Quantcast
Channel: mountdweller88
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5157

Untuk apa berburuk sangka. Cuma adakah Zahid akan lakukan sekiranya Najib tidak berbuat demikian?

$
0
0
Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di hospital
TMI· Diterbitkan pada 18 Nov 2017 5:55PM
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Hamidah Khamis melawat Anwar Ibrahim di hospital hari ini. Turut kelihatan ialah anak Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham. – Gambar Twitter, 18 November, 2017.

TIMBALAN Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini, sehari selepas ketuanya Najib Razak mengunjungi pemimpin pembangkang dipenjarakan yang sedang berehat selepas pembedahan.

Foto lawatan Zahid bersama isteri, Hamidah Khamis di sisi Anwar yang berbaring di katil hospital dimuat naik akaun Twitter Zahid sekitar jam 4.30 petang tadi.

Turut kelihatan dalam foto ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.

Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor melawat Anwar semalam, isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir.

Anak lelaki Anwar, Muhamad Ihsan kemudian mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada perdana menteri atas lawatan itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat kali kedua menjalani pembedahan di bahu kanan selepas cedera dalam kemalangan ketika berada dalam kenderaan Jabatan Penjara Malaysia.

Lawatan Najib itu dipandang sinis pengguna Twitter awal hari ini kerana dakwaan dan sabitan liwat itu didakwa penyokong pembangkang dan pengkritik sebagai berunsur politik. – 18 November, 2017.

* Segi mileage politiknya adakah UMNO untung dari apa yang ketua mereka lakukan?

BerkaitanSELEPAS NAJIB DAN ZAHID, ELOKLAH MT UMNO BUAT ROMBONGAN KHAS MELAWAT ANWAR DI HKL PULA...

* Dalam pada tu Mustapa Mohamed potong stim pulak:Sanggup lawat Anwar, Najib berjiwa besar, kata menteri

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5157