Quantcast
Channel: mountdweller88
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live

Anwar nak musykilkan apa lagi, dah haruan berkepalakan ular!

$
0
0
Anwar musykil alasan Pas putus kerjasama politik dengan PKR
13 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim musykil terhadap dengan alasan Pas memutuskan kerjasama politik dengan partinya dan menyifatkannya sebagai tidak tepat khususnya berkaitan RUU355.

Beliau berkata, pimpinan Pas tidak meneliti kenyataan beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah yang menghormati hak Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengusulkan perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan.

"Malah Datuk Seri Najib Razaklah yang menegaskan bahawa Kerajaan Umno-BN tidak akan membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU355) sebagai urusan kerajaan, yang bermakna RUU355 akan terkubur. Anehnya Umno tidak dipersalahkan kali ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis Syura Ulamak Pas Khamis lalu mengesahkan pembatalan kerjasama politik dengan PKR, namun kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Pengumuman dibuat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam sidang media di Pejabat Agung Pas.

Menurut Zawawi, begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi yang menyebabkan hubungan politik antara Pas dan PKR terbatal.

Antara perlanggaran tersebut, ujar beliau adalah kegagalan PKR untuk menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti RUU355.

Bagaimanapun Anwar berkata, PKR telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik dengan Pas yang digarap dan dibangunkan demi cita-cita membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

"Saya mengulangi kenyataan Presiden PKR bahawa PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah PKR dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar.

"Matlamat PKR adalah jelas iaitu untuk menewaskan Umno-BN yang kleptokrat dan perasuah, dan terutama kerana mengkhianati rakyat yang semakin dibebankan dengan sara hidup yang kian meningkat," tegasnya.

Menyentuh mengenai Selangor, beliau yakin menteri besar Datuk Seri Azmin Ali akan terus menerajui negeri itu berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini.

Pulak dah.......mana satu yang betul ni?

$
0
0
Azmin tak arah letak jawatan, kata exco PAS S'gor
Lu Wei Hoong -   Hari ini, 4:45 petang
Exco Selangor dari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk meletakkan jawatan daripada kabinet negeri tersebut.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut hari ini, Iskandar berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai laporan berita kononnya Azmin mengarahkan semua exco Selangor dari PAS meletak jawatan susulan terbatalnya kerjasama politik antara parti itu dengan PKR.

"Tidak, tidak ada arahan apa jua," kata Iskandar ketika ditemui di luar acara mesyuarat speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 2017 di Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai kesahihan laporan The Star hari ini yang memetik Azmin menyeru tiga exco dari PAS untuk meletakkan jawatan, Iskandar berulang kali berkata, "Saya tidak tahu."

Apabila diasak jika laporan The Star betul, beliau berkata, "Saya tidak tahu. Tetapi saya tidak menerima apa-apa (berita),".

Tambahnya, pertemuan dengan Azmin semalam adalah 'sangat baik'.

Pas putus dengan PKR: Razif pun tumpang semangkok, memang puji bersebab.....

$
0
0
Ambil ikhtibar keputusan Pas putus dengan PKR
SH - 13 MEI 2017
Ahmad Razif Abdul Rahman

KUALA NERUS - Keputusan Pas memutuskan  tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR menunjukkan parti itu sedar bahawa ia mempunyai matlamat berbeza dengan parti pembangkang lain, kata Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata langkah Pas itu seharusnya menjadi iktibar kepada bekas pemimpin Umno yang berpaling tadah supaya meneliti semula keputusan mereka  untuk bersekongkol dengan pihak pembangkang bagi menjatuhkan BN dan Umno.

"Kita sedih sebab bekas pemimpin-pemimpin Umno bila dia marah pada (pemimpin ) Umno dia pergi pada seberang (pembangkang)....  (tindakan) ini akhirnya akan merosakkan Melayu dan Islam," katanya ketika berucap pada program Karnival Semarak Desa Daerah Kuala Nerus di Kampung Telaga Daing di sini, hari ini.

Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta.

Setiausaha majlis itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Sementara itu,  Ahmad Razif yang juga Menteri Besar  turut memuji tindakan pemimpin Pas yang kini dilihat semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan Umno terutama dalam agenda membangunkan Islam dan Melayu.

"Dah mula nampak bibit-bibit itu (kerjasama Pas dan Umno) di Terengganu apabila baru-baru ini Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan Exco negeri, A Latiff Awang dan Datuk Pehemi Yusoff  hadir (pada majlis)  meletakkan tukun di perairan Marang.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga berulang kali mempelawa pihak yang bersama dengan Islam termasuk Pas untuk bersama-sama dengan Umno melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam di bumi ALLAH ini... kita nampak ia semakin membuahkan hasil," katanya. - Bernama

Baca apa kata Ku Li sepenuhnyadi sini

Halau 'hantu 13 Mei'

$
0
0
Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'
13 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyeru pihak yang sudah lemah dan bersikap rasis serta sempit dalam beragama agar memberikan ruang kepada pemimpin baharu bagi memelihara dan menjaga negara ini berteraskan negara bangsa untuk Malaysia.

Sempena dengan 13 Mei yang menjadi sejarah hitam bagi negara ini, beliau turut menyeru rakyat menolak mesej kebencian kaum agama oleh sesetengah pihak.

Hal ini katanya kerana dalam suasana kleptokrasi dan salah guna kuasa pihak yang memerintah, kebencian kaum dan agama mudah menjadi alat mencapai maksud sempit sesetengah golongan apatah lagi jika ia diinsitusikan dan diberkati oleh golongan agamawan dan tokoh masyarakat.

"13 Mei 1969 bukanlah sejarah yang hendak dibanggakan, ia seharusnya sejarah negara yang meninggalkan bekas pengajaran kepada generasi pewaris.

"Sesebuah negara terpaksa melalui proses melalui detik pahit dan manis dari peristiwa yang membentuk jatidiri dan semangat patriotik mereka. Kini setelah 48 tahun berlalu peristiwa 13 Mei masih berbekas dan menjadi bahan cerita sesekali ditokok tambah dengan mitos dan kisah lagenda," katanya.

Amat malang katanya apabila bekas perbalahan kaum berdarah itu disuburkan oleh sesetengah pihak dengan membawa agenda rasis diselit dengan kebencian agama.

"Masih lagi ada seruan 'bahaya bangsa asing (kaum Cina)''bela bangsa (Melayu) 'pendatang' dan 'perpaduan Melayu'," katanya.

Sebaliknya beliau berkata, peristiwa 48 tahun lalu patut menjadi sempadan agar rasisme dan agama sempit tidak menjadi aturan dalam hubungan antara kaum.

"Kita wajib menghalau gangguan 'hantu 13 Mei' menggunakan 'jampi Bangsa Malaysia' dengan tekad memelihara fondasi negara yang merangkul erti Kepelbagaian," katanya yang juga ahli parlimen parit Buntar.

'Perjanjian syaitan'?

$
0
0
Kerjasama Dr M bukan 'perjanjian syaitan', kata Wan Azizah
mk  -   Hari ini, 3:48 petang
Bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan menjalinkan perjanjian dengan syaitan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam temu bual dengan Al-Jazeera, Wan Azizah ditanya 'betapa terdesaknya untuk berkuasa' kerana menjalinkan kerjasama dengan individu yang pernah menyokong pemenjaraan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu menjawab, Mahathir menyertai pembangkang menunjukkan betapa buruknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tahap perubahan kerajaan yang diperlukan.

"Ia bukan suatu pakatan dengan syaitan, tidak. Jika individu itu sendiri, Anwar boleh memaafkan (Mahathir), bak kata pepatah 'manusia melakukan kesilapan, memaafkan itu sesuatu yang mulia'," ujar Wan Azizah.

Mahathir meninggalkan Umno dan menjadi sebahagian daripada pembangkang sejak bulan Februari tahun lepas. Beliau kini mengepalai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menjadi komponen Pakatan Harapan yang antaranya ditunjangi oleh Wan Azizah.

Sementara itu, Wan Azizah menolak soalan sama ada pembangkang kini membantu rakan-rakan bekas perdana menteri itu dalam wawancara yang dijalankan Mehdi Hasan itu yang memetik kenyataan Anwar pada 2015 'penyingkiran Najib yang diterajui Mahathir, demi beberapa kroni'.

"Saya tidak setuju. Kami tidak memintanya untuk sertai, beliau sertai kami di kehendaknya sendiri," tambahnya.

Kedudukan Kerajaan N. Selangor: Kenyataan media Amanah Negeri Selangor

$
0
0
KENYATAAN MEDIA

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Selangor

PENDIRIAN AMANAH BERHUBUNG KEDUDUKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

1. Amanah Selangor menghormati keputusan PAS membatalkan tahalluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat kerana itu adalah pilihan yang dibuat berdasarkan kehendak ahli-ahli parti tersebut. Keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Parti Amanah Negara.

2. Amanah Selangor ingin menegaskan kewajaran mana-mana parti politik yang bermaruah supaya mengambil langkah-langkah yang betul apabila telah memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan negeri.

2. Amanah Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan dan tindakan berhubung kedudukan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor setelah mereka mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan dan bertindak keluar dari Blok Pembangkang. Bagi kami, kepentingan bersama di dalam Pakatan Harapan mengatasi kepentingan mana-mana parti komponen di dalamnya. Pimpinan Pakatan Harapan wajar membuat kata putus secara konsensus dalam isu ini.

3. Amanah Selangor ingin menyeru kepada semua pihak supaya terus berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan tetapi juga mengambilalih Putrajaya daripada Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum akan datang. Rakyat Selangor pastinya akan menilai secara objektif perkembangan ini dan membuat keputusan yang wajar menjelang PRU14 nanti.

"Amanah Demi Negara"

Hj Ir Izham Hashim
Pengerusi Amanah Selangor.
12hb Mei 2017

Dah terbuang baru timbul cerita?

$
0
0
Mustafa Ali Agen UMNO Dalam PAS?

Tulisan Zin Mahmud yang terbaru berkenaan lawatan beliau kepada sahabat beliau yang sedang sakit, Ahmad Lutfi Othman.

Mengikut Ahmad Lutfi kecenderongan Haji Hadi Awang kepada UMNO sudah bermula sejak tahun 1998 lagi.

Kalau sejak 1998 lagi Hadi sudah cenderung kepada UMNO bermaksud ada dalang dalam PAS yang menjadi alat UMNO yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kpada Presiden PAS supaya bertindak ke arah menyelamatkan PAS.

Tugas beliau memastikan PAS lemah dan sentiasa terkebelakang dari UMNO. Memastikan UMNO sentiasa akan menang dan gemilang.

Tahun 1998 adalah tahun di mana UMNO berada dlm keadaan yang amat lemah. Orang2 Melayu telah bersedia utk berubah dan membuang UMNO. Mana mungkin di saat itu, tiba2 Hadi Awang boleh menjadi cenderung semula kepada UMNO?

Sesiapa yang lama dalam PAS akan tahu bahawa penasihat politik paling rapat dengan Hadi Awang adalah Mustafa Ali.

Dlm kes ini, saya mengesyaki bahawa Mustafa Ali adalah agen UMNO di dalam PAS.

Mustafa Ali pernah menjadi Timbalan Menteri dan antara penyokong kuat kerjasama PAS-UMNO dlm tahun 1972. Ini bererti beliau ada hubungan terus dgn aparat2 kerajaan Malaysia.

Rujuk...
http://www.malaysiawaves.net/2015/08/mustafa-ali-agen-umno-dalam-pas.html?m=1.

Mustaffa Ali memegang jawatan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

Namun selepas Muktamar 63 PAS.Mustaffa Ali tidak dilantik lagi sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.
Punca beliau tidak dilantik kerana Mustaffa Ali dikatakan  menentang Pas untuk berbaik baik dengan Umno. Dikatakan Mustaffa dengan tidak ada jawatan dlm Pas mudahlah Pas utk berbaik baik dengan Umno..

Rujuk di bawah

Bagi Sayuti yang banyak mengamati politik Pas, pengumuman pelantikan pegawai eksekutif (kabinet) parti dibuat semalam yang menyaksikan perubahan tidak disangka-sangka itu bolehlah dianggap sebagai penyempurnaan segala kerja yang dirancang selama ini.

"Perkembangan ini -- pembentukan eksekutif itu menyebabkan sesiapa yang tahu kilasan ikan di air dapat meneka jantan atau betina, tidak dapat menafikan yang Pas akan bersanding dengan Umno," tulisnya.

Bagi beliau, mereka yang tidak menunjukkan restu perkahwinan itu adalah Mustapa Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas.

Semasa dalam muktamar baru lalu ketika menyampaikan ucapan penggulung, beliau membayangkan akan ketidak-setujuannya dengan perkahwinan Pas - Umno dengan memberi sedikit ingatan dan nasihat penuh ikhlas.

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/20-headline/8399-ketepi-mustafa-untuk-cepatkan-perkahwinan-pas-umno-dakwa-penulis

*Pencerahan*

*Seorg penulis kata Mustaffa Ali agen Umno dlm Pas.*

*Sementara itu penulis lain mengatakan Mustaffa Ali menentang usaha Pas untuk rapat dengan Umno*

*Nampak jelas apa juga yg berlaku dlm Pas akan diputar utk memburuk burukkan Pas*.

*Petang tadi saya menghubungi Pengarah Pilihanraya Negeri Johor..Sdra.Rusman bin Kemin*.
*Beliau menerangkan Mustaffa Ali yang minta untuk tidak dilantik. Supaya ada pelapis baru.Beliau bersedia untuk memberi pandangan atau tunjuk ajar kpd pelapis baru.*

*Ini disahkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man..*

*Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustafa telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyatakan hasrat tersebut sebelum pemilihan berlangsung.*

*"Cikgu Pa minta supaya kalau boleh diberi laluan kepada tokoh baru kerana dia sudah lama dan pada pandangan beliau juga, sudah sampai masanya barisan pelapis diangkat"*.

https://m.malaysiakini.com/news/381661

*Pas tetap teguh dengan Budaya Politik Matang dan Sederhana...*

IbnukhatirJDT
#Mampu Center.

Maaf.......blog tak update dah lebih seminggu

$
0
0
Assalam Pengunjung semua

Saya mohon maaf kerana sudah seminggu lebih blog ini tidak diupdate.

Sebenarnya dalam tempoh itu saya berada di luar kawasan.

Harap maklum.  Terima kasih di atas kunjungan dan komen anda semua

Azmin - PAS: Langkah kartun atau langkah santun?

$
0
0
Setiap Selasa Azmin jumpa sultan, tapi...
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR- 20 MEI 2017
Setiap Selasa Azmin jumpa sultan, tapi... Mohamed Azmin bersama-sama tetamu kehormat bergambar dengan penerima anugerah pada Program Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, petang tadi.

SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak sebarang spekulasi kononnya beliau membincangkan Kedudukan exco Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi tadi.

Sebaliknya, Mohamed Azmin menegaskan, kehadirannya mengiringi Sultan Sharafuddin adalah bagi menziarah dua makam diraja dan hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab rasminya di negeri ini.

"Itu program (ziarah) makam. Saya berjumpa Tuanku setiap minggu iaitu pada setiap hari Selasa ," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Kedudukan exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor menjadi persoalan selepas Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Mohamed Azmin yang hadir pada Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita AMK, di Petaling Jaya, malam semalam berkata, PKR sentiasa terbuka untuk berbincang dengan Pas berhubung status tiga exco Pas iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam pentadbiran Selangor.

Mengulas tindakan segelintir ahli PKR keluar parti dan menubuhkan Parti Harapan Malaysia (PHM) yang digerakkan bekas Pengerusi Kelab Akar Umbi PKR Malaysia, Johari Musa, Mohamed Azmin menjelaskan, setiap rakyat boleh buat keputusan kerana negara ini mengamalkan proses demokrasi.

"Biarkan mereka buat keputusan. Sesiapa boleh pilih parti mana yang mereka inginkan, tetapi akhirnya rakyat juga yang akan membuat keputusan," katanya.

Episod pening: Dahlah buang maruah, apa lagi yang PAS mahukan?

$
0
0
Pas nyatakan pendirian jika exco Selangor dipecat
21 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sallehen Mukhyi

Pas hanya akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun di Selangor jika tiga exco dari parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris bahawa semua Adun Pas di Selangor bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu benar, selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," katanya seperti dipetik Sinar Online.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, setakat ini Pas tidak pernah berbincang berhubung tindakan yang akan diambil parti itu sekiranya tiga exco parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kita tak bincang sampai ke peringkat exco dipecat. Kalau exco Pas dipecat, saya tidak dapat jawab apa-apa setakat ini," katanya.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan PKR seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulamak parti itu yang membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Untuk setakat ini, Pas tak akan bincang dengan PKR soal calon bagi hadapi PRU-14.

"Kalau dulu, orang Pas boleh panjat pokok kelapa pasang bendera PKR, sekarang PKR dan Pas kena panjat sendiri," katanya.

Ditanya, adakah Pas akan berubah fikiran dengan menjalin semula kerjasama dengan PKR di saat-saat akhir bagi menghadapi PRU-14, Sallehen berkata, beliau tidak mahu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Mungkin ada perubahan-perubahan baru dan ada keadaan jauh lebih baik.

"Saya pun tak nak menjangkakan apa yang ada ini kekal. Buat setakat ini, begitulah keputusan yang kita buat," katanya.

Sementara itu, Azmin menyatakan pihaknya belum memaklumkan kepada Istana Selangor mengenai penamatan hubungan kerjasama politik antara Pas dan PKR.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata setakat ini, tiada perbincangan dibuat mengenai kedudukan tiga exco Pas dalam pentadbiran negeri itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jenazah pelajar tahfiz: Benarkah cerita ni?

$
0
0
Benarkah cerita ni?

EKSKLUSIF!! Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya. 

Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. 

Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya   itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya Allah. Allah maha berkuasa,”kongsinya lagi.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT. - via WhatsApp

Nipis sangatkah Iman masyarakat Islam Malaysia?

$
0
0
“Tuhan Hannah Yeoh”: Pensyarah UUM patut banyak istighfar
Pada 19 Mei 2017
oleh Jamaliah Jamaluddin
Pada bulan lepas, saya telah membeli sebuah buku bertajuk “Becoming Hannah” apabila berpeluang untuk menemuramah Hannah Yeoh sebagai tetamu khas bagi program rancangan “Helo Roket”.

Helo Roket merupakan sebuah program temubual DAP bersama-sama dengan pemimpin – pemimpin politik bagi membincangkan isu-isu semasa Malaysia.

Pada mulanya, membaca buku tersebut boleh dikatakan sebagai “homework” saya, kerana telah menjadi kebiasaan saya untuk membuat sedikit kaji selidik mengenai tetamu khas Helo Roket sebelum menemuramah mereka pada setiap episod. Tetapi tidak lama kemudian, “homework” tersebut telah menjadi biografi kegemaran saya.

Tidak dinafikan, buku Hannah Yeoh memang menarik untuk dibaca dan berjaya menyentuh hati saya. Buku beliau telah menjadi sumber inspirasi buat saya, kerana saya juga seorang yang masih baru dalam perjuangan politik, dan buku tersebut telah membantu memberikan ilham dan kekuatan pada diri saya, apabila isi kandungannya menceritakan perjalanan seorang rakyat Malaysia dalam mengorbankan dirinya demi melakukan sesuatu untuk tanah airnya.

Saya merasa begitu terkait dan terharu, kerana saya juga terpanggil untuk menyumbangkan sesuatu untuk tanah air ini. Saya mahu bangkit berjuang seperti beliau untuk memastikan tiada kekesalan dalam diri saya pada kemudian hari, apabila tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan negara kami daripada kleptokrasi.

Namun, isi kandungan buku ini jauh sekali daripada mampu mencabar atau  mengugat keimanan diri saya terhadap Tuhan saya.  

Keimanan saya tidak akan tercabar hanya kerana kisah pengalaman Hannah Yeoh didalam buku biografinya. Pada saya, ianya terletak ditangan Tuhan, bagaimana Tuhan hendak menunjukkan jalannya pada umat yang lain, walaupun umat itu bukanlah seseorang yang beragama Islam.

Itu adalah keputusan takdir daripada-Nya dan bukanlah hak saya ataupun sesiapa yang lain untuk menghukum ataupun menilai takdir tersebut. Namun, tidak kiralah apa jua takdir Hannah Yeoh, pengalaman beliau tidak mewakili pengalaman umat di seluruh alam dan tentu sekali tidak akan menjejaskan kepercayaan saya terhadap agama saya.

Jujur saya katakan, saya merasakan begitu terkesan sebagai seorang umat Islam, apabila Kamarul Zaman Yusuff mengatakan bahawa buku biografi Hannah Yeoh itu mampu mencabar keimanan dan ketakwaan saya. Kenyataan Kamarul Zaman menggambarkan bahawa seolah-olah begitu tipisnya keimanan umat Islam di Malaysia, dan begitu senang iman itu boleh dimusnahkan, hanya dengan sebuah buku biografi yang ditulis oleh seorang ahli politik.

Pada saya, jikalau iman seseorang itu boleh digugat sebegitu senang oleh sebuah buku biografi, maka masalah keteguhan iman seseorang itu terletak pada dirinya sendiri dan bukannya tanggung jawab Hannah Yeoh.

Sepanjang kerjaya politik Hannah Yeoh sebagai seorang wakil rakyat, beliau pernah menghadiri pelbagai jenis program-program perayaan umat Islam di dalam masjid mahupun surau. Namun beliau tetap seorang penganut agama Kristian yang begitu komited terhadap kepercayaannya.

Jika ini merupakan satu pengajaran buat saya, maka pengajaran itu adalah kita harus yakin terhadap kepercayaan agama kita, dan bukannya begitu mudah untuk melepaskan akidah kita hanya kerana mengetahui tentang pengalaman hidup orang lain.

Untuk Kamarul Zaman, mungkin dirinya kagum dengan kehebatan “Tuhan Hannah Yeoh”. Namun bagi saya, itu adalah kelemahan iman diri Kamarul Zaman sendiri dan ingin saya menasihatkannya supaya perbanyakkan istighfar.

Pada saya, tidak kiralah apa-apa cerita ataupun kisah yang telah ditulis oleh Hannah Yeoh, tidak perlulah kita sebagai umat Islam untuk kagum terhadap kepercayaan atau Tuhan orang lain, jika kita benar-benar mempunyai akidah yang kuat.  

Pengalaman Hannah Yeoh semestinya tidak boleh dibandingkan dengan pengalaman ataupun kepercayaan saya kepada Tuhan saya. Malah, jika seseorang umat Islam boleh dipengaruhi dengan begitu senang ataupun terpujuk hanya dengan sesebuah penulisan, maka ingin saya persoalkan, bagaimana pula dengan filem-filem Hollywood yang selalu menyebarkan ajaran agama Kristian? Adakah perlu diharamkan juga?

Bagaimana pula dengan dakwah-dakwah Kristian yang begitu senang didapati dalam laman web sosial seperti “Youtube?” Adakah perlu diharamkan juga?

Dan akhirnya, begitu banyak negara-negara barat yang majoriti rakyatnya adalah penganut agama Kristian. Adakah kita perlu mengharamkan umat-umat Islam di Malaysia untuk melawat ke negara-negara tersebut?

Jika jawapannya “ya”, berapa banyakkah lagi perkara-perkara yang perlu kita haramkan untuk memastikan supaya iman umat-umat Islam di Malaysia ini tidak tergugat?

Kamarul Zaman jelas telah mengejek kepercayaan dan keimanan saya. Maaf, tetapi iman saya terletak pada diri saya sendiri dan bukannya pada orang lain.

Oleh itu, kenyataan Kamarul Zaman merupakan satu penghinaan terhadap saya dan umat-umat Islam di Malaysia, kerana kenyataannya telah memberikan gambaran seolah-olah iman umat-umat Islam di Malaysia ini adalah senipis kulit bawang.

Pada saya, komitmen Hannah Yeoh terhadap kepercayaan agama beliau adalah soal peribadi beliau dan saya menghormati kepercayaan beliau.

Malah, saya lebih senang dengan seorang wakil rakyat yang memilih untuk komited terhadap kepercayaan agamanya daripada seorang wakil rakyat yang komited terhadap kesenangan dan kekayaan hidup di dunia. – Roketkini.com

*JAMALIAH JAMALUDDIN ialah hos untuk program temubual “Helo Roket” yang disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook DAP Malaysia.

Takkanlah Exco Kerajaan Kelantan payah untuk diberi gelang besi?

$
0
0
'Gelang besi' untuk exco kerajaan Kelantan
21 Mei 2017 | ARIF ATAN
Ustaz Hamid Derani

Bekas ahli dan penceramah Pas menganggap tindakan untuk mengheret mana-mana Exco Kerajaan Negeri Kelantan ekoran kes rasuah dan salah guna kuasa bukan mustahil untuk dilakukan.

Ustaz Hamid Derani berkata, hal ini memandangkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menahan Exco kerajaan negeri Johor pada Mac lalu berhubung kes penyelewengan hartanah.

"Kalau Exco Johor pun boleh diberi rantai besi (gari), takkanlah Exco kerajaan negeri Kelantan payah untuk diberi gelang besi," ujarnya.

Beliau berkata, saiz Kompleks SPRM Negeri Kelantan di Lundang, Kota Bharu yang besar dengan sifat baik pemimpin badan itu wajar untuk berbuat demikian.

"Pejabat SPRM di Lundang besar. Pemimpin SPRM yang ada pada hari ini beriman, boleh jadi pak imam, pandai baca al-Quran.

"Sebab apa? Untuk ikat ustaz-ustaz yang pandai baca al-Quran," bidasnya dalam ceramah di Tendong, Pasir Mas Kelantan semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas juga dilihat cenderung memenuhi kehendak syarikat pemaju berbanding rintihan rakyat seperti yang berlaku pada cadangan membina kondominium 24 tingkat di tapak sebuah tadika bersebelahan Masjid Sultan Muhammad II atau dikenali sebagai Masjid Telipot di Kota Bharu.
Masjid Telipot

"Sedih. Jemaah, ahli jawatankuasa Masjid Telipot buat rayuan, solat hajat. Adakah Almarhum Tok Guru Nik Aziz ingatkan pemimpin-pemimpin Pas selepasnya, kalau masjid minta tanah, jangan beri, beri pada pemaju sebab dapat untung?

"Kalau masjid tak untung satu sen pun. Ada Tok Guru pesan begitu?" tempelaknya merujuk kepada bantahan lebih 100 penduduk di kejiranan Jalan Raja Dewa, Telipot di kawasan terbabit berhubung cadangan projek komersial di tanah seluas 0.68 hektar itu.

Ustaz Hamid turut menyebut tentang gaya hidup mewah pemimpin Pas yang jauh berbeza dengan penampilan mereka apabila bergaul dengan rakyat selain pada masa sama sebahagian besar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) milik parti itu masih dalam keadaan daif.

"Tok Lebai yang jual agama ini masuk jumpa rakyat jumpa pengundi orang kampung, cari pakaian lusuh, pergi kampung pakai jubah kedut nak royak (cakap) dia zuhud.

"Tapi (kereta) ada (nombor pendaftaran) PAS 12, PAS 9. Mari jumpa orang kampung, masuk kedai kopi, 'ana puasa' sebab tengok 14 meja.

"Sedih tak sedih cuba periksa sekolah Pasti di Tumpat. Anak saya lima orang ngaji di Pasti. Kadang-kadang anak menangis nak buang air besar tak boleh sebab di sekolah (Pasti) tiada tandas.

"Bangunan bocor, tikar sehelai tak beli. Guru Pasti berapa ratus ringgit dibayar gaji tetapi pemimpin Pas di Tumpat ada rumah dekat harga RM10 juta.

"Saya tahu pemimpin Pas ada kondominimum 14, 15 buah di Kuala Lumpur dan Selangor," dakwanya.

Kohilal 

Beliau juga menyelar kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas yang lebih mudah berurusan dengan pihak pemaju berbanding penduduk kampung.

"Pergi pejabat Tumpat, Pasir Mas, geran tanah dalam masa setahun tapi syarikat korporat nak cepat, derma pada tabung.

"Tabung pula tiada pemegang dan penerima tetap. Masuk sebanyak mana dalam tabung pun kita tidak tahu. Habis licin," tegasnya.

Beliau memberi contoh nasib yang dialami pelaburan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) yang jatuh muflis sekaligus puluhan juta ringgit wang ahli Pas lesap.

"Ingat atau tidak, Pas buat saham Kohilal? Berjuta-juta pungut duit daripada ahli Pas. Setelah saham Kohilal tutup ranap, seringgit pun modal tak pulang.

"Jutaan duit ahli Pas masuk saham Kohilal, duit pelabur tidak dibayar, jangankan kata untung, pokok pun tidak dibayar," bidasnya.

Pada masa sama, kerajaan negeri Kelantan gagal menyediakan infrastruktur, jelasnya, sehingga memaksa rakyat Kelantan mengeluarkan wang sendiri bagi membiayai kos membaik pulih jalan raya.

"Rakyat, pengundi merayu mohon kambus lubang jalan. Apa pemimpin Pas jawab? Nak berjuang kebendaan duduk dalam Umno. Kita (Pas) berjuang nak akhirat.

"Orang kampung berjumpa pula penyelia Umno tetapi Umno kata mereka tidak menang. Akhir sekali, orang kampung tiada pilihan lain, pakat sedekahkan RM10, RM50.

"Beli pasir, simen, batu. Pakat hari Jumaat, Sabtu buat jalan. Setelah siap jalan, wakil rakyat Pas datang. 'Rebut saham akhirat,' katanya. Kena pada dia sokmo," bidas Ustaz Hamid.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan yang bakal mengambil alih Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti akan menyiasat isu penyelewengan hartanah di negeri pantai timur itu.

"Kita minta parti baru ambil alih bumi Kelantan biar siasat A sampai Z. Tanah kerajaan negeri yang dijual kepada syarikat. Berapa jumlah sebenar kerajaan negeri terima?

"Berapa juga Tesco bayar sebab kita tahu kerajaan negeri tidak terima wang sebanyak itu," tambah Ustaz Hamid lagi di Pejabat Peduli Rakyat Dun Tendong.

Mereka yang mendakwa sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya

$
0
0
PENYOKONG SAYA
22 May 2017 

1.Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

2.Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.

3.Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.

4.Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO, terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.

5.Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.

6.Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.

7.Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.

8.Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.

9.Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.

10.Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.

11.Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia. - sumber

Bot TLDM hilang: PNK Sedili muncurah bakti walau tidak diminta

$
0
0
70 nelayan bantu kesan bot TLDM yang hilang
MASTURAH SURADI - 22 MEI 2017
Bidin (kiri) ketika ditemui media di LKIM Tanjung Sedili. – Foto Sinar Harian

KOTA TINGGI - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili di sini mengambil inisiatif sendiri menggerakan lapan buah bot besar dan 10 buah bot kecil yang disertai kira-kira 70 nelayan dalam usaha membantu pihak berkuasa mengesan sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana yang hilang Sabtu lepas ketika mengusir bot nelayan asing.

Ahli Lembaga Pengarah PNK Sedili, Bidin Sulong berkata, operasi mencari yang digerakkan bermula jam 8.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kehilangan bot tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dari Pengurus Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurutnya, kawasan pencarian yang dilakukan melibatkan 29 batu nautika dari Pulau Aur ke Desaru.

"Kita pihak nelayan mengambil inisiatif sendiri membantu pihak berkuasa dengan menggerakkan nelayan kita yang berada di perairan untuk turut sama mencari kapal berkenaan meskipun tiada bantuan rasmi yang diminta pihak berkuasa.
Nelayan PNK Sedili bersiap sedia untuk turut serta dalam operasi mencari bot TLDM KD Perdana yang hilang Sabtu lepas ketika mengusir bot nelayan asing.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bot milik TLDM hilang ketika usir nelayan asing]

"Apabila berlaku kejadian seperti ini, sebagai nelayan kita sering memberikan pertolongan untuk membantu pihak berkuasa kerana kita mempunyai ahli yang sentiasa berada di laut.

"Bot kita lengkap dengan sistem kedudukan global (GPS) dan pencarian yang kita lakukan membabitkan pencarian secara rawak mengikut kaedah nelayan,"katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks LKIM Tanjung Sedili di sini.

Apa nak jadi: Pegawai Polis tembak isteri sendiri

$
0
0
'Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal' - status terakhir sebelum ditembak suami (Inspektor)
9:41 AM
SERIAN, SARAWAK - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga anggota polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya malam tadi, yang melarikan diri selepas menembak mati isterinya yang hamil dua bulan. 

Suspek berusia lewat 30-an yang juga Inspektor Polis, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga itu ditahan jam 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mengesan suspek. 

Polis turut merampas sepucuk pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut. 

Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak suspek di rumah keluarga mangsa di Kampung Kakai, Serian. 

Siasatan awal mendapati, suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga. 

Ibu mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan. Jirannya, anggota polis bantuan yang terdengar jeritan ibu mangsa segera bergegas ke rumah tersebut dan mendapati mangsa telah mati. 

Lapor Berita Harian, mangsa berkahwin dengan suspek di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak. Perkahwinan itu adalah perkahwinan kedua mangsa dan juga mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu. 

Selepas berkahwin, mangsa tidak bekerja dan pernah memuat naik status di Facebooknya, 

"Bergembiralah, anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal."

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti apa motif sebenar pegawai berkenaan membunuh isterinya. 

"Fokus siasatan tertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek," katanya. - TR

Wanita 23 tahun bersalin seorang diri dalam tandas.......

$
0
0
Wanita bersalin dalam tandas rumah sewa, rupa-rupanya...
4:12 PM  Santai
Gambar hiasan

Viral di laman Twitter seorang wanita berusia 23 tahun bersalin seorang diri dalam tandas sebelum disedari oleh rakan serumahnya. Apa yang mengejutkan ialah, teman lelakinya berusia 16 tahun. 

Menurut AujiJiji yang mendedahkan kejadian itu, bayi terbabit kini berada di ICU kerana jangkitan kuman. Ibunya selamat namun kemaluannya koyak teruk kerana mengeluarkan bayinya sendiri. - sumber

Dari Twitter AujiJiji

Kawan aku baru cerita housemate dia bersalin dalam toilet malam tadi. Tanya mana husband dia, tak jawab. Rupa-rupanya tak kahwin lagi. 

Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Yang lelaki datang sekejap, kemudian nak balik sebab "Mak suruh balik rumah.."

Ye, lelaki itu baru berumur 16 tahun dan perempuan ini pula berumur 23 tahun. Perempuan itu dah tak ada mak dan ayah. Lagi kasihan. 

Perempuan itu tak bekerja, yang lelaki itu pula bekerja di Baskin Robin. Macam mana entah makan minum perempuan itu selama ini. 

Kawan aku bawa dia pergi ke hospital, baru tahu cerita ini semua. Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Perempuan itu okay, tak tumpah darah. Tetapi vagina dia koyak teruk sebab dia keluarkan baby itu sendiri. 

Barang baby satu pun tak ada. Kawan aku dahlah tak tahu apa nak jaga orang pantang. Aku tolong mana yang mampu sebab kasihan. Perempuan itu tak tahu ke bahaya beranak seorang-seorang dalam toilet?

Jadi, aku ada soalan serius. Macam mana kes ini akan diuruskan? Baby itu akan diambil oleh Jabatan Kebajikan ke? Atau macam mana? 

By the way, kawan aku kata baby bot yang keluar ini handsome. Aku cuma berharap dia tidak menjadi mangsa keadaan saja. Aku sudi nak tolong sebab perempuan ini simpan baby walaupun dia tak kahwin lagi. Dia kuat sebab tak gugurkan baby dia walaupun dia tahu dia akan menanggung malu sebab melahirkan anak luar nikah. Betul dia salah tetapi dia tak buat salah kedua bunuh baby itu. 

Terima kasih kepada yang nak beri barang baby sebab aku pun memang tengah tolong dia untuk cari barang baby. Yang tak mampu nak bantu, boleh tolong doakan baby itu ada masa depan yang cerah dan tidak menjadi mangsa keadaan. 

Siapa bakal PM: "KEADILAN syok sendiri" dan "KEADILAN gila"?

$
0
0
JANGAN AMBIL JALAN MUDAH, JANGAN CEPAT MEMBUAT KESIMPULAN

Rafizi Ramli

Kongres Nasional KEADILAN kali ke-12 yang berakhir dua hari lalu banyak menampilkan kelainan berbanding perhimpunan agung tahunan parti-parti lain. Kongres nasional KEADILAN hanya sehari, ucapannya pendek dan masanya singkat. Masa yang singkat bermakna tidak banyak ruang untuk memuji-muji pimpinan di atas. Tempoh bersidang sehari bermakna belanja menganjurkan kongres hanya sekitar RM150,000 yang tidak membebankan parti sehingga perlu mencari derma dari hartawan Arab.

Ramai yang mungkin tidak sedar itu budaya politik yang berlainan dibawa oleh KEADILAN. Budaya yang lebih menumpukan kepada pencapaian kerja dan membuang amalan-amalan politik feudal yang penuh dengan keraian dan protokol.

18 tahun lalu, sebagai anak muda berumur 21 tahun yang sedang bekerja di London, saya menyertai KEADILAN dari jauh. Saya terus dilantik menjadi EXCO Pemuda KEADILAN (ketika itu) dari London sedangkan saya tidak pernah berjumpa dengan pimpinan KEADILAN yang ada. Saya menyertai KEADILAN dari London kerana saya percaya parti ini menongkah arus dan akan berjaya membawa budaya baru.

Mendahului Pendapat Umum (“Conventional Wisdom”)

Kongres Nasional KEADILAN setiap tahun adalah pertemuan yang merayakan kepelbagaian Malaysia. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut; malah ada Orang Asal. Tidak ada satu parti pun di Malaysia yang mempunyai dan mewakili semua bangsa dan agama seperti KEADILAN.

Namun, 18 tahun lalu semasa parti ini ditubuhkan, pendapat umum (atau "conventional wisdom") pada ketika itu mengatakan bahawa parti berbilang bangsa yang melangkaui batas perkauman (dan tidak hanya memperjuangkan nasib satu kaum) tidak akan kekal lama. Hari ini, KEADILAN adalah satu-satunya parti; dan parti yang pertama dalam sejarah Malaysia yang diterima semua bangsa dan ada wakil rakyat di setiap negeri dari Perlis ke Sabah dan Sarawak.

Selepas Pilihanraya Umum (PRU) 2004, KEADILAN tinggal hanya satu kerusi Parlimen. Kami diejek sebagai parti nyamuk yang akan terkubur. Maka apabila tiga tahun kemudian, Anwar Ibrahim mengatakan pembangkang ada peluang merampas beberapa buah negeri dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam PRU 2008, semua memperlekehkan keyakinan Anwar dan KEADILAN itu. Dalam PRU 2008, KEADILAN membuktikan pendapat umum (“conventional wisdom”) ketika itu salah apabila pembangkang menidakkan majoriti dua pertiga dan sejak itu pakatan pembangkang berjaya mentadbir Selangor dan Pulau Pinang.

Apabila Anwar Ibrahim menubuhkan Pakatan Rakyat selepas PRU 2008, ramai pula yang tidak yakin pakatan pembangkang itu boleh kekal lama. Kata mereka ini gabungan "tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain". Namun, Pakatan Rakyat (yang pada mulanya tidak diyakini oleh juru komen politik) ini jugalah yang mencipta sejarah sebagai pakatan pembangkang pertama dalam negara ini yang memenangi undi popular menewaskan BN dalam pilihanraya umum.

Apabila Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail menubuhkan Pakatan Harapan tanpa penyertaan PAS, pendapat umum ketika itu mengatakan pakatan pembangkang tanpa PAS tidak mempunyai harapan. Malah ada yang mengkritik, termasuk dari kalangan pimpinan NGO dan media yang cenderong kepada pembangkang, kononnya tindakan Presiden KEADILAN itu gopoh dan cuai.

Hari ini, seluruh Malaysia meyakini bahawa pakatan pembangkang yang berpotensi untuk mengalahkan BN adalah Pakatan Harapan, bukannya Gagasan Sejahtera. Sebab itu persoalan siapa calon Perdana Menteri hanya diajukan kepada Pakatan Harapan kerana keyakinan menang itu hanya ada kepada Pakatan Harapan (dan bukannya Gagasan Sejahtera).

Saya sebut semua ini untuk menunjukkan bahawa selama 18 tahun, kesemua keputusan besar yang diambil KEADILAN mendahului pendapat umum atau "conventional wisdom" tetapi lama kelamaan kami dibuktikan benar. Anjakan besar yang dibawa oleh KEADILAN sememangnya bermula dengan diperlekehkan oleh cerdik pandai masyarakat, NGO dan media ketika itu sebelum anjakan itu benar-benar berlaku (dari wujudnya parti berbilang bangsa nasional yang pertama, wujudnya pakatan pembangkang nasional yang pertama yang kekal melebihi tiga PRU, menidakkan majoriti dua pertiga hinggalah berpotensi besar menewaskan Barisan Nasional dalam PRU akan datang).

Sebabnya ialah kerana KEADILAN adalah parti reformasi, memang idea dan pandangan kami banyak mendahului pendapat umum ketika itu (yang dibentuk oleh budaya politik masyarakat yang telah lama berakar) kerana kami membawa idea yang menongkah pemikiran ketika itu.

Persoalan Calon Perdana Menteri Reformasi

Begitu juga dengan persoalan siapa Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang: jawapan kami adalah jelas, Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan menang adalah Anwar Ibrahim. Sudah tentu pendapat umum sekarang (dari pemerhati politik, media, pimpinan NGO, juru komen di portal berita) akan berkata "KEADILAN syok sendiri" dan "KEADILAN gila" kerana Anwar Ibrahim masih dipenjara.

Sedar tidak sedar, idea-idea yang menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan banyaknya bermula dari kelantangan Anwar menentang sistem kerajaan satu parti di bawah Barisan Nasional sejak 1998 lagi. Tuntutan supaya kerajaan menghormati rakyat, kehendak supaya kerajaan lebih bertanggungjawab menguruskan wang negara, kebencian kepada rasuah yang mengkayakan elit penguasa di dalam masyarakat – ini semua adalah idea-idea reformasi yang dicetuskan dan dibawa secara besar-besaran oleh Anwar Ibrahim dan KEADILAN.

Maka sokongan kepada idea-idea ini bermakna sokongan besar kepada Anwar Ibrahim atas kecekalan beliau membawa idea-idea reformasi ini yang menjadikan rakyat sebagai “tuan” dan kerajaan hamba kepada rakyat.

Saya berani menulis sebegini kerana kenyataan di perenggan atas (bahawa sokongan kepada tuntutan berubahnya kerajaan berkadar langsung dengan sokongan peribadi kepada Anwar Ibrahim oleh sebahagian besar rakyat Malaysia) telah dibuktikan benar secara fakta melalui satu kajiselidik besar yang dijalankan INVOKE Malaysia selama tiga bulan sejak Februari 2017.

Kajiselidik yang melibatkan 18,000 pengundi itu menunjukkan, dari kalangan pimpinan pembangkang, tokoh yang mendapat sokongan terbesar untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang ialah Anwar Ibrahim. Lebih penting lagi, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya tokoh politik pembangkang yang mendapat sokongan dari semua kaum di negara ini, menjadikan beliau satu-satunya tokoh politik pembangkang yang mempunyai keabsahan moral (“moral legitimacy”) sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Kajiselidik itu akan disiarkan sepenuhnya hari ini.

Saya sebut terlebih dahulu untuk mengingatkan pembaca bahawa soal Anwar Ibrahim menjadi calon pilihan tertinggi rakyat Malaysia (dari kalangan pembangkang) bukanlah soal pandangan atau citarasa saya (seperti mana ada rakan-rakan pembangkang yang lain mempunyai citarasa dan kecenderongan masing-masing), tetapi adalah kehendak majoriti rakyat yang menyokong Pakatan Harapan yang mahukan perubahan seperti yang diperjuangkan Anwar Ibrahim sejak dua dekad yang lalu.

Sebab itu, sedang saya faham setiap parti dan pemimpin Pakatan Harapan ada calon masing-masing, saya berpendapat menidakkan kehendak majoriti rakyat itu atas perkiraan politik kerana Anwar Ibrahim berada di dalam penjara, sudah tentu akan meminggirkan majoriti penyokong Pakatan Harapan sendiri.

Kaedah Pengampunan Diraja Ada Walaupun Nampak Sukar

Tetapi rakyat tahu ada kaedah pengampunan diraja yang boleh digunakan dan membolehkan Anwar Ibrahim dibebaskan segera dan bertanding segera dalam pilihanraya kecil. Kaedah ini ada digunakan dalam kes-kes ehsan untuk membebaskan pesalah, apatah lagi dalam kes Anwar Ibrahim ia satu kes fitnah yang jelas oleh musuh politik beliau yang mahu menghentikan kemaraan rakyat menuntut perubahan.

Sebab itu walaupun pendapat umum (di kalangan kelas pertengahan, juru komen politik, NGO dan media) mungkin masih tidak dapat menerima, KEADILAN tahu bahawa apabila Pakatan Harapan menang PRU14, seorang pemimpin kanan boleh memangku jawatan Perdana Menteri (sebagai Perdana Menteri interim) dan dengan segera mengusahakan pengampunan diraja untuk Anwar Ibrahim.

KEADILAN juga tahu sahabat-sahabat di dalam DAP dan AMANAH pernah bersetuju agar Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah menjadi Perdana Menteri interim (mewakili Anwar Ibrahim) yang dengan segera akan mengusahakan pembebasan Anwar Ibrahim melalui kaedah pengampunan diraja. Saya yakin dalam masa sebulan dari tarikh kemenangan PRU14 Anwar Ibrahim boleh dibebaskan dengan cara ini dan sebulan kemudian terus bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil sebelum mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

Memang ia bukan perkara yang mudah.

Saya baca ada yang berpendapat rancangan itu terlalu bergantung kepada “jika” – jika menang, jika dibebaskan, jika boleh bertanding, jika menang dalam PRK dan lain-lain. Kesemua “jika” itu adalah keputusan politik yang berada di dalam bidang kuasa sebuah kerajaan persekutuan dan boleh dilaksanakan secara sah mengikut undang-undang dan dalam tempoh yang singkat setelah Pakatan Harapan memenangi Putrajaya.

Sebelum ini pun, ada beberapa keputusan penting yang dibuat KEADILAN selepas PRU13 yang ditolak pada awalnya juga kerana dilihat banyak bergantung kepada “jika”. Contoh terbaik ialah penubuhan Pakatan Harapan dan peluang menewaskan Barisan Nasional dalam pertandingan tiga penjuru.

Ramai juru komen, pemimpin NGO dan media yang ragu-ragu dengan Pakatan Harapan semasa ditubuhkan dua tahun lalu kerana tiada penyertaan PAS. Saya perhatikan juru komen, pemimpin NGO dan media yang sama yang kini berhempas pulas cuba menekan pimpinan Pakatan Harapan untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri, sedangkan dua tahun lalu mereka tidak yakin pun dengan Pakatan Harapan.

Mereka tidak sedar apabila mereka beriya-iya mahu mengadakan perjumpaan dengan pimpinan KEADILAN untuk mendesak dinamakan seorang calon Perdana Menteri dari kalangan pemimpin yang ada di luar (bukannya Anwar Ibrahim yang dipenjara), mereka mengakui kesilapan mereka yang menolak penubuhan Pakatan Harapan dua tahun lalu.

Begitu juga dengan persoalan peluang memenangi PRU14 apabila berlaku pertandingan tiga penjuru.

Juru komen, pemimpin NGO dan media yang sama yang lantang mengkritik konon kurangnya kesefahaman di dalam Pakatan Rakyat kerana ideologi parti-parti yang berbeza-beza, mereka juga yang tidak bersetuju dengan strategi Pakatan Harapan untuk terus mara tanpa bergantung kepada keputusan politik PAS. Mereka yakin tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak boleh menang.

Sedangkan mereka tidak sedar bahawa lanskap politik tanahair telah berubah sepenuhnya. Ia telah dibuktikan secara empirikal bahawa hanya KEADILAN yang mendapat keuntungan jika berlaku pertandingan satu lawan satu kerana hanya KEADILAN (dari kalangan parti-parti pembangkang) yang mendapat undi yang baik dari semua kaum, sedangkan parti-parti lain lebih popular dengan satu kaum sahaja.

Jika berlaku pertandingan satu lawan satu, kajiselidik demi kajiselidik menunjukkan pola pengundian berikut:

1.      Pengundi bukan Melayu (Cina dan India) tidak akan memberikan undi kepada PAS. Paling banyak PAS hanya akan mendapat sekitar 5% undi dari pengundi bukan Melayu. Di semua kerusi yang mana pengundi bukan Melayu melebihi 20%, PAS akan kalah bila berlawan satu lawan satu dengan Umno kerana pengundi bukan Melayu sama ada menyokong Umno atau tidak keluar mengundi. Dari 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, lebih 75% adalah kerusi Parlimen yang pengundi bukan Melayu lebih dari 20%.

2.     Pengundi Melayu dari Umno dan PAS tidak semestinya akan mengundi BERSATU atau AMANAH (jika pun berlaku satu lawan satu) kerana mereka menganggap kedua-dua parti itu adalah parti serpihan. Ada kemungkinan mereka membuat undi rosak, tidak keluar mengundi atau mengundi Umno! Ditambah pula dengan undi dari bukan Melayu kepada BERSATU dan AMANAH yang tidak setara dengan undi yang diperolehi DAP dan KEADILAN, maka bagi BERSATU dan AMANAH telah dibuktikan (menggunakan data-data yang telah pun diterbitkan) tidak banyak perbezaan di antara satu-lawan-satu atau tiga penjuru.

Jika saya dan pimpinan KEADILAN lain tunduk kepada pendapat segelintir wakil NGO ini dan tidak mempertahankan prinsip hanya untuk membina satu pakatan pembangkang yang melibatkan PAS (demi pertandingan satu lawan satu), ada kemungkinan kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang tidak banyak berbeza dari apa yang ada sekarang.

Tetapi kini bila semakin kelihatan pengaruh PAS dalam pertandingan tiga penjuru semakin berkurangan kerana pengundi lebih memberi perhatian kepada pakatan politik nasional yang berpotensi memenangi Putrajaya (bukannya menang beberapa kerusi sahaja), saya yakin juru komen politik dan segelintir wakil NGO ini secara diam-diam akan menerima hakikat itu.  Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi sendiri mengakui pertandingan tiga penjuru tidak semestinya mudah bagi Umno/Barisan Nasional.

Secara tidak sedar, rakyat juga akan menyiapkan minda mereka bahawa pertembungan adalah di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Keraguan dan kritikan yang kuat pada awalnya hasil “conventional wisdom” (pada ketika itu) juga akan menjadi keraguan terpencil sahaja.

Jangan Pilih Jalan Mudah

Saya berkali-kali merayu kepada orang ramai supaya tidak memilih jalan mudah dalam membawa perubahan. Saya sering mengingati bahawa mengubah nasib rakyat dan negara bukanlah percaturan di antara beberapa kelompok elit politik sahaja yang berbincang di dalam bilik mesyuarat tetapi terpisah dari rakyat terbanyak.

Perubahan yang berkekalan mesti melibatkan seberapa ramai rakyat biasa. Hala tujunya juga tidak boleh meminggirkan sentimen rakyat terbanyak yang turut serta di dalam gelombang perubahan itu, walaupun ia membawa ke jalan yang nampak lebih sukar kerana belum pernah dicuba.

Samalah juga dengan keputusan-keputusan strategik yang telah dan akan diambil oleh KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dan mempertahankan parti-parti gabungan Pakatan Harapan seperti AMANAH dan BERSATU memang nampak lebih sukar berbanding jalan mudah mengorbankan AMANAH, BERSATU dan DAP untuk memenuhi kehendak PAS, tetapi itu bukan kehendak rakyat terbanyak. Jalan mudah itu tidak melambangkan matlamat sebenar reformasi yang berteraskan prinsip keadilan untuk semua dan menentang rasuah yang membebankan rakyat.

Bersetuju bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang akan diangkat melalui kaedah pengampunan diraja dan pilihanraya kecil dalam masa beberapa bulan selepas kemenangan Pakatan Harapan juga bukanlah jalan termudah. Tetapi itu jugalah jalan yang akan mendapat dokongan paling ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum, jika benar kita mahu menyahkan Dato’ Seri Najib dari Seri Perdana.

Paling penting, rakyat Malaysia yang mahukan perubahan perlu sedar kita berada di kedudukan sekarang kerana ramainya rakyat Malaysia yang tidak bernama sebelum ini yang membantu. Ramai yang tidak pernah merasa kedudukan (hatta sekecil jawatan di dalam JKKK pun) yang turut serta. Mereka kekal menyokong usaha menggantikan sistem kerajaan Barisan Nasional sejak 1998 lagi kerana mereka tahu bahaya rasuah dan pemusatan kuasa kepada rakyat dan negara.

Sebab itu saya berdoa pimpinan Pakatan Harapan tidak mengecewakan rakyat dengan menjauhi perangkap rasuah dan mencari kedudukan yang kini menjatuhkan Umno/Barisan Nasional.  Saya berdoa Allah SWT memberi kecekalan dan keazaman agar pimpinan Pakatan Harapan tidak terpesong dari perjuangan rakyat dan tidak tewas dengan ujian berkuasa iaitu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Saya tidak kisah sangat bila ada segelintir yang mengecam pendapat politik saya; baik dari soal penubuhan Pakatan Harapan, kepada pendirian saya mengenai PAS, kepada pendapat saya bahawa Pakatan Harapan boleh menang pertandingan tiga penjuru; dan pendapat saya Anwar Ibrahim adalah calon terbaik Perdana Menteri yang boleh diabsahkan secara mudah melalui pengampunan diraja.

Saya tidak alpa bahawa Dato’ Seri Najib sendiri sudah berlatih menjeritkan “Lawan Tetap Lawan” kepada aktivis tentera maya Umno baru-baru ini seolah-olah beliau sedang bersedia menjadi pembangkang, kerana Dato’ Seri Najib pun sedar pertandingan tiga penjuru bukan jalan mudah untuk beliau.

*Rafizi Ramli adalah Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Pandan*

Rizal terperangkap kerana terlebih cakap?

$
0
0
DAP sahut cabaran Rizal, mahu butiran lawatan Rosmah
mk -  Hari ini, 1:15 tengahari
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San menyahut cabaran Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor untuk mendedahkan kos dan butiran lawatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amin Ali ke luar negara.

"Saya boleh bekalkan salinan jawapan bertulis sidang Dewan pertama tahun 2015 berkenaan dengan kos lawatan dan ekspedisi yang melibatkan portfolio pelaburan di bawah InvestSelangor bermula tahun 2004 hingga 2014.
"Pada masa yang sama, saya cabar beliau (Rizal) untuk melakukan yang sama iaitu memberi butiran terperinci lawatan isteri perdana menteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke London antara 4 hingga 7 Mei yang lalu," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Lau memohon pejabat perdana menteri untuk menjelaskan kos dan butiran perjalanan Rosmah ke London, khususnya antara 4 hingga 7 Mei.

Ini kerana, kata Lau, dua menteri kabinet yang sepatutnya mengiringi Rosmah dalam lawatan ke London tidak bersama dengan beliau dalam tempoh empat hari ini.

Menjawab persoalan itu, Rizal secara sinis berkata, selaku ADUN, Lau sepatutnya bertanggungjawab berhubung hal ehwal negeri dan bukan berkaitan Pusat.

Rizal kemudian melontarkan kembali pertanyaan kepada Lau berhubung lawatan Azmin ke luar negara seperti Taiwan dan Timur Tengah.

Mengulas lanjut, Lau berkata, beliau tidak menganggap kedudukannya sebagai ADUN sebagai 'kerdil' sehingga tidak berhak untuk bertanya tentang perbelanjaan Rosmah ke London itu.

"Maka saya menyeru Rizal untuk memberi penjelasan terhadap persoalan ini dan jawapan yang paling bagus.

"Tidak lain tidak bukan ialah untuk memberi butiran terperinci serta perbelanjaan lawatan isteri perdana menteri ke London itu antara 4 hingga 7 Mei," tambahnya.

China, gergasi yang rapuh

$
0
0
Karim Raslan, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 24, 2017 10:29 MYT
Sebuah kapal penumpang di Kaifeng, Cina. Ini adalah satu dari 28 kapal yang terlukis dalam lukisan Zhang Zheduan setinggi 5.25 meter -Qingming Shanghe Tu. Foto ehsan Muzium Istana, Beijing

KEBANGKITAN negara China telah menjadikan kita semua — terutamanya di Asia Tenggara — sejarawan amatur.

Percaya atau tidak, inisiatif “One Belt One Road (OBOR)” yang jadi tanda pengenalan Presiden Xi Jinping berakar umbi pada sejarah silam.

Kita tidak akan dapat memahami kemeriahan, retorik. malah inti pati acara “Belt and Road Forum for International Cooperation” yang menonjol di Beijing pada minggu lalu sekiranya kita memilih untuk mengabaikan sejarah.

Dengan kedudukan kita “di bawah ketiak” China, warga Asia Tenggara tidak ada pilihan lain selain daripada lebih mengenali Negara Pusat Alam ini.

Oleh kerana OBOR memberi tumpuan utama kepada bidang maritim, adalah mustahak bagi kita untuk memahami jatuh bangun sejarah kelautan China — sejak dinamisme dinasti Han, Tang dan Ming sampailah kepada kehancuran akibat sikap anti orang asing pada era Manchu Qing.

Dalam hal ini, buku Lincoln Payne setebal 774 halaman yang bertajuk “The Sea and Civilisation: a Maritime History of the World” memberikan gambaran yang mengagumkan tentang bagaimana tamadun-tamadun besar berdepan dengan cabaran di samudera.

Meneliti kejayaan dan kegagalan hubungan maritim China, saya merumuskan lima intisari utama.

Pertama: tidak ada konsistensi yang dapat ditanggap dalam hubungan China dengan Asia Tenggara. Selama berkurun-kurun, China menukar hala daripada minat yang mendalam kepada dasar pengasingan kadang-kala dalam masa hanya beberapa tahun.

Lihat sahaja bagaimana armada Dinasti Ming yang unggul di bawah kepimpinan Laksamana Zheng He (1405-1433) tiba-tiba bertukar kepada sekatan perdagangan antarabangsa yang ketat.

Ini bermakna kita tidak boleh bergantung kepada minat jangka masa panjang China terhadap rantau ini.

Ini membawa kepada rumusan kedua saya: sejarah telah membuktikan bagaimana tumpuan pemimpin-pemimpin China mudah beralih angin sekiranya stabiliti dalaman terancam. Oleh kerana saiznya yang besar, sumber yang diperlukan untuk menangani cabaran-cabaran tersebut juga besar dan memakan pendapatan negara.

Kerentanan sempadan utara dan barat China (sertaancaman kebangkitan golongan petani) menyebabkanChina mengekalkan kekuatan tenteranya dalam keadaan siap siaga sekali gus meningkatkan lagi perbelanjaan negara.

Kesannya, pemantauan dalaman jadi satu hakikat hidup– sesuatu yang berkekalan sehingga ke era Xi Jinping.

Ketiga, kepentingan strategik sungai-sungai di China,yang jadi bahagian penting sistem kesalinghubungan dalaman serta keselamatan dalam negara dan perdagangan, menyebabkan China lebih melihat ke dalam.

Selama bertahun-tahun, sungai-sungai utama — Yangtze, Mutiara dan Kuning — telah dimajukan untuk mengembangkan sistem perairan, tebatan banjir dan memudahkan pengangkutan. Jaringan terusan-terusan dan jalan air telah dibina, dan kemudian menyatu-padukan negara. Contohnya, terusan yang paling terkenal – Terusan Besar – telah menghubungkan kawasan pertanian yang kaya di bahagian Selatan dengan kawasan utara yang tandus di sekitar Beijing.

Contoh yang kurang dikenali tetapi mungkin lebih menakjubkan adalah Terusan Linggu sepanjang 36.4 kilometer yang semasa pembinaannya ketika pemerintahan Dinasti Qin antara 219 sehingga 214 Sebelum Masehi memakan korban ribuan nyawa.

Jalan air yang strategik ini menghubungkan Lembangan Sungai Yangtze dan Sungai Mutiara sekali gusmewujudkan laluan kapal dari Chang’an (ibu kota pada ketika itu) ke Guangzhou – yang memakan jarak lebih dua ribu kilometer.

Adalah penting untuk kita pelajari bahawa tumpuan terhadap perkapalan sungai telah menyebabkan industri perkapalan laut tidak dikembangkan, lantas membantutkan perdagangan dengan Lautan Selatan selama beberapa abad. 

Keempat, sebelum era enjin wap, kapal-kapal yang belayar harus mengikut musim angin monsun. Pada musim sejuk, ketika daratan lebih sejuk daripada laut, angin monsun timur laut akan bertiup dari China dan selatan Jepun. Ia bertukar arah pada musim panas apabila daratan lebih panas menyebabkan tekanan udara meningkat serta membawa ribut dari selatan.

Oleh itu, peralihan angin monsun menentukan jadual pelayaran dan menetapkan jangka masa tertentuterhadap jalan perdagangan antara China dengan Asia Tenggara.

Angin monsun di sekitar Lautan Hindi tidak teraturmenyebabkan pengembara yang mahu sampai ke pesisir pantai Malabar yang kaya ataupun lebih jauh terpaksa menunggu peralihan angin di pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara, dan ini meperlahankan perdagangan seluruh Asia.

Hal ini menyebabkan pertambahan jumlah pedagang China di sekitar Asia Tenggara yang harus bermastautin selama beberapa bulan sebelum pulang ke pelabuhan-pelabuhan di Guangzhou dan Quanzhou.

Adalah penting untuk kita ingat bahawa China tidak pernah berniat untuk menjajah dan menakluk pelabuhan-pelabuhan yang mereka kunjungi. Mereka berdagang, berehat dan belayar semula. Ini jauh berbeza dengan Portugis, Belanda dan British yang menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai perdagangan.

Sememangnya, orang Hokkien mendapat banyak manfaat pada abad ke-11 dan ke-12 dengan berdirinya Dinasti Song di bahagian Selatan yang sangat menggalakkan perdagangan.

Dengan menajamkan kemahiran pelayaran dan perdagangan, mereka kian menguasai jalan perdagangan Asia dan belayar sampai ke Afrika Timur dan Teluk Parsi.

Akhir sekali, golongan intelektual China – terutamanya Konfusius – kuat menentang aktiviti perdagangan.

Dalam Analek atau Kita Sabda Suci, Konfusiusmengatakan: “Lelaki budiman memahami adab, lelaki kecil memahami laba.”

Oleh itu, apabila cendekiawan-cendekiawan dan pentadbir Confucius memegang pengaruh besar ketika Dinasti Ming – termasuk menguasai akses kepada Maharaja – aktiviti perdagangan dan hubungan diplomasi mula terjejas.

Harus diperingatkan juga bahawa agama Buddha (agama asing dan disebarkan melalui pelayaran) telah mencabar pengajaran dan kekuasaan pemikiran Confucius. Hubungan yang tegang antara agama Buddha dan pemikiran Confucius sedikit sebanyak telah menyumbang kepada syak wasangka terhadap perdagangan di Laut Selatan, lantas membantutkan pengembangannya. 

Pada abad ke-9 dan ke-10, perdagangan antara China dengan India pesat berkembang kerana cendekiawan agama dan sami-sami mengembara antara pusat pembelajaran agama Buddha di Nalanda di Sungai Ganges dengan China, lantas membangunkan perdagangan di Asia Tenggara, terutamanya di pusat pelabuhan entrepot Sumatera di Srivijaya yang menjadi pusat transit tulisan dan artifak keagamaan ke China.

Namun, pentadbir Konfucius tetap keras mengkritik barang-barang mewah tropikal yang di-import – cendana, cengkih, cengkerang kura-kura dan tanduk badak – kerana barang-barang ini dilihat sebagai remeh.

Lazimnya, sutera dari China dan seramik tidak mencukupi untuk membayar barangan import dansyiling tembaga kemudian dieksport dalam jumlah besar untuk melunaskan pembelian tersebut, lantas menyebabkan inflasi, musuh ekonomi utama dinasti.

Kekaguman kita terhadap kebangkitan China sekarang berkait langsung dengan ketidakcekapan pentadbiran Donald Trump.

Xi Jinping adalah contoh terbaik pemimpin dunia yang tenang dan bermaruah serta sentiasa sedar akan tanggungjawabnya yang besar. Trump, sebaliknya, hanyalah seorang selebriti TV.

Walaupun kejayaan pembangunan infrastruktur China – lebuh raya, jalan keretapi, pelabuhan dan bandar – sangat menakjubkan, ini hanyalah gambaran jangka masa pendek.

Hakikatnya, masyarakat China sebenarnya menanggunghutang yang besar, ekonominya pincang dan pembangungannya sangat melampau sehinggakan ia boleh ranap sekiranya krisis penduduk berlaku – kesan dasar Anak Tunggal (“One Child Policy”) – dan jumlah pertumbuhan penduduknya mula merosot.

Pelopor hujah yang mengejutkan tetapi tidak mustahil terjadi ini ialah bekas Ketua Biro Shanghai akhbar New York Times, Howard French. Bukunya “Everything Under the Heavens: How the Past Helps Shape China’s Push for Global Power” mendedahkan masalah demografik China yang ketara.

Intipati hujah French adalah China telah tidak mengambil untung daripada kelebihan penduduknya. Kadar kelahiran (yang dijangka akan jadi 1.51 peratuspada tahun 2020) telah jatuh ke bawah tahap boleh ganti. Malah, umur median (empat puluh sembilan tahun pada 2050) sedang meningkat dengan pantas.

Semua ini bermaksud China akan menjadi tua sebelum ia menjadi kaya dan sumber yang perlu diperuntukkan untuk menjaga golongan warga emas (dijangkakan China akan mempunyai 329 juta penduduk berumur 65 ke atas pada tahun 2050, sama dengan jumlah pendudukChina, Jerman, Jepun dan United Kingdom sekarang) akan membantutkan keupayaannya untuk mengetengahkan dirinya di persada dunia.

Oleh itu, walaupun persidangan OBOR menampakkan China seperti gergasi yang bangkit, kita tidak harus lupa bahawa ia berdiri di atas tanah yang rapuh.
Viewing all 5157 articles
Browse latest View live