pasangan itu berdakapan agak ghairah dengan si lelaki asyik memasukkan tangannya ke dalam skirt mini sambil meramas bahagian pejal montok buah dada wanita muda tersebut beberapa kali.

“Mereka langsung tidaa perasaan malu sehingga menyebabkan beberapa pengunjung menegur pasangan itu agar pergi melakukan hubungan seks di dalam bilik hotel berdekatan jika tidak tahan,” kata seorang saksi lain pula.

Namun kira-kira pukul 1.30 pagi, ketika lelaki tersebut khusyuk meramas kuat payudara pasangannya, tiba-tiba buah dada wanita itu meletup menyebabkan cairan bertaburan di lantai dan wanita berkenaan menjerit kesakitan.

Mangsa kemudian rebah mengakibatkan ramai pengunjung yang sedang menari turut panik ketakutan melarikan diri apabila mereka pada mulanya menyangka wanita itu diserang kerana bahagian buah dadanya dipenuhi darah.

Beberapa pengawal keselamatan kemudian bergegas memberi bantuan kecemasan dan kawasan itu ditutup untuk membolehkan pasukan perubatan yang datang melakukan rawatan awal sebelum dibawa ke sebuah hospital.

Pihak polis yang tiba juga menutup kelab malam itu sepanjang hari untuk siasatan forensik manakala mangsa dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan untuk membaik pulih payudaranya yang agak rosak dipicit kuat.

Doktor mengesahkan bahawa buah dada wanita berkenaan dijangka mengambil masa agak lama untuk dipulihkan kembali kepada asal manakala pesakit tersebut bakal mempunyai kesan parut dan emosi untuk jangka masa lama.

Dalam pada itu, siasatan awal mendapati mangsa mungkin pernah menjalani pembedahan kosmetik untuk menjadikan payudaranya montok hebat di luar negara dengan kos murah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA - terlajakover

Diugut bunuh kerana cabar Hadi?

$
0
0
PAS dah terkena tempias angin Daesh ke?
Ini ugut bunuh dan......
Baru-baru ni Mej. Zaidi di tampar di perkarangan masjid

Tetap semangat walau dakwah disekat
WARTAWAN SINAR HARIAN - 28 MEI 2017
Ahmad Awang

SHAH ALAM - Walaupun disekat daripada memberi kuliah agama di masjid di Selangor namun tidak pernah memarahkan semangat Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang untuk terus berdakwah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, sehingga kini, terdapat 14 masjid yang telah melakukan sekatan berkenaan walaupun beliau telah berceramah  atau memberi kuliah sejak 40 tahun lalu.

“Apa  yang  jadi ini buat saya lebih bersemangat untuk terus berdakwah  ke  jalan  ALLAH  SWT biar pun berdepan dengan  pelbagai rintangan.

“Jika satu menolak, insya-ALLAH ada pihak yang lain menerima khidmat saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad berkata, beberapa masjid telah menghentikan kuliah agamanya selepas beliau mengumumkan menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden Pas  pada Muktamar Pas ke-61, dua tahun lalu.

Beliau berkata, Masjid Batu 10, Cheras merupakan masjid pertama yang menamatkan perkhidmatan beliau susulan pengumuman tersebut dengan alasan pihaknya  tidak sealiran dengan Abdul Hadi di dalam Pas.

“Saya telah berdakwah dan berceramah di masjid itu sejak lebih 20 tahun. Namun selepas pengumuman saya hendak menentang Abdul Hadi, mereka terus tamatkan khidmat saya.

“Ini adalah tidak wajar kerana saya mempunyai tauliah seumur hidup untuk memberi kuliah di Selangor dan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Ahmad berkata, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang bayaran seperti dikenakan oleh kebanyakan  pendakwah  selebriti lain di negara ini.

Katanya, pada kebiasaannya beliau hanya dibayar sekitar RM100 hingga RM150 bagi satu sesi kuliah atau ceramah yang dijalankan.

“Jika  dihitung dengan kos perjalanan, ia sememangnya tak berbaloi tapi saya tidak kisah kerana matlamat utama adalah untuk berdakwah ke jalan ALLAH  SWT dan bukan untuk wang semata-mata,” katanya.

Ahmad juga tidak menolak kemungkinan larangan memberi kuliah di beberapa masjid merupakan satu tekanan politik yang diwujudkan susulan daripada tindakannya mencabar kedudukan Abdul Hadi sebelum ini.

Malah, beliau  mendakwa  pernah menerima ugutan bunuh selepas mengumumkan mencabar Abdul Hadi.

“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat  satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi.

“Selepas itu, anak saya bergegas datang ke rumah saya dan merayu supaya saya tidak meneruskan hasrat tersebut,” katanya.

Menurut Ahmad, susulan kejadian itu, beliau telah beberapa kali menerima ugutan lain namun hanya mendiamkan diri dan enggan memanjangkan perkara terbabit.

“Sudah beberapa kali saya diugut sebenarnya tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri,” katanya.

Santai petang: Ilmu apa dia pakai?

Akan ada lagikah suara siTolol yang melarang bukan Islam berbuka puasa?

$
0
0
Ayah angkat Cina seronok tengok Manja buka puasa
NUR FARHANA ABDUL MANAN - 28 MEI 2017
Chee Heng ketika berbuka puasa di rumah Manja dan keluarganya di Taman Pinggiran USJ di sini semalam.

PUCHONG - “Saya tak lihat bangsa dan agama…kalau mereka miskin, lapar dan susah kita kena bantu.. saya tak kira dia parti biru ke, kuning ke, merah ke, hijau ke kerana mereka manusia,” kata Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng.

Beliau yang dikenali sebagai Mr Kentang atau pernah digelar Hero Malaya kerana membelikan makanan untuk satu keluarga Islam berbuka puasa tahun lalu sekali lagi membuat kejutan tahun ini.

Pada 1 Ramadan kelmarin, beliau berkunjung ke rumah anak angkatnya, Siti Sirna Mohd Rashid atau lebih mesra disapa Manja membawa dia bersama kakaknya membeli juadah di Bazar Ramadan di Puchong Prima sebelum bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa.

“Saya buat ni kerana nak galakkan Manja berpuasa… biasa makan di luar, kali ini saya sertai dia buka puasa di rumahnya, seronok juga dapat makan macam-macam juadah yang kami beli di bazar malah barulah saya tahu bagaimana tak sabarnya nak tunggu azan.

“Saya galakkan semua masyarakat,kalau nak suap makanan ke mulut…jenguklah kiri dan kanan, mana tahu ada jiran kita yang tak makan..kalau kita bantu orang, kita akan rasa puas, malam boleh tidur lebih lena,” katanya.

Chee Heng berkata, dia bukan mahu mencari populariti sebaliknya kerja-kerja amal yang dipaparkan di laman sosial untuk memaklumkan kepada penyumbang yang merupakan rakannya di alam maya bahawa barang sumbangan sudah disampaikan kepada penerima.

Katanya, sudah menjadi amalannya membantu apabila melihat kesukaran orang lain termasuklah jika mereka yang bukan warganegara.

“Hidup kita sekali dan singkat…ini negara kita, kalau bukan kita bantu siapa yang nak bantu orang susah. Kalau bukan warganegara pun saya akan bantu, gembira lihat senyuman orang susah kerana ia penghargaan paling baik, dan doa mereka menjadikan saya sihat,” katanya lagi.

Sementara itu, Sirna berkata, dia terharu Chee Heng yang mesra disapa ayah datang berbuka puasa bersamanya.

“Sebelum ni ayah tak pernah pun buka puasa dengan manja lepas abah (bapa kandung) meninggal dunia lima tahun lalu.

“Rasa syukur ada ayah angkat macam Mr Kuan yang baik…tak pernah berhenti bantu Manja, mak dengan adik-beradik lain,” katanya.

Kaitan: "Orang Islam sepatutnya tidak mencapai tahap kebodohan seperti mereka (JMPP),"

Selepas menang Liga Europa, Pogba mengerjakan Umrah

$
0
0
Bintang MU Paul Pogba sambut Ramadan dengan mengerjakan umrah
Azyyati Ahmad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 28, 2017 16:20 MYT
Hanya berselang beberapa hari menang Liga Europa, Paul Pogba mengerjakan umrah dan kini berada Mekah, Arab Saudi. -Sumber Twitter

SELASA lalu Paul Pogba, 24, berjaya membawa Manchester United menjuarai Liga Europa, seterusnya menempa tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Bahkan beliau juga mencipta satu gol yang menguburkan impian Ajax bergelar juara ketika perlawanan di Stockholm, sekali gus menyaksikan United menjulang trofi ketiga mereka musim ini.

Sebaik selesai, ternyata Progba tidak mahu berterusan dalam sambutan kemenangan itu.

Hanya berselang beberapa hari, bekas pemain Juventus itu dilapor sedang mengerjakan umrah dan kini berada di Mekah, Arab Saudi.

Lapor Daily Mail, sejumlah foto daripada peminat memperlihatkan pemain termahal di dunia itu sedang melakukan ibadat tawaf, mengubah potongan rambutnya dan mengenakan ihram.

Daripada posting terakhir Pogba di Instagram, pemuda dari Perancis itu sempat berkongsi kemeriahan berpuasa di Mekah sempena Ramadan.
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live