Quantcast
Channel: mountdweller88
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5157

Ooh......patutler, dia bercakap di hadapan penyokong sendiri!

$
0
0
'Umno tetap musuh politik Pas'
NORJULIANA YAACOB 19 JULAI 2017
Mohd Hayati Othman
YAN - Pas menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Umno dan menyifatkannya satu perkara yang mustahil.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, dari dahulu hingga kini parti itu sentiasa menganggap bahawa Umno adalah musuh politik mereka.

"Sekiranya wujud suara sumbang serta fitnah mengatakan tentang perkara ini, ia sangatlah tidak benar, " katanya ketika berucap di majlis ceramah Pas di Unit Peti Undi (UPU) Tokai, kelmarin.

Beliau berkata, Pas sentiasa berfikiran terbuka dengan apa sahaja fitnah dilemparkan kerana fokus yang ada hanya untuk memperjuangkan dasar Islam.


"Walau apa pun berlaku, Pas tetap nekad untuk membawa dasar Islam dalam menerajui kepimpinan negara," katanya.

Menurutnya, Pas akan bertanding di seluruh kerusi Dun dan Parlimen sekitar Kedah.

"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berusaha untuk meletakkan calon Pas bagi menewaskan mereka insya-ALLAH," katanya.

Mohd Hayati berkata, semua ahli Pas perlu meneliti semula semua perkara dan harus bergerak aktif dalam melakukan persediaan pilihan raya.

Katanya, Pas akan memperkukuhkan jentera yang ada dan akan berusaha menentang Umno dan parti politik lain.

"Kalau Pas ada hubungan sulit dengan Umno mesti kami tak akan bertanding dengan Umno," katanya.

Mohd Hayati berkata, kepimpinan Pas sekarang mengambil jalan lebih rasional dengan membiarkan sahaja tohmahan dilemparkan.

"Nabi berdakwah menyebarkan agama Islam pun orang menentang, tambah kita yang hanya umat kepada baginda," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan atasan Pas sentiasa memastikan sebarang keputusan diambil adalah relevan dan tidak mengikut emosi.

* Kalau dia bohong dan bersandiwara pun penyokong taksubnya tetap akan aminkan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5157